06 August 2011

scene lepas asar

salam alayk'

4.50pm; imam bagi salam pertama

"assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh (Allahummainni as'alukaridhaka waljannah)"

imam bagi salam kedua

"assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh (Wana'u zubikamin sakhotikawannar)"

wirid-wirid sikit, zikir-zikir sikit, lepas baca doa, orang paling hujung start salam imam, yang lain ikut beratur. lepastu ramai-ramai keluar surau, kedengaran bunyi motor mengganas.


"BROOM, BROOM" bukan bunyi kentut.


ada dua brader dah tunggu luar surau, sorang muka tak jambu mana, rambut tegap padu ke udara, kukuh kejap tak luruh dek angin sepoi-sepoi, misai ala-ala serial killer dari Mexico, LC135 ekzos besar dipulas minyak kasi gerun.

"BROOM, BROOM" bak guruh menderum

jemaah lain dah bergegas ke moto kereta masing-masing, goyang. aku buat rilek je. diorang mungkin tak perasan sticker SNSD dekat cover set moto dia. brader ni dalam hati ada taman sebenarnya. jenis yang simpan teddy bear dalam bilik, malam-malam buat cuddle.

brader sebelah LC naik kapcai, muka tak nampak pasal helmet tak bukak, dengan visor kaler gelap, dia duduk meronggeng separuh bersila. separuh bersila la kan kalau kaki kanan dilipat, kaki kiri pijak pedal, ye dak!?

paling tak menahan, brader ni pakai short je dalam kawasan surau. hati kering. jenis yang buat tak endah di jalanraya sekalipon lori beras terbalik dihadapan.

pakcik-pakcik cuba elak pandangan mata brader berdua ni. masing-masing goblok buruk sangka.
 
"anak muda sekarang perangai teruk" lampiasnya dalam kejumudan.

aku disebelah terbersin. ptuih!

tak ingat pulak akhlak oldtimer ni punya baik time diorang nak mintak 3gp dengan budak-budak masa rewang kenduri kawen. tu belom kira yang main sebat raba punggung-punggung yang lalu lalang angkat lauk. seksual heresmen berleluasa tanpa bela. grrr...

orang ramai dah tunggu, tanpa leceh-leceh, besen yang sarat berat tu diangkat. besen berat yang orang tunggu-tunggu.


























"bubur lambuk percuma! bubur lambuk percuma! sorang ambik satu oi..."










brader berdua laju menerjah bungkusan bubur lambuk percuma. dari riak muka boleh baca dia kata "terima kasih & selamat berbuka"






akal berpantun dalam hati;

beratur panjang depan tandas,
takkan nak simpan-simpan lagi;
alang-alang sampai rumah Allah,
apa salah solat sekali.




pantun tak pantun sangat la kan.peduli hape sama bakat & format. yg penting mesej!



------------------------------------------------------------------



paksa diri lagak orang bijaksana - Ust Muhammad Uthman el-Muhammady





jumpa asar ni. weeehuuuu.




5 comments:

izwanyusof said...

besen..joho pure..haha..
dah start buat bubur dah ke?..mantap..

nas said...

rajin ea solat asar di surau/masjid.. baguslah...
aku ni da lama xmakan bubur lambuk... bubur lambuk sedap.. tapi kadang2 xsedap pon ade... haha
bagi aku sket leh? :P

Faaizz d. Zul said...

izwanyusof

abistu panggil apa? joho tak joho sgt la kan. haha.
klu masjid, lepas zuhur boleh bagi bekas kat komiti bubur. asar bole dtg ambk blk.

klu surau-dtg je asar, da siap dlm bungkusan. ambik dan blah. tu yg ada yg xsolat skali. rugi2.

nas

boleh nas, dtg la kota tgi. surau ni bajet rm300 utk bubur tiap hari.

solatlah di tempat azan diazankan, kalau sudah bergelar lelaki. XD

pesanan utk diri.

khairunnisa ♥ said...

waalaikumsalam,

separuh bersila.. bleh ke cam tu? ^_^ haha..

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa ♥

boleh, gaya brader brader rempit.