10 December 2010

Greg vs Hijr Calendar

Tahun baru, semester baru, azam baru, dan yang selalunya cliche ialah koleksi kalendar2 baru yang selalunya percuma.

Ok, dekat rumah ada kalendar?

Cuba pergi ambil? Kalau yang digantung, cabut sekejap. lihat dan jangan pedulikan gambar model seksi.

Lihat tarikh hari ini. 10 atau 4 haribulan? ...
Dua2 pon betul kan, 10 disember/4 muharram. apa yang kelihatan berbeza?


Saiz tulisan sangat berbeza kan? Kecil sahaja yang 4 Muharram. kadang2 tak teringat pon berapa hari bulan dalam takwim Hijrah. seakan2 menumpang sahaja takwim Masihi, ataupon nama femes dia, Gregory.

Ok, dah dah la pegang kalendar tu, boleh letak balik tempat asalnya.

Memang kebanyakan orang pakai kalendar Greg ni. Nak buat macam mana, dah semua jadual kerja, cuti diatur dengan takwim ni, Jadi senanglah kalau nak plan apa2 event nanti kan. takdelah kacau jadual asal. tapi janganlah sampai satu tahap, takwim Hijrah dilupakan. Penting tak penting lah kan takwim Hijrah ni, kalau dah lupa, macam mana nak raya? Yang bukan muslim pon tak boleh la nak cuti masa holy day macam  nuzul quran, maulud, awal muharram etc.

ceritanya dulu ...


ada satu kawan tu pergi kafe, nak tapau makanan untuk berbuka puasa, puasa sunat je pon. belum Ramadhan lagi. maka terjadilah satu perbualan. (hiwar)
dol : pakcik, kasi nasi kukus satu.
tuan kedai : nak makan ke bungkus?
dol : bungkus je pakcik, nak buat berbuka kejap lagi.
tuan kedai : oo, nak buat buka, eh, sekarang ni dah bulan puasa ke? wan! wan! arini berapa ari bulan? kalau ikut kalendar Hijrah. (memanggil anaknya dengan muka innocent sebab tak puasa)
dol : pakcik, baru bulan DzulQaedah, belum Ramadhan lagi, saya puasa sunat je.
tuan kedai : fuhh, pakcik ingatkan dah masuk bulan puasa, rasa macam baru bulan lepas raya nya. maklumlah selalu aje terlupa.
...
....
....
pernah korang macam tu? yang dol tu, tak pastilah dia puasa sunat atau qadha, takpun nazar(trend lepas dapat result). lainlah dekat sekolah, hari2 ikut jadual untuk update tarikh kat papan hitam.

apa2 pon, sempena 1432h ni, rajin2 kan lah usha kalendar kecil tu. kepada sesiapa yang pakai jam dan handphone sekali, tak payah la set kan dua2 device pada takwim yang sama. set kan jam pada Greg dan hp pada Hijrah ataupun sebaliknya. apa guna ada dua device yang built-in with kalendar tapi tunjuk tarikh sama?

Penting untuk tahu fungsi kalendar Hijrah ni. penentuan tarikh, perkiraan zakat, peristiwa sejarah silam etc. Kalendar hijrah ni pun cuma dianggarkan dalam 354 hari setahun mengikut peredaran bulan.

akhir kata, Salam Maal Hijrah, dan selamat tahun baru kepada semua.

*cuba bayangkan kalau sistem gaji ikut kalendar Hijrah, tak ke cepat sikit dapat gaji? itu je point aku.

2 comments:

absolutely emy said...

point yang last tu sangat bermakna... :)
anyway.. kita tak patut lupa kalender hijrah nih.. walaupun saya sendiri selalu terlupa..

Faaizz d. Zul said...

@absolutely emy

betul kan? mmg kdg2 tu terlupa. hope lps ni tidak. tahun baru kan, hijrah!