24 June 2011

langsung tak seni!

Salam alayk'

suatu pernah dahulu semasa di CM ada banyak artisan yang melukis sebagai mata pencarian, dan sekarang ini pon masih terus begitu rasanya walaupun dah lama tak menjejak kaki ke CM, Galeri Annexe etc. ada potret tokoh-tokoh terkenal, ada yang melukis struktur seni bina, ada lukisan kuda jongang tersenyum, ada juga gambaran manusia dengan sifat haiyawanah,

ada karikatur kepala besar badan kecut dengan ekspresi yang kelihatan sangat asli dan original. eh, sama je asli dan original. tak original sangatlah bila ada yang sengaja mahu ditambahkan lurah lesung pipit yang kalau pada sebenarnya tidakkan terkerut pipi empuk si empunya badan. tahi lalat!? lagilah hilang manis jikalau diabaikan. tambah jangan tak tambah. el o el.

dari keseluruhan karya artisan yang dipamer disitu, ada satu lukisan abstrak yang sangat menarik membuat audien terpana buat sementara. audien itu aku.

terpana, rasa seperti melayang terbang bebas bersama layang-layang stingray taman metropolitan. rasa bebas, rasa high, rasa trance.

.
..
...
....
.....

bukan lukisan erotik!

tapi satu kumpulan karya yang tanpa bentuk, seni lukis abstrak yang sarat dengan ekspresi artisnya, karya yang biar orang jadi bingung mahu tahu apa yang sebenarnya ada dalam campuran warnanya, karya yang buat audien menerawang dalam ruang lain yang infinit.

tapi cara nilaian harganya? ini tak pernah aku faham. mahal ayam.

lihat gambar ini?

Photobucket


ada rasa macam mengahayati lukisan abstrak?
ada rasa tona warna dicampur dengan sangat awesome?
ada rasa nilai ekstentik tinggi?
ada rasa boleh jual lagi mahal dari karya Kieron Williamson?

.
..
...

takde rasa!?
buta senikah.
.
..
...
....
.....


takde rasa jugak.
kau rasa gambar apa?


.
..
...
....
.....




Photobucket

oklah, paparan hablur cecair-LCD skrin laptop aku retak.

takziah.

sekian. #okbai

off untuk
1. final exam-30hb Juni
PayLessBooks sales - 1hb-5hb Juli
cuti - Sya'ban sampai Syawal. yes!

5 comments:

umairahshafei said...

"..terpana, rasa seperti melayang terbang bebas bersama layang-layang stingray taman metropolitan. rasa bebas, rasa high, rasa trance.."

cukup rasa. bleh market kat CM.
ahah, mahal nieh. =,='

Kieron Williamson pun konfem teruja!

*takziah*

Sebiru Hari Ini© said...

buat la post pasal screen baru plak..hehe

Faaizz d. Zul said...

@Umairah
cuma pabila cukup rasa bolehla market, ;-)

tapi Kieron punya art awesome taktipu.


@Hairi the Cleric
takde maknanya.

tapi aku suka google terjemah LiquidCrystalDisplay jadi "paparan hablur cecair" tu. noob

khairunnisa ♥ said...

unique. moving. mysterious. graphic. mystical. abstract. strong. inspiring :P

haa =_= kuar dah bahasa seni. satu lagi. curious!:P

lama cuti tu =_=

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa

cutiiiiiiiiiiiiiiii