23 August 2011

lidya, makwe hot. tapi sayang...

salam alayk'

ini bukan kisah benar, ini drama teladan, jangan kerut dahi kalau pernah dengar, sebab ini olahan semula entah aku tak ingat dari mana sumbernya. siapa-siapa yang namanya Lidya, dan rasa-rasa kamu cantik,, menawan, jangan terasa. sebab aku cuma perlu watak dan nama, dan aku rasa nama Lidya ini hot, sehot dia, makwe gerai no 27.

ini kisah lidya, kisah makwe pulp-urban.

cerita bermula. jeng jeng jeng....

Siangnya dia bekerja, malamnya dia berfoya. bersama rakan perempuan, bersama taulan, bersama pria-pria jalanan. bersosial, cari hiburan. berkaraoke, lepaskan geram. itu kitar hidupnya sehari-hari. cukup masa, dia pulang ke rumah.

rumah lidya rumah mewah, ada itu ini ada segala. tapi masa dirumah cuma untuk lepaskan diri dari lelah berkerja dan berfoya. cukup masa dia keluar lagi nanti.

ibu bapanya risau. anak gadisnya sudah kurang bertegur sapa. hadir mereka tak diendah. sebagai ibu bapa, kasih tanpa syarat mereka tetap dizahir. makan minum lidya cukup, tempat tinggalnya diurus, wang sakunya dihulur, walau tanpa perlu anak gadisnya itu balas rasa syukur.

satu hari ibunya memberi nasihat. Lidya naik berang, dia terus ke biliknya, ibu follow dari belakang. dia hempas pintu sepenuh tenaga sehingga tudung d'haja yang dipakai ibunya tergulung-gulung buat Ibu lemas seketika. dia terduduk, terkedu, sayu diperlakukan sebegitu.

"keluarlah nak, kita makan tengahari sekali" ujarnya sebelum beredar. Lidya diam membatu.

petang itu, ibunya memujuk lagi;
"janganlah macam ni sayang, keluarlah dari bilik, kita pergi jalan-jalan"
Lidya bersolek hendak keluar berfoya. Ibunya dibiar tanpa peduli.

malamnya, Ibu menunggu Lidya pulang.
sebaik sahaja tiba di rumah, ibunya memujuk lagi;
"maafkan ibu nak, maybe ibu yang salah"; ujar ibunya lembut, kali ni speaking London.
walau begitu, Lidya terus meluru ke biliknya tanpa pandang wajah ibu.

hari-hari kemudiannya berlalu serupa, si Ibu tidak pernah jemu memujuk dan menawarkan peluang kemaafan untuk anaknya. sayangnya, Lidya terus begitu.



esok hari dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta Lidya dilanggar lori ais. badannya dihenyak rapat ke tayar lori. ais bertaburan sana sini, Lidya mati...

sekian...



kau rasa Lidya teruk kan? perangai jenis orang tak reti bersyukur. kau fikir padan-muka-lah si Lidya mati tak sempat bertaubat. she deserved that kind of ending.





tapi jangan kau maki si gadis Lidya kata dia anak derhaka celaka apa segala.




fikir tentang kita.




lihat diri. lihat langit, fikir tentang siapa Pencipta. baca semula entri tapi ganti watak lidya dengan diri sendiri, apa jadi kalau hubungan Lidya dan ibunya macam hubungan kita dengan Tuhan. nauzubillah~

fikir apa yang telah Tuhan beri, baca sirah para pendosa, baca taubat pembunuh 100 nyawa, baca taubat si penzina pemberi minum seekor anjing.

cari pelawaan dari Dia, cari pujukan dari Dia, cari panggilan dari Dia yang sentiasa dalam kalamNya dan imani ayat-ayat yang cerita betapa Allah itu MAHA penerima taubat.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya) dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani? (09:104)

jangan pernah sesali seteruk mana kita kerna Allah itu maha mengampuni. mari sama-sama...



*entri(muhasabah untuk diri) kelam kabut copet dari kuliah subuh surau, ceramah radio, dengar cakap-cakap orang sana sini. maaf tiada link berguna. saranan: salam ihya' Ramadhan.



6 comments:

nas said...

nice entri!
hehehe...
ramai nye org buat entri keagamaan pd bulan mulia ni
baguslah
erm... harap2 aku xjadi la spt watak lidya ni
ngeri mati sblm sempat bertaubat...
ermm

Nur Aizureen Md Zahir said...

nice one ~! betul tu,,mmg la setiap org buat silap..its normal..tp kita tak bley salu nk tunding jari ke org lain..cermin diri sendiri / muhasabah diri dan ubah diri kita..then tegurlah yg lain2 supaya ke arah kebaikan..

keep it up ~! besh :)

A i n n u r said...

betul3..setuju sgt dengan entri ni,..

satu analogi yg baik utk smpaikan msg ni..

nice entry..:)

Faaizz d. Zul said...

@nas

time2 cenggini, ramai ustaz2 rajin berceramah sana sini. aku cuma sampaikan semula.

mudah2an kita tak seperti lidya. sbab itu Nabi kata "org plg bijak = orang plg ingat mati"

@Nur Aizureen Md Zahir

:)

muhasabah diri untuk muhasabah orang lain.

thanx sudi baca...

Aisyah Aina said...

kadang2 orang suka maki2 orang lain bila buat salah tapi diri sendiri pon sama je...


thumbs up ;)

Faaizz d. Zul said...

@A i n n u r

terima kasih. analogi untuk diri. =)

@Aisyah Aina

biasalah manusia~