05 June 2011

antara pembuatan dan perubatan

salam alayk'

buat kesekian kalinya, temptation untuk mengepost entri baru membuak-buak laksana telur yang dicelur dalam kuah mi kari segera jenama Giant.

sibuk dengan midterm
sibuk dengan hari belia
sibuk dengan larian
sibuk dengan buku-buku

akhirnya burjaya jugak aku balik kampung semalam sempena cuti sekolah.

kali ni ibu burjaya kidnap aku untuk ikut dia pergi melaram kat rumah skulmet-skulmet dia, kira jejak kasih la kan. maksud aku kidnap tu pasal dia tak mau bagitau destinasi, tapi masih nak bawak berjalan. aku follow jela, jarang ibu nak manja-manja ngan aku. bff soleh la konon.

dunia ni dah berevolusi, mark zuckenberg kata dalam Social Network : i'm taking all the social life in college to the internet. so there is The Facebook.

golongan sasaran social network ni asalnya youth je. tapi sekarang sejak scene Facebook ni da femes, golongan mak-mak orang pon sibuk mintak tolong anak-anak create kan akaun. lepastu password semua kasi letak 123456. mudah dan ringkas.

lepastu mulalah episod jejak kasih masing-masing. add kawan-kawan lama. tulis di dinding. siap pandai main poke-poke lagi. oh ye, tetapan nak dalam "Bahasa" je. terjemahan dia ok jugak; tambah rakan, tulis di dinding, suapan berita, jemputan acara, permintaan menjadi rakan, 16 rakan bersama, cuit kembali, suka, komen, Anis menyukai Fizo Omar dan 4 halaman lain, 30 minit yang lalu dan blablabla.

dari situ diorang seal the deal nak datang rumah untuk pertama kali buat bertahun lama. dapat no kontek dan alamat, terus ke destinasi. bila tiba, dah jadi norm sorang ibu untuk introdus anak-anak diorang kat tuan rumah, kot-kot berkenan. so, aku tunggu dan duduk dengan gaya mithali sambil melahap puding sajian tuan rumah.

"ni anak belajar kat mana?"
ibu kenyit mata tanda suruh aku jawab. "yu ai e em" ringkas dalam ke-awesome-an.
"oo, ambik kos apa?"
"Pembuatan"

makcik tu angguk. aku expect dia tau la perihal pengajian aku. kejuruteraan pembuatan. kalau inggeris nye manufacturing engineering la kan. tapi aku lagi suka terma pembuatan.

adakalanya orang tua-tua ni tanya dua kali pasal diorang tak pernah dengar nama kos pengajian. contoh macam "remote sensing yu ti em". takkan nak explain pasal satelit imaging tu sume nak bagi paham dalam sekali cakap. nak senang cakap la "kajibumi". kehkeh. ni cerita abang aku. entah apa-apa la fahaman timbul kalau cakap remote sensing. mana la orang nak paham.

ibu teruskan perbualan dengan ex skulmet dia. ahli famili yang lain sume dah di left out dah, cuma diorang berdua faham apa yang dibualkan. iyelah, reunion dengan kawan zaman sekolah, diorang dalam dunia mereka sendiri, cuma dia berdua.

sampaila satu part tu diorang bercerita pasal pilihan kos pengajian. bapanya nak anaknya ambil bidang perubatan, maknya yang nurse tak mahu bagi sebab dia tahu kehidupan seorang doktor dan seorang doctor-to-be macam mana.

"takde life nanti" katanya. lepastu dia pandang aku 
"betul tak bang? ni nak jadi doktor nanti kan?"

jadi doktor nanti kan?
jadi doktor nanti kan?
"jadi doktor nanti kan?" bergema ke ruang telingaku.
heh! puding ditelan melepasi halkum memberi ruang untuk aku senyap seketika.


aku dah agak dah. ni mesti kes dia silap dengar "kejuruteraan pembuatan" dengan "PERUBATAN". lepastu spontan je..


"ha betullah, memang takde life" aku iyekan dengan gaya seorang doktor wannabe.


cis!




*lain kali aku pakai term mekanikal. takde orang rasanya yang tak paham. 

7 comments:

khairunnisa ♥ said...

haha =.=" alihan bahasa yg funnoying.. bff soleh.. suapan berita.. dll.. aduhh =.=" yu ai e em. try r ckp term mekanikal..

nis said...

hahahahaha..
naisss!!!

zamzam said...

es dabelyu i i ti... haha

Sebiru Hari Ini© said...

hehe..nasib bsik ko xbg bold word..kalu x mau kena sumbat ngn puding sedap..hehe

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa ♥
yep, mekanikal sounds better. oh ye, bahasa. XD

@anis
thanx. jgn stress2 lg.

@zam
es dabelyu ai ai ti. lol

@yi
yu shadap!

izwanyusof said...

cakap manu je .. manu P ke.. nice dowh..haha

Faaizz d. Zul said...

@izwanyusof

manu p lagila tak general!
XD