18 April 2011

nota-nota di kalkulator

salam.

dua tiga hari ni dunia telah jadi sangat perlahan, tenang dan yang paling penting tiada paksaan. malam hari boleh tidur bila rasa mengantuk, awal atau lewat tu bergantunglah. sentap je nasi koboi kat kafe, golek golek atas katil baca novel Jeffrey Archer sambil dengar radio Bernama. fuhh, nyaman teramat.

eh cuba baca balik,

"awal atau lewat tu bergantunglah" atau "awal atau lewat tu depenlah"

.
.
.

kenapa rasa yang kedua tu cambest eh? sebab dah biasa pakai, sebab dah itu figura of sepeech? kadang-kadang dalam perbualan harian, banyak ayat bahasa lain yang dah dimelayukan. contoh macam yang tadi.takpun  perkataan "so" yang paling banyak terlepas disebut dalam prizentasyen bila dalam kelas Bahasa Melayu untuk Kerjaya sem lepas. aku pon tak paham kenapa kawan kawan lain ni minat benor dengan so ni. mungkin ini yang mencetus kepada budaya soley soley hklbr.

tajuk entri: nota di kalkulator.
pernah kau tulis? aku?
yes, aku pernah. aku tulis nama untuk menunjukkan pemilikan kalkulator. tapi ini bukan yang aku nak cerita. ini scene masa final ekzem minggu lepas. memang kalkulator selalu menjadi mangsa pelajar bidang kira kira ni. matematik, fizik, enjiniyering dan lain-lain.

secara ringkas, selama aku belajar nak jadi jurutera ni, faham teori akan hasilkan rumus dan formula. dan setiap keadaan akan menukarbentuk rumus dan formula. jadi untuk satu satu rumus bertukar kepada berbelas rumus adalah berlaku di kekerapan yang tinggi. jadi kadang2 faham teori untuk main segala formulas tu boleh hilang bila bila masa. espesyeli masa ekzem.

tahu kenapa faham boleh hilang tiba-tiba masa ekzem? nervous, carrymark sikit, hall sejuk? cikgu aku kata Tuhan boleh tarik faham bila-bila. kalau pergi ekzem tapi subuh gajah, *facepalm* camne nak berkat. mesej ini dibawakan oleh kementerian ekzem2-jugak-solat-jaga-jugak.

berbalik kepada isu kalkulator tadi. sejak sem lepas, pengawas peperiksaan ni dah rajin nak cek kalkulator. semangat untuk mengkantoikan para pelajar yang cuba meniru didalam dewan ekzem semakin membuak-buak. celah kertas dia cek, kalkulator dia cek, ke pintu tandas pon dia ikut. semangat. ada member bagitau diorang dapat elaun kalau dapat kantoikan cubaan2 meniru dengan bukti.

tujuh haribulan, ekzem mekanik of meteriel. rumus dia boleh tahan kompius. ada banyak dan bertukar-tukar. masuk je dewan ekzem, aku terus tulis baliksegala yang ada dalam kepala kat atas kertas jawapan. takut tersilap masa nak bual kalkulasyen nanti. kali ni aku tak tulis kat kalkulator, sebab aku betul kompem punya rumus ni aku faham.

selang satu meja di arah timur laut aku, memang aku perasan member aku ni habis penuh dah kalkulator dia. penuh dengan karbon 2b untuk tulis rumus. setakat ni pensel 2b paling jelas untuk dilihat bila cahaya lampu reflek dekat surface kalkulator Casio, sapa pakai lain brand boleh pergi baca blog sebelah.

masa ni aku tak espek pon invijilator ni nak cek kalkulator. tengah-tengah sedap jawab mohr's circle tiba-tiba dia datang, dari belakang beb. terus tangan dia ambik kalkulator aku, buka lapik dia, tegok dari pelbagai sudut. cemas sekejap aku, pensel terhenti menari, bulatan mohr dah jadi bujur.ganas jugak dia ni sambar kalkulator dari belakang.

eh jap, lapik kalkulator ke orang panggil, ke alas dia? nak senang, panggil dia punya cover ah. lagi skali unsur-unsur kemasukan bahasa asing. aisy...

seperti dalam ceritanya, takde pape tertulis. terus dia pergi kat member aku yang aku cite tadi. dia sambar kalkulator macam helang sambar ular, dia bukak cover tu, sap!

sentap! dengan sudut pandang 21 darjah dari mata ke surface kalkulator, habis semua karbon 2b bersinar dibawah lampu kalimantang bak bintang bergemerlapan di kala dinihari. member aku kaget. tapi buat cool je.  aku berhenti menjawab sekejap, nak tengok ending dia cane.

akhirnya invijilator tu pon seluk tangan ke dalam kocek ves dia. dia keluarkan pemadam. dia padam semua rumus tu. lepas tu dia letak balik kalkulator, dan dia senyum setan tanda puas. tersenyum aku sekejap. member aku buat muka cool lagi. cool dalam frust. kahkah.

limabelas haribulan. kertas matematika. macam biasa, invijilator akan cek kalkulator. selesai jawab part a, terus ke part b. walaupon part a tu agak banyak aku biar kosong, tapi part b ni bolehla senyum sikit. jawab punya jawab, invijilator yang comel itu pon datang. dia ambik kalkulator, lepastu dia belah dengan gaya malu-malu, buat muka cool campur ketat.

apa dia nampak belakang kalkulator?









kelik gambar untuk tumbesaran











aku terus menjawab dan selesaikan soalan lain dengan mood lebih gembira. akhir kata: aku tak sarankan korang buat macam ni, lebih-lebih lagi masa ekzem peringkat sekolah. sebab nanti aku nak apply jadi invijilator spm. sapa prank invijilator, aku ambik terus kertas korang. aku koyak.

*bahasa melayu aku semakin mengarot ngarot. ahh..

7 comments:

ayumiyoshida said...

haha, serius celah mana datang idea ni. bagus2,,

Faaizz d. Zul said...

@ayumiyoshida

kreatif kan? sebenarnye member aku yg prank brader sorg tu. dia bwk kertas kecik dgn tulisan maki-maki.agak kasar r. dah menyampah dia jaga exam lebih2. hehe.

nas said...

jenuh aku mencari manelah tempat nak komen.. hehehe
kelakar laaa
nasib ebk dia padam kot
kalau dia rampas n terus xbagi kita amek exam cmne? nianya kaaannn?
hehhee.. ayat last xleh bla :)

Mohamad Izwan said...

next sem aku nak buat r..lagi2 kalau ada invigilator comel..
"awak yang tak comel tu sila semak calculator saya".. hahaha

Faaizz d. Zul said...

@nas
tula pasal, bagus jgk dia juz padam je, xde plak arahan nk jdkan tulisan kat kalkulator bahan bukti utk meniru.tp engineering mmg mcm ni ah, rumus die, grr....

template baru ni sng dah nak komen. :-D


Mohamad Izwan
kecik ati invijilator tu. haha

Nur Aizureen Md Zahir said...

saya dlu penah gila wat cmni gaks..time form4/5 dlu laa..selit note kecik (yg ada soalan exam) kt celah kalkulator tu,,pastu bg kt budak cina atau budak genius..
tadaaa ! dapat jawapan..kahkah

Faaizz d. Zul said...

@Nur Aizureen Md Zahir

wah, macam2 ragam dlm exam hall.
btw invijilator dkt uia sume aktif, obses mau kasi kantoi sama studen.
dgr cite ada elaun tambahan. haha