28 September 2011

Gadoh

salam alayk' and greetings.

cerita lama tapi nak post juga.

---

kredit - pic

Sinar mentari petang itu memancar terik sesuai dengan nama bulannya, Ramadhan, hari ke dua puluh lima. Jeb dan Long duduk di atas motor di parkir bersebelahan gerai Haq, jiran gerai aku.

“Ko datang sini kejap wei!”

Jeb dengan lantang panggil Haq. Kalau tak silap aku, ini kali kedua diorang slowtalk, nego untuk kawasan sejak semalam. Perbualan bermula tenang, perlahan. 

Tak sampai 5 minit, tapak tangan Jeb dihayun tepat ke pipi kiri Haq. Haq tersembam ke tar jalan. Cepat-cepat Long bingkas peluk dan tahan Jeb, tenangkan keadaan.

Haq bangun semula, terpinga-pinga lagaknya. Entah apa lagi yang Jeb herdik pada Haq. Aku buat tak tahu sambil layan pelanggan nak tapau air untuk berbuka.

Kali kedua aku toleh, Haq dilempang lagi, tepat ke tempat yang sama sebelumnya.

“Lu potong line gua broo!” tengking Jeb.

“Takde orang pernah kacau gua niaga kat sini, lu memang cari hal dengan gua!”

“Lu tak puas hati!? Lai! Lai!”

Haq hilang sabar, egonya tercabar. Dia layangkan kaki kanannya sekuat hati tapi tak kena. Brader mana entah masuk tahan Haq.

Itu jam, memang darah aku menyirap, lutut menggeletar, penumbuk menggigil. Rasa mahu masuk dan rembat Jeb. Tapi aku tahankan pasal masih siang, masih puasa.

Aku baru jugak kenal Haq sehari sebelum tu. Dia ayah kepada junior sekolah aku. Dia parking gerai dia sebelah gerai aku secara haram sebelum pegawai Majlis pau RM100 untuk lesen tapak. Dari semalam lagi Jeb tak duduk senang tengok Haq bukak gerai.

Jam dah pukul enam setengah. Aku tinggalkan gerai untuk order nasi buat ifthar. Selamba aku melintas port Jeb dengan Haq bergaduh tadi. Jeb masih melompat-lompat gaya budak taekwondo sparring sambil provoke Haq. 

Ramai brader-brader lain dah kerumun port tu. Aku tiada pilihan lain selain melintasi Jeb. Masa itu jugalah bahu kami berlaga.

“Yang lu ni apehal!? Tak puas hati dengan gua!?” herdik Jeb betul-betul depan muka aku.

Tak semena-mena Jeb halakan penumbuk kirinya.

Aku elak dan pusing badan ke sebelah kanan Jeb, aku fokus berat badan ke tapak tangan kanan yang berpaksi tanah dan libaskan kaki kiri tepat ke rusuk Jeb, tepat, senak, kompem! compasso memang move feveret aku. Jeb jatuh menyembam bumi.

“Lauk nii oii!” jerit Jeb.

Belum sempat aku buat apa-apa, ramai-ramai masuk menyerbu, budak-budak Jeb sepak terajang aku. Bertubi-tubi penumbuk penyepak aku terima. 

Pertama kalinya kepala aku digrab entah siapa sebelum tengkorak aku bertemu kepala lututnya sambil tengkuk aku dikilas dua lengan chilaka. Perut dihenyak, belakang badan dihentak.

Brader-brader yang dok kerumun dari tadi join sekali. Akak kedai bunga dah menjerit-jerit, makwe-jual-tudung-tapi-tak-pakai-tudung turut sama meracau, makwe crush yang jual baju kanak-kanak turut sama jerit takut.

Badan rasa sakit, lebam sana-sini, kelopak mata terasa berat, kepala rasa high. Tak lama, visual bertukar gelap.

2 comments:

PENCONTENG said...

lu jadi hero lah.. hahaha

Faaizz d. Zul said...

@PENCONTENG

sabo sabo, bakal bersambung..

tapi gua memang hero pon, keh3

=)