02 May 2011

bas

salam alayk'

kebelakangan ni aku asyik nak tulis naratif. entah apa kena entah.

tadi pagi selepas aku pergi ofis mahallah asma untuk siapkan kerja-kerja las minit punya edit, aku terus keluar untuk mencari makan tengah hari. destinasi yang ditujui sudah tentulah gerai "Nasi Paul Smith" yang terletak berhampiran dengan pintu kedua kampus aku dan BMI. aku sarankan kau semua pon pergi cuba try test "nasi paul smith" dia ni. murah. cuma 2 helai not ringgit biru dengan syiling sen paling besar.

lokasi gerai dekat deret kedai yang biasa adakan pasar lambak rabu malam kamis. pasar lambak yang kadang2 aku terserempak dengan kawan2 yang bawa marka diorang bersama lepastu balik kampus bau baju dah macam bau ayam goreng atau keropok lekor. sangat tak kelas.
*masih ingat lagi bila diri pening dengan bau perfum pekat kuat, las las bau pasar juga. 

setelah melalui rencah jalan yang berlopak lubang dengan ex5 rantai longgar, akhirnya sampai ke destinasi. lepas parkir di jalan belah tepi, perut sudah berbunyi, turun motor buka topi, tapi bila lihat kerusi, semua tersusun rapi, dengan kaki kerusi, dihadadap kelangit tanda kedai cuti. grr... ... .... masih dalam mood cuti hari pekerja lagi. terus patah balik cari kafe ali. cis, aku tertaip "dihadadap" disitu

dalam perjalanan balik menongkah arus menelusuri laluan yang hanya halal untuk pejalan kaki dengan harapan tiada pak guard di hadapan, terlihat bas rapid kl mengambil penumpang di bas stop hadapan kulliyyah ekonomi. di ruangan hadapan berhampiran kokpit pakcik bus rider, ada seorang mat saleh disyaki berasal dari negara black star sedang terkial-kial keluarkan duit. pakcik bas rider tunggu dengan sabar... ... ...

brader tu keluarkan not hijau dan bagi pada si rider. RM5 untuk tambang RM1, watdefish?

...
...
....
......

4 hari sebelumnya, 28hb April 2011, di bus stop yang sama. selepas pulang dari program baktisiswa/anak angkat di Wang Besaq, Peghelih.

aku bersama coursemate tunggu bas di situ, kami berkongsi hajat yang satu, iaitu pulang ke kampung halaman yang dirindu. kami disertai mat bangladesh jurusan ekonomi yang kalau aku tak silap namanya Jalal. dia merupakan salah sorang responden spontan aku untuk projek video "if-this-is-your-last-Ramadhan-what-do-you-wish-to-happen?" tahun lepas. yang sedihnya, projek terhenti separuh jalan akibat kerosakan harddrive.
*letih kumpul responden. hilang semuanya.

dari jauh kelihatan bas dengan nombor kaler putih; SEMBILAN PULUH SATU. kami buat tak endah saje sebab bas ni bukan ke terminal putra, gombak. mat bangla Jalal pon naik, aku senyum dari sebelah luar. dia nampak hepi mungkin sebab cuti.

tunggu punya tunggu setelah hampir setengah jam barulah bas yang dinanti-nantikan tiba. kami bingkas bangun dari tempat duduk meluru masuk ke pintu bas dengan sehelai not biru bernilai singgit di tangan kanan. perbualan pun berlaku.

"adik takde kad?" soal bus rider.
"kad apa?" spontan aku jawab. duit singgit yang aku pegang dia buat tak endah. tangan kiri sudah terasa beban dek beg yang melurut dari bahu ke siku. berat sebab muatan beg ialah mempelam  harum manis dari perlis bekalan mak angkat untuk mak kandung.

"sekarang ni pakai sistem kad, kalau nak naik kena buat kad"
"berapa ringgit?"
"lima ringgit saje, harga kad dua ringgit, jadi ada balance lagi tiga ringgit dalam kad untuk pakai. dekat bas boleh, lrt boleh..."
"ish, lecehlaaa macam ni" sampuk rakanku. pesimis.

aku takde pilihan sebab nak balik punya pasal, aku hulur not hijau. bus rider ambik dan ratakan, kemudian dia luncurkan hujung wang kertas itu ke dalam mesin makan duit macam mesin ticketing LRT. cubaan kali pertama gagal, lima ringgit tadi cume ditelan separuh badan. rider urut duit bagi struktur jadi lurus dan cuba masukkan sekali lagi. STUCK!

cubaan kedua gagal lagi, aku ambil balik duit dan turun daripada bas. berderau...
akhirnya, sampai jugak ke rumah. masa teringat tentang bas tadi, terimbau kenangan lama masa mula-mula kenal rapidKL.

kalau ada member keluar di pagi hari, tiket dia mesti dah ada orang reserve untuk digunapakai dalam hari yang sama.
kalau bosan boleh pergi naik bas pusing KL, dengan hanya dua ringgit satu hari. sampai sesat-sesat.

sekarang. heh. money-eating-services. eh kejap, ada offer utk kad ea? offer lah. aku dah tak kisah. sekarang aku nak pergi baktisiswa dekat Besut. malam ni naik bas. eh, transportation fees naik rm37? aisy...






apa dah jadi.

11 comments:

make it free said...

panjang gile menaip??? haha

Faaizz d. Zul said...

@make it free

mesti kau tak baca kan? aku agak dah, sbnarnye ak nk story psl sistem ticketing baru rapidkl. bole google r.

Piah Becok said...

memang ticketing rapidkl skang cam haremmm.. sume bende die cas. xde kad tak leh naik. pastu drive macam mabuk laju nak mampos. teruk betul..




terbaru: KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN

cayrol said...

dah tak de tiket RM2 ke? lama betul aku tak naik bas rapid kl. Last naik 6-7 tahun. Tue pun naik nga bini (masa tue awek lagi) gi KL dari shah alam.

Aplikasi percuma Chrup Chrup untuk iklan blog

fixrezzi said...

gagaga,,,,nice1...

izwanyusof said...

coursemate yg pesimis itu ialah aku !!

hahaha..
macam siot..menyusahkan giler.. dulu singgit leh guna mana2..skrg..ada yg cakap kita tak leh terima perubahan.. aku tak dulik..kalau nak cepat mane nak buat benda2 agas camtu.. troll ! haha..

good luck baksis ganu..HC berjaya !

mcm ni lah said...

sabo je la,. i follow u

Faaizz d. Zul said...

lama dah aku tak online.meh aku reply hmpa satu2

@Piah Becok

ye. rapidkl suda tjuk taring. ni trial period katanya, dlm sebulan ni nk tgk flow sistem baru ni, in the meantime, profit atas kad je dah sedap.

@cayrol

begitulah nampaknya. sume dah digital.

@fixrezzi

naik AET lagi bes. kehkeh

@Izwan

ini sume marketing strategy. haha. next entry: video bktswa Tganu

@mcm ni la

macam ni lah nasibnya....

nas said...

kad? mst kad tu untuk bas rapid kl kan?
hehehehee.. beselah.. skank kan da moden.. nk cepat je keje diorang

Faaizz d. Zul said...

@nas

cepat memang cepat nas, tapi from my view, byk weakness dr benefit la.
dkt forum lowyat tu ada org cite die pny balance kena tolak rm16 tapi tambang rm2 je. error pny pasal, keje jd byk.

Faaizz d. Zul said...

@nas

moden mmg moden, tapi cara lama lebih praktikal XD