15 May 2011

Versi eksklusif.

entri repost untuk entri ni : Suatu  hari di Felda Tene











 sila klikgambar untuk tumbesaran makro.


BESUT - Asman, gabungan nama yang kononnya cool dan melengkapi antara satu sama lain di antara dua kolej kediaman (atau dipanggil mahal-lah) - Mahallah Uthman & Mahallah Asma' - daripada UIAM telah berjaya mengadakan satu program eksplorasi budaya dan nature pada awal Mei lalu di Felda Tenang, Besut.

Nama lokasi iaitu Felda Tenang sudah beberapa kali disalah tafsir dengan lokasi yang mempunyai nama yang sama di selatan tanah air. Dengan itu, adalah lebih elok jika saya meneruskan artikel ini dengan merujuk nama Felda Tenang sebagai "Felda Tene" sahaja.

Keluasan Felda Tene merangkumi hampir 300 buah rumah kesemuanya. Anggaran yang lebih tepat lagi boleh dirujuk kepada jumlah flyers yang diedar semasa salah satu sub-program; "Ziarah Mahabbah" pada sebelah petang hari pertama. Semasa sesi BBQ pada malam hari, person incas untuk Ziarah Mahabbah, Faaizz telah mendapati terdapat lebihan flyers diletakkan di atas kerusi dengan selambanya ditiup dingin malam.

Lebihan flyers menunjukkan dua hipotesis awal iaitu kegagalan para komiti mengedar flyers ke rumah-rumah atau kurangnya jumlah penduduk berbanding maklumat awal yang diterima. Ini mungkin juga disebabkan kekurangan penguasaan bahasa komunikasi dialek Klate oleh para komiti menyebabkan pendekatan mereka terhadap orang kampung kelihatan tersangatlah lembu bila buat-buat senyap dimasa soalan dari penduduk kampung diaju.Lain kali jangan jual mahal bila gadis Kelantan mahu berkenalan. Paling kurang boleh kecek Klate sikit-sikit.

Ada juga yang hanya mahu spam dengan menyelitkan flyers didalam peti surat, raga motor dan dibawah pintu. Mujur tiada yang berbuat sedemikian. Perbuatan yang sebegitu hanyalah menunjukkan tahap desperate yang melampau sama seperti pengguna-pengguna Facebook yang meletakkan nombor telefon di profil mereka. Kelihatan desperate bukan?

Sesi malam itu diteruskan dengan jamuan BBQ yang menyaksikan kehadiran wakil Pemuda UMNO Besut yang sedikit sebanyak telah membrainwashkan akal politik para komiti sekelian. Saya sebagai editor juga terkesan dengan salah satu petikan dari ucapannya : "orang sekarang ni kutuk kerajaan macamlah pihak kerajaan langsung tiada berjasa kepada rakyat!?" 

lalala~

Masing-masing pun dengar dengan khusyuk tanpa senyuman-senyuman sarkastik. Ops! Akhbar ini pada dasarnya tidak membincangkan politik didalam rencananya. Diharap pembaca semua boleh buat-buat tak tahu dengan apa yang telah terlepas ditulis sebentar tadi. Terasa malas mahu berundur untuk tekan backspace. Editor pon manusia yang menikmati kemalasan sebagai satu nikmat juga. Apa yang jelas, keesokan harinya adalah kenaikan harga minyak ron97 di dalam akhbar. Terima kasih.

Hari kedua dimulakan dengan sesi aerobik yang diketuai oleh duo raja ronggeng kampus : Mr Sen dan juga Husna dengan Tapah sebagai DJ. Aktiviti ini kelihatan kurang berjaya kerana jumlah penglibatan yang amat kecil dari penduduk kampung. Secara logiknya, para penduduk berkerja di pagi hari, jadi tiada siapa yang nak join gelek ronggeng ciken dance and whatsoever. Amaun peluh yang berjaya dikeluarkan juga adalah amat mengeciwakan.

Sejurus kemudian, orang kampung dikejutkan dengan larian-larian para peserta untuk acara explorace di sekeliling kampung. Tatkala inilah fe'el-fe'el boloqs para komiti diperhatikan. Pertamanya ketika bermain gasing. Kedua, ketika ramai-ramai serbu D'mart tapi bukan nak beli barang. Ia cumalah checkpoint untuk mendesign baju kebal dan kemudiannya dibuat melaram sekeliling kampung. Seri muka taukeh D'mart luput dek kilauan pedang dan perisai yang diperbuat daripada kad manila. Hampeh terasa.

Kemudiannya para peserta dijamu dengan keropok losong, jus peria, buah lai, tambah tepung dan air paip efek dramatis ala-ala hujan. Bayangkan scene where a homeless yang kelaparan menjumpai sebiji buah lai yang digantung cukup tinggi tak tercapai tangannya lalu hanya mampu menggunakan mulut untuk aim, gigit, dan makan. Pada ketika yang sama hujan turun mencurah-curah menyukarkan penglihatan dan fokus.

Cubaan pertama gagal, buah berayun kekiri dan kekanan. Cubaan kedua berjaya meninggalkan parut pada kulit buah, dah kena, maklumlah gigi jongang terjuih kedepan. Cubaan ketiga semakin tepat dan jitu. Lama kelamaan buah habis dimakan. Segala kepayahan kalau dirakam akan nampak bagus dalam filem. Sangat dramatis.

Tetapi terdapat kecelakaan minor yang berlaku kepada kamera krew rakaman, Izuan Shah. Kamera beliau mengeluarkan asap putih selepas terkena air. Mujur cuma eksiden minor. Elemen dramatis juga terganggu apabila ada tangan-tangan yang melempar tepung kearah para peserta yang didalam kesungguhan memamah buah tadi. Cis! ini filem aku ke kau!? tepung tiada dalam list efek tahu. Kehadiran tepung cuma menaikkan elemen kesugulan dan kebonyokan, macam tepung kena air, tak ke meluat nak tanggalkan? haisy... Ops! beremosi pula ketika menulis. Maafkan saya.

Perjalanan diteruskan lagi dengan acara solekan dengan alatan solek yang diragui keselamatannya. lalala~ malas la pulak nak tulis semua. Diskipkan cerita acara dimenangi oleh kumpulan Jin Kelawa, kumpulan UMNO Besut dan kumpulan Soley Soley. Tahniah.

Pada bahagian malamnya setelah semua selesai solat Isya’ berjemaah di masjid (semua? Haktuih! ), wayang pacak pon dimulakan bertempat di laman parkir dewan orang ramai. Cerita yang dipilih ialah cerita lagenda “Hikayat Merong Mahawangsa”. Di kala semua audiens terpana melihat kilauan ketak-ketak tubuh perkasa Si Merong, bapa angkat kepada Mang kelihatan tubek dari khalayak ramai lantas pulang ke rumah. “Kito ingatke cito Melayu” komennya ketika diwawancara. Hurmm.

Hari-hari seterusnya diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Kem Motivasi, Karnival Kesihatan, Ceramah Agama,  Sukaneka, Tahlil, Kenduri, Gotong-royong, Malam Kebudayaan dan diakhiri dengan Majlis Penyerahan semula anak angkat sebelum bertolak pulang ke kampus yang dirindui. Sekian. Gua dah malas nak tulis sebenarnya. XD

3 comments:

Sebiru Hari Ini© said...

lu punya qlate bau chicken chop la bro..haha..gua amek gamba ni k..

yusazie said...

wah..haha ganah rumate kawe neh... jadi pengarang akhbar deh hee

Faaizz d. Zul said...

@budak biru: yi
kopipes la, gambar ni xde kopirait. aku tak kisah. tp kalau backlink blog ni, sgt dhargai. XD

@yus
ea? sapa rum8 hg!? ;|