02 July 2011

kunjungan rakan inter-kampus

salam alayk'


kuning untuk biru versus hijau


28.06.2011 - jam 10 malam

ting ding ting ding ting. zzz~ zzz~
bunyi mesej nokia 1202 kedengaran. err, yang zzz~ zzz~ tu bunyi getaran fon.

Syam: "jom g tengok transformer 3"

"tak boleh la bro, aku ada exam lusa"

"ala, lusa lambat lagi, esok boleh study lagi, kata subjek repeat, takkan tak boleh skor?"

"wei, kasar tu. orang tak panggil repeator la kalau ambik semula subjek 4 kredit"

"abis tu apa title nye?"

"LEGEND"

"ah kau, legend la, super senior la, ni nak join tak? pukul 12 mula"

"agak-agak la, kalau ye pon serius, bagitau le awal sikit, pukul 12 nak tengok, pukul 10 baru nak tanya, ingat gombak shah alam sejengkal? kau layan la. have fun"

"orait, esok aku nak datang tempat kau"

aku diam sekejap, lantas teringatkan iklan jemputan ke jamuan makan-makan anjuran kafe dan pihak mrc. terus balas

"datanglah petang-petang sikit, aku belanja kau makan malam"

"nice!"



29.06.2011 - jam 3 pagi . sedang nyenyak tidur.

ting ding ting ding ting. zzz~ zzz~
bunyi mesej nokia 1202 kedengaran. err, yang zzz~ zzz~ tu bunyi getaran fon.
*kopipes dari atas

paparan mesej :     

"nak aku ceritakan ending dia x?"



arghh, sick.


29.06.2011 - jam 7 malam

kami bersembang kencang di musolla sambil menikmati udara sejuk nyaman dari penghawa dingin/pendingin hawa, eh, mana satu yang betul?

penghawa dingin/pendingin hawa?





PENYAMAN UDARA!

kemonla, soalan spm je.

jam sudah menunjukkan pukul 7.30 musolla masih kosong.

"memang selalu takde orang macam ni ke? " soal syam

"eh, belum lagi ni, surau ni selalu penuh, kalau lambat, solat kat ceruk-ceruk tu la kau"

"iye ke? dah azan ni, takde orang lagipon" sangsi dengan apa yang aku cakap. surau ni memang selalu penuh untuk solat berjemaah. walaupun bukan aku yang selalu buat ia penuh, tapi aku kenal orang-orangnya, orang yang datang dari pelbagai variasi, dengan atribute sosial masing-masing bentuk uniti di sini.

seorang demi seorang datang, tak lama kemudian, penuh saf-safnya, rapat, ketat, dengan segala jenis bauan harum minyak atar, bauan makanan dari kafe, bauan rokok dan segala macam. suhu sejuk penyaman udara sudah hilang efek. semua sekali bersolat, berjemaah.

selesai solat,

"fuhh, betul la cakap kau, penuh betul" kata Syam sambil memerhatikan kawan aku, Ucop penang yang masih bersolat di lantai ruang luar musolla.

"sampai keluar-luar pon ada, yang dah masbu' siap pergi depan terus, buat saf baru tepi imam lagila first time aku nampak. memang boleh ea?"

"memang boleh pon, diorang undur sejengkal je dari imam takde hal"

"lama aku tunggu imam tu nak doa, rupanya baca sendiri-sendiri ek"

"yup, kat sini memang macam tu. imam tadi tu nama dia Yusuf, dia suka baca macam-macam style qiraat. dia tu dulu main team bola uia, striker, sekarang tak sure dia main lagi ke tak. masa mahallah aku punya tournament interblok dulu, team dia menang"

"oo, main bola power, jadi imam bes pulak. pergh! eh, lapar ni weh, makan jom"

"jom"

tersenyum jahat aku, nanti sampai kat kafe, kena baca Yassin malam Isra' Mikraj dulu baru boleh makan. XD






scene 2 - waq*c kafe

"all students are invited to have dinner" kata MC.

sejurus kemudian, segala bagai hunger yang terpendam sejak dari awal bacaan Yassin tadi menunjukkan rupa sebenar budak-budak kampus ni. barisan panjang lurus halus jadi berselerak macam turbulent flow. berebut demi makanan free yang disaji. roti prata, roti nan, ciken cop, nasi beryani, nasi putih, lauk-pauk.

aku tersepit dalam lautan manusia. gila semua ni, ini macam persaingan untuk hidup. dehenyak dari kiri ke kanan, pinggan yang dihulur masih tak tercapai. sehinggalah sampai ada ruang untuk lolos, dapat jugalah sepinggan roti canai berlaukkan gulai ayam. nice!

bila dah keluar dari keramaian tadi, baru aku perasan. scene berebut-rebut ni sangat bagus kalau dilihat di youtube etc. boleh buat filem persis perjuangan rakyat kebuluran bersaing demi makanan. yang kuat dapat yang dihajat. yang lemah daya juang cuma boleh lihat dari sisi dengan penuh keciwa. harap-harap takde yang rakam kerakusan pelajar-pelajar kami di sini. ;P

apapon, dari masa yang singkat tu, rumusan

Syam :
"tak pernah lagi aku tengok surau kampus mana-mana penuh macam ni"

"tak pernah lagi aku tengok orang gila-gila berebut makanan free macam ni"





ya, bab makan free, budak-budak ni memang kasar.

2 comments:

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,
tak tgk lagi tranformer..
aduhh.. bila baca bab penghawa dingin sempat lagi tanya roomate yang mana satu =_= ceyy.. penyaman udara..

oh, baru tau tentang amik tempat sebelah imam ^_^

suka baca line 62,63,64.. :D

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa

waalaikumussalam.
biasanya orang kebanyakan panggil ekon je. tp xsemua tau istilah yg betul.

oh ye, susunan ma'mum ada byk variasi, cuma masyarakat kita suka amal benda yang dah biasa dibuat. kdg2 dia tak akn buat benda yang dia tahu betul tapi orang lain xbuat.

ops, ni personal opinion je. peace out!

"biasakan yang betul, betulkan yang biasa"