28 April 2011

sepetang di PBAKL '11

Salam alayk'
*updated

cerita satu. 
Pusat Perdagangan Dunia Putra, PWTC.

Sesak, dan ramai orang. terutamanya budak-budak beruniform. pesta buku kali ini menyaksikan kehadiran aku sebagai pelawat di hari ke-5 dan ke-6 berturut-turut. ini kali pertama aku berpeluang melihat sendiri scene pesta buku yang memang diadakan sejak ...

sejak bila ea? 2006 ke yang terawal? ini aku tak pasti. tetapi aku yakin scene pesta tahun-tahun dulu lebih kurang je macam ni. sebelum ni, langsung tak berpeluang nak jejakkan kaki atas sebab "asal-pesta-buku-je-cuti", "asal-pesta-buku-je-cuti".

dalam lautan manusia yang sibuk dengan pencarian masing-masing, terasa kehadiran seorang wanita bergaya korporat datang mendekati. dengan flyers di tangan kirinya disembunyikan di balik tubuh, dia membuka bicara.
.
..
...
....
....
......
......
......

"adik ni, sekolah tingkatan berapa?"

ha.aku diam sekejap. aku taulah aku muda, tapi takdelah tahap sekolah menegah. takde stendard betul akak ni. lepas tu belum sempat aku cakap apa-apa, dia dah tanya lagi

"adik belajar lagi kan?"
"ya"
"kalau macamtu, akak nak minta masa adik sekejap je dalam 5minit untuk dengar pasal produk akak, produk ni bagus, bla3 sekrang ni kita ada offer bla3, dunia pekerjaan masa kini sangat perlu kemahiran berbahasa Inggeris bla3 jom sek...."
"takpe kak, saya dah lambat"

aku belah sebelum dia sempat habis cakap, dan flyers yang dia hulur pon aku tak ambik.

cerita tak berakhir begitu saja, habis satu hari aku pusing pwtc tu sentiasa dirapati oleh ulat-ulat linguaphone yang sememangnya agresif mendapatkan jualan. diorang ni, haisy... encik organizer, boleh aku tau awat depa ni ada booth kat pesta buku? pastuh dok ligan orang suruh beli produk dia?

sudahlah di setiap level pon ada promoter, yang dah berulang kali ditanya pon tetap kena. ada yang cara pendekatannya ok, oklah. kalau dikata tak mahu, sudah tahu. tapi yang berdegil kenapa? dah macam main MGS dah aku, terpaksa peka dengan setiap halangan sebelum menyusun langkah semata-mata untuk kelancaran perjalanan.

memanglah semua orang perlu mahir BI, mungkin. tapi tak semestinya dengan produk kamu. pelanggan akan cari sendiri apabila dia mahu, tapi inikan pesta buku?

cerita dua. 
mesin atm CIMB, PWTC.

Sesak, dan ramai orang beratur. tak kiralah yang muda, tua, beruniform dan lain-lain. masing-masing mungkin tidak bersedia lebih awal dengan bajet untuk membeli buku-buku yang diidamkan, mengakibatkan semuanya berkumpul di mesen atm yang cuma CIMB sahaja, termasuklah aku.

tiba-tiba ternampak satu kompilasi buku ustaz Hasrizal dan kelihatan dalam uncang tiada wang yang mencukupi. yang ada cuma 4 dirham Kelantan. kalau ikut nilai memang sudah cukup, tapi mana ada urusniaga disini pakai dinar dirham lagi. he2. lagipun ada kiriman untuk buku itu, buku yang tajuknya jiwang2 sikit tu. ehem. aku terima nikahnya+bercinta sampai ke syurga+murabbi cinta. cinta cinta cinta.

dihadapan aku ada seorang gadis sedang cuba mengeluarkan duit. agak lama prosesnya, entah kenapa. orang belakang sudah jeling-jeling. tekanan terasa. setelah berhempas pulas dia mengalah lalu tinggalkan mesin atm. aku keluarkan not lima puluh untuk buku, dan lebih-lebih sikit untuk tiket balik.

sebelum keluar dari bilik mesin atm tadi, aku bersandar di tepi dinding kaca menuggu member yang agak lembab, terhegeh-hegeh nak withdraw. dari ceruk bilik aku terdengar perbualan gadis yang tak dapat withdraw tadi dengan kawan-kawannya.

"dapat withdraw tak?"
"tak, kenapa ek? dah banyak kali masukkan pon tak boleh jugak"
"tadi kau pilih akaun apa masa nak withdraw tu?"
"Akaun Semasa. kenapa?"

watdefish? terus aku keluar cepat-cepat untuk cover muka nak tergelak. kali pertama kot pakai atm. atau akaun semasa dia takde duit? lol.


Entrance of Tun Razak 3 Hall
Main Entrance TRH 3


crowd of students
Budak2 sekolah.


team nasyeed xtau nama pa
Kumpulan nasyid xtau nama


pencinta Ramlee Awang Murshid
Blogger : izwanyusof.com


offer! offer! offer!
Sale.


Digital story-telling competition
Digital story-telling competition


Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin pon ada
Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin


bersama Amir Muhammad di booth Fixi
bersama Amir Muhammad di booth FIXI

Pictures in a Scroll Box

cerita 3
booth Fixi.

tak mahu cerita banyak. ini aku quote terus dari facebook page diorang,

"Pemenang untuk hari ke-6 ialah Faaizz yang datang tepat pada jam 10:00 dan berkata "Emergency Leave"! Cabaran berikutnya akan diberi sebelum jam 8 pagi ye."
senyum senyum dapat 3 buku free. fyi, tiap-tiap hari ada peluang untuk menang sehingga 1 Mei. sapa yang belum? pegi terjah booth diorang sekarang. buku-bukunya sangat hensem.

oklah sekarang mahu mula membaca. sekian.

*sebenarnya bukan "sepetang di PBAKL '11" , sepatutnya "dua pagi di PBAKL '11"


"So many books, so little time."
Frank Zappa


perlu masa

11 comments:

Mohamad Izwan said...

mane gambo FIXI?..hahaha..
linguaphone cam sengal.. menyusah kan !!. arghh !!

Faaizz d. Zul said...

@Mohamad Izwan

nti aku updet.bizi dok umah.wahaha.baru rasa rumah

khairunnisa ♥ said...

pernahhhhhh kot pilih akaun semasa time withdraw.. =.=" tapi takpe, biar orang berdiri barisan belakang tu lambat tunggu ^_^

hani adzmi said...

haha. xpegi pun laa.. dok umh je. hee

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa ♥
haha, ada saving dlm acc semasa ke? tp budak semalam tu, ish3. lama sgt. kesian org blkg.

hani adzmi
lagi 3 hari kot, pergila, bwk adik2. ke nk blk uia dah? haha

hamba sehambanya. said...

salam'alayk.

free? fuhh. sgt best.
alhamdulillah.

tp, buku apa yg agk2 hensem2 tu?
kongsi sikit.

Faaizz d. Zul said...

Umairah

http://fixi.com.my/?category_name=katalog

azam baizen said...

haha ko pon kena serang gak ke dgn linguaphone tu? niceeeeeeeeeeee.

Faaizz d. Zul said...

@azam baizen

linguaphone tu mmg xboleh elak la masa 1st time, kne ada pengalaman baru boleh main elak2.

last2 aku ambik jgk satu flyer so that aku bole flash kat depa time depa approach. kahkah.

Nur Aizureen Md Zahir said...

benci geng linguaphone,ido0p menyusahkan orang..haha !

em saya p jugak pesta buku tu..29hb april..sehari selepas beshday diri sendiri..pi pesta buku belanja diri dgn buku2..kehkeh

Faaizz d. Zul said...

@Nur Aizureen Md Zahir

yeah, boikot2 linguaphone!
untungla besday dpt buku. XD