17 September 2011

ditemubual makwe; pendapat telus orang muda


salam alayk'

berikut adalah konten temubual seorang makwe yang study journalist dari Monash University(MJM) dan saya (FdZ

di satu event owhsem: ART FOR GRABS: MALAYSIA DAY 2011

selepas public lecture yang owhsem dengan tajuk

COLONIAL HYGIENE & SOCIAL CONTROL: A history of 'cleanliness' from colonial era to Bersih 2.0 oleh Farish A Noor.



bermulalah temubualnya

----------------------

MJM: tahukan pasal speech ds Najib, revoking ISA, kebebasan media and blahx3, as a student, what’s your comment?

Fdz: okay, saya sebagai student menerima dengan baik cadangan ds Najib untuk memansuhkan ISA. Setakat yang saya lihat ISA telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu iaitu kerajaan 

(dengan menafikan kebebasan individu-individu tertentu) menyekat pengaruh yang "dianggap" mengancam keselamatan "negara".

Susulannya, ada 2 lagi undang-undang baru yang masih digubal berkaitan keselamatan dalam negeri yang akan diumumkan kemudian. Yang ini, kita tak tahu lagilah macam mana aktanya, modus operandinya segala bagai.

Tadi saya sempat sms tanya beberapa orang kawan-kawan pasal hal ni. most of them lebih kurang la in line dengan pendapat saya. Dan ada juga yang bagitau ISA pada dasarnya tak perlu langsung dilaksana sekiranya sistem kehakiman, perbicaraan hukuman dilaksana dengan adil dan saksama.

MJM: ada orang cakap, dia nak revoke ISA ni sebab persediaan sempena PRU ke-13 yang akan datang dan ucapan ini hanya untuk memancing undi. Apa pendapat awak?

Fdz: yes, *senyum sinis* 

maybe isu ni memang ada kepentingan politik. Sebab kita pon dengar rumour yang election pon dah dekat, dan ds Najib sebagai pemimpin baru mahu dilihat oleh rakyat daripada segi keterbukaan dia untuk masa akan datang dalam pemerintahannya.

oh ye, ds Najib, pleaselah delaykan PRU 13 selepas Disember 16th, please...  saya nak mendaftar. 

MJM: mintak pendapat tentang sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama, patut kita sambut dua-dua sekali atau tidak. acane?

FdZ: bagi saya, merdekanya Malaya pada 1957 dan penyatuan Malaysia pada 1964, 
*terpause sekejap* (oi 1963 oi! nervous sampai tersalah sebut) adalah dua hari berbeza.

dikalangan kawan-kawan saya golongan belia, masih ada yang tak tahu makna dua tarikh penting ni. Jadi dengan adanya sambutan, lagi ramai yang concern on how this country get its freedom and how kita semua boleh berada dibawah satu kerajaan.

MJM: so setuju lah ni?

FdZ: *nodding*

MJM: orayte. thanks!


MJM - makwe journalist Monash
FdZ - faaizz d zul

----------------------------

sempat rembat Kasino dan ZA: BMT tadi. 

esok macam nak pergi lagi, nak tengok Pak Samad launch buku Puisi Jadi Senjata (PJS). 

ada juga profesor undang-undang berambut panjang yang suka berkasut kung-fu launch buku tentang kehidupan bernegara, persoalan perundangan, demokrasi, politik dan banyak lagi.

eh?

berkasut kung-fu?



WACHAAA!!!

8 comments:

JIJI YU said...

kenapa tak sampbut merdeka tahun ni

puteri cahaya said...

da daftar.. =P btw, bila nak datang rumah beraya??

anamizu said...

tahun ni takde sambutan hari merdeka kan? hari malaysia je ade :P

slm kenal dr cik ana :)

Faaizz d. Zul said...

@JIJI YU

bagi aku, sambutan kemerdekaan tak semestinya di dataran. rakyat yg betul2 merasa kan merdekanya Malaysia boleh sambut di mana2.

cuma kalau pasal sambutan di hari 31 ogos haritu ditakuti tak meriah kot, iyalah, rakyat kita kalau bab raya ni mmg tak bole kacau.

hehe

@puteri cahaya

laa, tak jemput pon. next weekend boleh?

@anamizu

yup, anggaplah sambutan ni desekalikan pd Hari Malaysia Jumaat lepas.

on da bright side, kemerdekaan tahun ni sarat diisi dengan forum2 dan wacana2 ilmiah ttg kemerdekaan negara.

and saya rasa itu sgt bagus untuk educate rakyat.

salam kenal juga

=)

PENCONTENG said...

a person is innocent until proven guilty :)

nice wawancara

umairahshafei said...

salam'alayk.

ZA? buku tu, himpunan puisi je ye?

ada terbaca satu review. kalau tak silap, ada tajuknya "pemerintahan yg gagal".

macam best jugak. meaningful.

Faaizz d. Zul said...

@PENCONTENG

yup. manusia ada hak n kemuliaan yg patut dihormati.

ISA, OSA, EO semua pon tak perlu laksana.


@umairahshafei

waalaikumussalam.

buku tu ada dua part,

satu yg puisi2,

n satu lagi artikel2 dari blog ZA sendiri. entri yg dia pilih.

ada macam buku Ranap FJ jgk la.

=)

izwanyusof said...

dah bersedia untuk mengundi..
sekarang lagi satu isu merdeka iaitu malaysia tak pernah dijajah.. jadi kemerdekaan yg disambut sebelum2 ni camane.. persoalan gak tuh,..