06 July 2011

scene nomad

salam alayk'


♪♫ i like to move it move it  ♫♪
♪♫ i like to move it move it  ♫♪
♪♫ we like to!?  ♫♪
♪♫ MOVE IT!  ♫♪

puas minggu lepas kawan-kawan aku sumpah seranah pihak autoriti kampus sebab suruh kosongkan bilik atas alasan "penempatan sementara". budak yang stay bilik sama untuk sem depan sahaja yang tak perlu kasi kosong sama bilik.

tambah menyirap lagi dengan sikap birokrasi ofis yang layan endah tak endah karenah bebudak yang menagih kebajikan so-sial mereka. lagi rela diorang allocate stor kosong tu untuk sarang labah-labah mahupun port jin-jin bertandang.

mahupun demikian, lepas banyak kali berhadapan dengan ofiser-ofiser kurang integriti macam ni, benda tak berubah, suara menuntut hak diopreskan. semua desakan hilang dalam intens keramaian. akhirnya, entah tiba-tiba, aku simpan azam untuk menjadi seorang petugas kaunter yang mesra alam dengan servis yang takkan menghampakan pelanggan suatu hari nanti. tidak sama sekali!

bak kata bekas majikan aku dulu, Chong:

              "customer is always right!"

mula-mula aku rasa dia sangat koolio cakap macam tu. ayat ringkas ini aku pandang dengan penuh moral, falsafah dan integriti. masa ni baru mula berkecimpung dalam kerja part-time yang melibatkan jagaan kaunter dan cakap-cakap manis mengipas.

rupa-rupanya ayat tu ayat cliche mana-mana taukey pon akan ajar pekerja dia. rupanya Chong tidaklah secool seth tan semasa kebenaran tentang nora diledos jujur. cis, remaja masa umur 17 memang cepat terpedaya. sangat tidak matang.

tersimpang jauh nampaknya dari tajuk asal. argh. macamnila perasaan bila dah walk-in interview banyak-banyak tempat tapi takde sorang pon follow up. takkan dua bulan cuti nak jadi maid fulltime kan? tak mencabar dan membina la macam ni.

apapun, scene nomad ni buat aku sedar 2 perkara, bukan perkara tapi benda. 2 jenis barang yang aku tak pernah perasan merupakan inventori paling banyak dalam simpanan aku lantas menyukarkan perpindahan.









yang pertama :

Photobucket
total syiling yang aku main campak je dalam laci ni tak sangka boleh lepas cover tiket tambang balik kampung









yang kedua :

Photobucket
kasut-kasut aku boleh tahan banyak jugak rupanya







pindah randah ni ada macam senaman berat di gimnasium. bagus untuk bina badan. tapi kadang-kadang ada kecederaan. sudahlah.





Beroleh lumpur di tempat yang kering.












ps: 

"what do you recommend i do?
"my suggestion is that you meet with him, commit to nothing. once the precident tells you what the h*ll is on his mind, call me. if i think he's playing political hardball with you, trust me, i'll pull you out so fast the man won't know what hit him."
"thank you sir"                                                                                                                       ce kau teka buku apa?

3 comments:

izwanyusof said...

uthman bukak stor la.. haha

Faaizz d. Zul said...

nice, buka stor lepas semua orang balik.


superdupergreat timing.

izwanyusof said...

baru dapat.. huhu.. pokjat bagitau pun time aku dah kemas2 barang.. next tenure ko suggest la pape yg patut utk uthman. :D