15 July 2011

aku perlu ubah ini

seorang pemuda sabar menanti bas di perhentian. di sebelahnya ada seorang pakcik sedang duduk mengekah sambil hisap rokok daun. mukanya tenang menghembus asap tembakau. pemuda itu disapanya

"nak kemana nak? tidak kau punya kereta?"

Luckman geleng kepala.

"kau nampak kereta itu?," pakcik separuh abad itu menuding jari ke arah KE90 di ceruk parkir.








"itu punya aku, masih gagah sejak 1979, tidak pernah lagi eksiden." katanya megah. Luckman diam dalam rasa inferior.

pakcik eksentrik teruskan ceritanya.

"zaman berubah. dulu aku impikan pekerjaan dalam agensi kerajaan. aku dapat apa yang kuimpikan. jadi penjawat awam bermakna berbakti tabur jasa kepada negara. kawan-kawan yang lebih sukses jadi gila wang cari kerja dengan agensi swasta. tapi itu bukan aku. "

sambungnya lagi, "anak-anak muda sekarang sudah kurang patriotisnya. mereka bijak manfaatkan peluang untuk diri sendiri. minat jadi penjawat awam sudah luntur. sistem yang ada lagi dikritis!"

Luckman betulkan posisi duduknya. punggungnya kebas, hatinya suam panas, menyirap dengan kritis pada generasinya, generasi orang muda.

"tapi kan bagus jadi kritis? kritik untuk penambahbaikan, bukan semuanya beerti tentangan" soal Luckman.

"hmm" orang tua itu terdiam sambil renung KE90 miliknya. dilema.

"sekarang pakcik keciwa, kereta itu cuma mampu dibawa sekitar jalan-jalan tempat pihak penguasa endah tak periksa"

"kenapa?" soal Luckman.

"cukai jalannya nak. disusahkan prosedur pembaharuan. lebih 15 tahun, perlu dihantar ke situ, ke sini buat pemeriksaan"

"puspakom?"

"iya! hidup ini kurancang mudah. 5 tahun sebelum pencen aku buat pinjaman untuk beli kereta. kereta inilah yang akan bawa aku ke mana-mana dalam jangka 20 tahun selepas pencen, tiba-tiba dikenalkan dasar tempoh jangka hayat kenderaan dan segala bagai"

"bukan masalah untuk yang gampang, tapi orang macam aku ni, bagai siamang kurang kayu jadinya. sekali beli kereta terus mahu pakai lama, bukan jenis betukar 5 tahun sekali"

Luckman terpana. He felt the pang of truth. sejenak kemudian, basnya tiba. Dia buka langkah tinggalkan pakcik tua merungut keseorangan. dalam perjalanan, dia buka begnya ambil satu buku dan baca















“A government of laws, and not of men”






 






aku perlu ubah ini, monolog Luckman, pemuda penuh LUCK, penuh sukses.
















*isu lama, tetiba resurface.

6 comments:

nas said...

perhh.. ayat memang kritis2
hahahaa
cantik gak kereta tuh
leh bertahan sampai 30 tahun lebey
hu3

Faaizz d. Zul said...

@nas

celah mana kritis. ni biasa2 je. ;)
kereta ni mmg dah lama, masih gagah, tapi tu la, ada certain2 polisi autonomi nasional yg tak komprehensif dan praktikal la.
perlu sgt ditimbalbalik.

*yg tak boleh nak setuju.

Pacifista - X said...

lebih 10 tahun,insurans naik.lebih 10 tahun,kena tahan puspakom.

puspakom bukan perpustakaan + komputer tau.haha...

Faaizz d. Zul said...

@x-pacifista

yup, betul. insuran naik lagi, nak kena duit lagi, kerajaan apa inisiatif? sah-sah diorang tak sedar realiti lifestyle rakyat.

masa kecik2 dulu mmg aku igt kan puspakom tu library spesial utk keta-keta, cam perpustakaan automotif gitew.

kehkeh, puspakom mmg bukan sama sekali perpustakaan+komputer cumalah kompeni kroni semata.

izwanyusof said...

mantap entri.. btw aku suka JL tu.. bila nak turun kluang dengan JL :D

Faaizz d. Zul said...

@izwan

JL da takde roadtax. bapak aku dah tolak kat member dia rm2k, aku tak sempat bawak pon.

sad ending la.

keta legend ni...
isk isk isk...