15 August 2011

tawaran ikhlas

salam alayk'


suatu petang yang terik, brader yang ditunggu-tunggu asyik reply "on the way, on the way, on the way". kalau sekarang sudah pukul 4 petang, status sms is received ialah pada pukul 3 petang. sejam menunggu memang menggugat kesabaran.

sejak bisnes bermula, cabaran paling utama yang telah kukenal pasti adalah membancuh air ketika mentari memancar terik sebelum Asar. Wah, mencabar okay bila mahu tuang-kacau setin susu pekat, campur sikit perasa dan pewarna jagung kaler kuning. "kecebur-kecebur" bunyinya.

tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan pewarna merah sirap. maka terhasillah air perisa jagung kaler kuning-kuning oren yang menarik pelanggan dalam lingkungan 10 meter jarak radius. kaler dia memang mantul-mantul, woha!

itu baru jagung, belum lagi katira, asam boi, kelapa, cincau dan seangkatan dengannya. *telan air liur*

tapi hati manusia mudah berubah, dugaan mambancuh bukan lagi yang utama. kecurangan ini terjadi bila brader seven seas datang. seven seas bukan produk makanan kesihatan, tapi seven seas jual ais punya brader. femes di kawasan Kota Tinggi dan sekitarnya.

deruman enjin lorinya menambat perhatian ramai peniaga, masing-masing tunggu ais yang ditempah. sebagai peniaga yang penuh positif , aku tak buang masa, lincah-lincah menyerbu lori ais yang kelewatan. orang sudah ramai bro! sale mesti mau jalan.

brader ais turun lori, tersengih-sengih inesen dengan bibir lembab. puasa ke tidak itu aku tak ambik port , pasal puasa ni jenis ibadah antara kita dengan Tuhan. Dia maha tahu.

"bang arini nak 4 plastik besar, cube semua"

brader ais mengangguk. muka pening-pening sambil setting order. berkerut empat belas dahinya. air bekas cairan ais terus mengalir melalui paip tepi lori. malas menunggu buat aku buka langkah mahu rapat.

dengan tak semena-mena, langkahku makin laju, berlari aku menuju pintu container, bagaikan seorang ryan hall menuju garisan penamat, transisi kelajuan berubah lagi, entah kenapa, kaki berlari sendiri. dari jauh brader ais tengok aku pelik. "apa kena brader ni!?"


kredit pic

dihadapan pintu container, langit aku tatapi, kedua tangan kudepakan, deru angin sungai Kota Tinggi terasa nyaman. aku tarik nafas dalam-dalam...





"bro, nak aku tolong tak? nampak macam letih puasa je..."




tawaran ikhlas dariku. sungguh! suasana dalam container lori ais sangat menyenangkan...



11 comments:

KimiCnoL said...

try lepak dalam tue lame2..mesti heaven..hahaha

nas said...

laaa
mane acik dok kat dalam lori ais tu
sejuk beno jerk
puasa pun xrase sangat
heeeee

Faaizz d. Zul said...

@KimiCnoL

tak bole, tak heaven sgt bila sejuk sgt. haha.

@nas

bukan selalu lori ais dtg. dpt lepak 5minit pon dah rasa refreshing. baru ada tenaga. heee~

tolong-menolong amalan mulia.

Aisyah Aina said...

best gila...aku pernah nak masuk dalam lori ais tp pakcik bawa lori tu tak bagi lepas tu dia marah aku....benci pakcik tu....

intan said...

haish!! pose2 ni, baca entri pasal air lak..air jagung lak tu..

puteri cahaya said...

ahahaha.....sejuk yerr dik... dia lagi heaven kalu dok dalam lori ais tu terus. best! =P

Yasmin ♥ said...

HAHAH . Jgn dok lame2 makruh nnt ! hihi

Yasmin ♥ said...

HAHAH . Jgn dok lame2 makruh nnt ! hihi

Nur Aizureen Md Zahir said...

lepak dlm lori ais ?? tak masuk ais dlm mulut ?? segar..kahkah

buyat(bebola tomato) said...

hahaha bagi janji melayu sikit on the way on the way

Faaizz d. Zul said...

@Aisyah Aina

kempunan kau yek, lain kali kena offer dengan penuh pekerti~

@intan

sabor2, nanti petang bolehla ke bazar. kalau tak keluar bunyi "kecebur-kecebur" masa dia kacau air, sahlah itu air paip. har har har~

@puteri cahaya

panas terik masa tu kak, lori ais datang penuh penawar bersamanya~

@Yasmin ♥

tak boleh dok lama pon, sejuk!

@Nur Aizureen Md Zahir

astagha, itu sudah batal jadinya. haha. berpuasa tanpa lompongan, insyaAllah~

@buyat(bebola tomato)

biasalah bro, setakat sejam lambat apa ada hal...