12 August 2011

budak comel zaman sekarang

salam alayk'
pada satu malam, sedang aku lepak-lepak dengan member-member, ada seorang kanak-kanak comel lote persis Amani mia sara(apa entah nama sebenar dia) duduk seorang diri. untuk entri ni aku gelarkan dia Mia Tipu pasal dia bukan Amani yang berlakon tu, cuma muka rambut ada sikit sama, aku suspek parent dia peminat Sekali Lagi.

pic kredit
tapi parent dia sibuk main bowling tanak kena kacau lalu memperdayakan anaknya dengan semangkuk aiskrim mat kool vanilla gambar beruk makyeh pakai spek gelap.

aku pandang dari jauh, dia jeling balik, aku kenyit mata, dia senyum lagi, aku angkat kening kanan, dia ketawa kecil, aku jelir lidah sikit, dia jelir habis sampai pangkal lidah, aku suspek budak ni memang power main renung-renung. jenis tak mahu mengalah.

member aku, nama sebenar Hanif (jujur, tak censored) perasan akan kecomelan budak ni. dia buka langkah, Mia tipu yang comel lote leka pusing-pusing atas kerusi yang boleh twist tu. Hanif teruskan menapak, makin dekat, makin rapat. tiba-tiba...

YEEEAAAAHHHH!!!

bapak dia strike. menjerit punya kuat, aku pon terkejut. cis! potong betul.

Mia Tipu perasan Hanif mendatangi dia, lagi tiga langkah Hanif mahu rapat, dia terhenti, langkahnya mati.






"jangan nak mengurat laaaaa"



kata Mia Tipu dalam nada kecomelan tahap dean list.

aku ketawa berdekah-dekah. dari jauh aku nampak jari tengah Hanif menggeletar, gigi dah ketap ketar keluarkan bunyi grrr... mujur masih Ramadhan.





Dari Ibnu Mas’ud ra Rasulullah Saw bersabda : “Siapa yang dikatakan paling kuat diantara kalian? Sahabat menjawab : yaitu diantara kami yang paling kuat gulatnya. Beliau bersabda : “Bukan begitu, tetapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah.” (HR. Muslim)



*bukan entri pedophile, cuma cerita lelaki-lelaki yang suka pada kanak-kanak dan cintakan keindahan alam.

**thanx follower2 baru. NizamSani tu! mahu baca buku kamu.

16 comments:

IZYAN KAHER said...

so kesian with your hanif :)
mesti dy got blushed gila2 time tu ^^

HAPPY RAMADHAN btw :)

khairunnisa ♥ said...

straight.. baik hanif cakap kat dak kecik persis mia tu "ala dik, abg nak bagi tisu..comot betol makan aiskrim" ^_^

MIERA said...

hihi.. comel nye Miya Tipu tu.. ^_^

fiey said...

ok.comel!

difficult easy. said...

hahaha. comel gila mia tipu! jangan mengorat ehhhh! :D macam tau tau je dia comel.

first time datang sini. :)

nas said...

aku ni kadang2 gelak mmg nampak gigi aku yg xberapa lawa nih
hehehee
teruk tol
yelah.. kawan buat lawak... xleh nk kontrol.. apela.. ikut sunnah Rasulullah lagi baek :)

Aisyah Aina said...

hahaha...comel je...kesian la hanif tu...tak pasal2 kena....

Faaizz d. Zul said...

@IZYAN KAHER

yep, he know the feeling best.
happy ramadhan too ~

@khairunnisa ♥

xsempat ckp apa2 sudah kne reject. hati perit woo. XD

@miera

memang comel! #fact

@fiey

X)

@difficult easy.

tak expect pon dia eksyen sbegitu rupa. haha.
thanx for droppin' by, next time dtg lg.

@nas

ikut sunnah Rasulullah mmg yg tbaek :)

@Aisyah Aina

budak-budak zaman sekarang~

Cik Aqilah Wardah said...

haha.. pehh! terbaik punye sound! huhu

KimiCnoL said...

haha..kene reject...hilang ke machoaan..
kenape perempuan suka menaruh harapan??

Faaizz d. Zul said...

@Cik Aqilah Wardah

yeah! bygkan anda ditempat hanif, tidakkah mahu menangis? haha

@KimiCnoL

haha, low self-esteem terus.

nizamsani said...

boleh dibeli di uya distro. :)

Faaizz d. Zul said...

@nizamsani

sudah order online. sedang menunggu posmen~

zamzam said...

nyesal x amik gmbar bdk tue~

Nadia @ ShahAlamCity said...

serius dia ckp cm tu? haha. comel gila... *terbayang the real mia sara dlm cerita sekali lagi*

Faaizz d. Zul said...

@zamzam

haha, rugi2~

@Nadia @ ShahAlamCity

tak caye? tny hanif. hee~