14 June 2011

lari senyum senyum

salam alayk'

ramai kawan-kawan cuti masa shortsem. jadi, kurang orang, kurang jugalah stok bola nak dibuat bermain futsal. jadi sebab tu aku lagi suka pergi berlari dari bermain futsal 15 sebelah. eh, ke ada sampai 20 sebelah? #kemonla, kalau main futsal 10 sebelah pon dah rasa sangat crowded, sentuh tak sentuh je bola, peluh pon tak berapa nak keluar, pak guard pulak buat perangai :

"saya-ni-takdela-belajar-tinggi-mana-tapi-saya-tahula-ini-court-tenis/volleyball-bukan-futsal-,-awak-sume-ni-umpama-macam-makan-nasi-dalam-cawan-bukan-dalam-pinggan-jadi-sila-la-kosongkan-court-ni-ye"

#truthquote

macamlah kampus ni provide court bersepah-sepah. kan?

petang kelmarin dulu masa aku sedang berlari-lari dari stadium ke tasik tempat budak-budak berkayak, ramai jugakla yang lari-lari pusing tasik tu. so, aku pon nak pusing-pusing dulu pastu baru balik. bila berlari, kan kita kena alert dengan orang yang dekat depan untuk elak pelanggaran.  so aku perasan 20m di hadapan ada 2 orang sisters yang sedang jog-walk-jog-walk. jadi aku set pace laju sikit untuk skip diorang ni, bukan apa, tak syiok lari belakang gadis. #inesen

lari punya lari, just before the point i may have skipped them, they run, they run like a lipas kudung.



cis!
macam budak kecik. 

seriusli bunyi tapak kasut stepping diorang sangat kuat memperlihatkan teknik larian yang errr, bukan nak kata tak betul, but a good technique can let you last longer with optimum usage of energy. #nampaksangatstrugglenye. boleh tanya Sheikh Google pasal benda-benda ni.

seperti dijangka, tak sampai half-round tasik tu diorang slowed down and I skipped them. bunyi stepping diorang makin jauh kedengaran. masa ni lagu Selamat Tinggal - Dina ft Zizan sedang kedengaran di corong kira dan kanan earphone walkman aku.

tak lama kemudian, bunyi stepping tu kedengaran lagi, makin lama makin kuat. ya, gadis tu follow aku rupanya, cuma dia sorang, kawan dia dah tak aku nampak bayang. maka bermulalah game kejar mengejar antara kami dalam jarak yang reasonable. sekejap kat depan, sekejap kat belakang. dah macam indian run training.

dekat 2 pusingan penuh tasik tu dia follow. persistent she really is. kagum aku sekejap sehinggalah the 5th or 6th round, bunyi stepping dia dah hilang. so, aku berhenti dan mula berjalan.

"pergh, lari dengan awek seyh" kata member aku yang daripada awal rupanya memerhatikan kami dan aku suspek diorang dok memerhatikan gadis-gadis lain yang sedang berkayak sambil bergosip-gosip hal ehwal parlimen belia kebangsaan dengan 2 orang lagi member aku jugak. ceh.


balik bilik terus bukak buku sirah cari kisah sweet Rasulullah dengan Aisyah berlumba lari.

“Suatu ketika dia bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. (‘Aisyah berkata, “Saat itu badan saya belum gemuk.”) Beliau menyuruh para sahabat-sahabatnya, “Kamu semua jalan ke depan dahulu! (Mereka pun mendahului Nabi).” Beliau kemudian berkata. 

“Mari kita lumba lari!” Saya pun lumba lari dengan beliau. Saya berjaya mengalahkan beliau. Beberapa lama kemudian saya keluar bersama beliau dalam satu perjalanan. Beliau menyuruh kepada para sahabatnya, “Kamu semua jalan dahulu.”. Beliau kemudian berkata kepada saya 

“Mari kita lumba lari!” Saya telah lupa peristiwa dulu. Badan saya pada saat ini sudah gemuk. Saya berkata, “Bagaimana saya boleh lumba lari dengan engkau, wahai Rasulullah, padahal badan saya sekarang begini?” Beliau berkata “Tidak mengapa lakukan sahaja.” 

Lalu saya pun lumba lari dengan beliau dan beliau berjaya mengalahkan saya. (Beliau tersenyum) seraya berkata “Kemenanganku ini sebagai balasan kemenanganmu dulu”   diriwayatkan oleh Al Humaidi, Abu Daud, Nasa’I, Ahmad, Thabrani dan Ibnu Majah.




*Rasulullah lari dengan isteri, yang kau ni, lari dengan stranger.    *facepalm*



 MOTIVATION IS WHAT GETS YOU STARTED. HABIT IS WHAT KEEPS YOU GOING.




4 comments:

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,

they run like a lipas kudung
#youshudteachthemhowtorunproperlykannnn? XD

lari kejap ke depan and kejap ke belakang
#teringatscenedalamceritaXmen :P

"Kemenanganku ini sebagai balasan kemenanganmu dulu"
#ILikeThis ^_~

nas said...

perhhh
sweetnye lari2 ngan ade pompuan lak tuh
hehhehehehehee
aku suka lari.. eh
x.. jogging

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa ♥
i'm no pro maself. lagila nk ajar org camana? XD


@nas
xmanis nas lari dgn pompuan. kalau dgn isteri lainla. hehe

khairunnisa ♥ said...

Insyallah, Ada jalannya.
#MaherZain XD