09 August 2011

CerKon #1 : kain pelikat


salam alayk'

----------------

Radhi orang bekerjaya. Hidupnya mewah dan selesa. Dia punya perniagaan besar, kereta besar, banglow besar, dan segala yang orang-orang kaya miliki.

Radhi asalnya dari kampong. Dia punya mentality kalau-ke-surau-mesti-kena-pakai-kain-pelikat. Kalau tidak orang-orang tua disitu akan beri pandangan kurang selesa. (baca: pandang slack)

Radhi kadang-kadang ke surau/masjid untuk solat berjemaah.  Kadang-kadang dia lupa bawa kain pelikat. Jadi bila dia pakai seluar untuk solat, dia keluarkan segala isi poket letak dihadapannya, dia lebih selesa begitu.

Suatu hari ketika bersolat, dia letakkan segala isi poket dihadapannya macam biasa. Kunci kereta, lighter, dompet, dan juga Iphone 4 tempat dia berjuang menentang khinzir hijau melalui aplikasi Angry Bird.

Jemaah lain terasa tak senang melihat perlakuannya. Dia tersengih sinis. Imam mulakan solat.

“Allahu Akbar”, disambung dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya.

Radhi turut serta dalam solat. Tapi kali ini dia kurang focus. Setiap kali dibuka matanya, terlihat harta dunia miliknya. Iphone 4 nya sekali sekala keluarkan lampu putih kilau kemilau beransur-ansur di sekeliling penjuru membentuk segi empat tepat. Dia terleka dalam solat.

Jemaah kanak-kanak di saf belakang, Wak Songo disebelah kiri, Nasrin disebelah kanan. Wak Songo dan Nasrin mula rasa menyampah. Solat mereka terganggu, mereka berprasangka buruk terhadap Radhi.  

“mentang-mentanglah dia pakai iphone 4, bukan main lagi menunjuk”, monolog Nasrin.

Imam teruskan solat. Usai sujud kedua rakaat pertama, dia teruskan ke rakaat kedua. Semua jemaah mengikutinya.

Dalam kedudukan berdiri tegak di rakaat kedua itu, Wak Songo dan Nasrin rasa tidak kena. Radhi mula gelisah. Dia jadi penasaran.





Iphone 4 tidak lagi kelihatan.







*CerKon - cerita kontot

3 comments:

khairunnisa ♥ said...

mesti angry bird bawak lari iP dia tuh ^^p

nizamsani said...

wuih.hilang.

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa ♥

wallahualam.

@nizamsani

goyang tak goyang la kan tgh solat.
dugaan~

btw, ini fiksyen, tp aku penah dgr real story org solat dpt tgk live moto kene rembat. siyes.