19 March 2011

Malaysia Hari Itu.

Salam.

sekarang ni dah tinggal satu minggu kuliah lepastu terus takde kelas. semua orang pon girang semacam. sebelum ni boleh tahan malas jugak kalau nak buka buku, ketap bibir, hafalfaham teori,  tekan kalkulator, tahan mata semata-mata nak masukkan buku dalam kepala. Biasalah, norma musim exam. 
ke aku je yang ketap bibir bila tak paham teori?

secara amnya, hari tanpa kelas rasa macam samarata kecuali Jumaat. oh Jumaat memang lain sebab berkat semacam dari pagi sampai petang. kalau tak caya cuba la subuh kat masjid, kalau takde stamina mesti takleh konsentret surah Sajadah tambah surah Jumaah. *ni aku sendiri ambil pengajaran.lemahnya kita..

sebab tulah subuh pagi jumaat kalau datang lambat pon masih boleh jadi ma'mum muafiq, bukan masbu'. lagipon stail masjid n surau ni memang iqamah lebih kurang 20 minit selepas azan. more is better. hee, tapi sebenornye lagi awal lagi bagus.

Lepas tu kalau nak resleep pon takdehal sebab nanti makcik cleaner tu akan sengaja dan selamba beraksi bersihkan karpet dengan vaccum yang bunyi dia macam g6 dekat2 dengan telinga korang. Kompem tak oversleep. In kes, kalau ada kelas lepastu.

berbalik kepada tajuk. 
cis intro macam apa!#@!%@ grr...

MHI- 2011.03.18 - Jumaat

Pagi tadi aku pergi tengok recording TV3 rancangan Malaysia Hari Ini dekat Business Centre, bersebelahan masjid uia dan Babush (kedai penggemar roti). Aku dok perhati sorang sorang hos mhi. Aku kenal muka diorang, sebabnya kalau masa cuti, mhi ni dah macam sarapan aku, tiap pagi dah bagi kepala penuh dengan informasi. Perut berkeroncong lapor pon steadi je.



gambar ni buat kawan aku cakap:
"sejuk je mata tengok depa ni pakai hijab, moga2 berkekalan."
Aku tumpang doa. Mudah-mudahan. Lain je aku nampak kak abby fana dan nurul syuhada berhijab. Fithri pon berjubah. Eli ceria dalam kemeja kotak kotak. Tapi kak Wardina, buat aku rasa pendek, mengapakah!? l.o.l
 *dalam gambar cuma makcik kafe Ali(yg ditemuramah), Aisyah, Wardina, Nurul Syuhada.

Oleh sebab aku cuma orang biasa biasa yang takde istimewa nya untuk muncul di siaran langsung, tu yang punyalah dok struggle lobi brader cameramen, sekali parent aku kata diorang lupa nak tengok tv. pfft.

2 comments:

Nobita Sensei said...

tinggi betul wardina yer.

Faaizz d. Zul said...

@Nobita Sensei

agk tinggi & anggun.woha