22 September 2011

Review: Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa
Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa by Raja Ahmad Aminullah

My rating: 4 of 5 stars

Nyahkan nadim-nadim
Supaya mudah kita bekerja
Agar dunia ini milik kita.

3 baris diatas merupakan sedutan ringkas dari salah satu puisi di bahagian akhir buku ini. Penulis mengungkit dan mengupas persoalan semasa melalui perlambangan siapakah “nadim”, siapakah “kita”, apakah “kerja” dan “dunia” didalam masyarakat kita melalui renungan beliau merentas zaman.

Pengkhianatan terhadap intelektual, budaya cium tangan, isu self-censorship, budaya please-don’t-quote-me, kecenderungan mengawal pandangan editor media, pemecatan orang-orang tertentu dari jawatan-jawatan tertentu, pengkhianatan terhadap idealisme asal perjuangan disebabkan kepentingan tertentu dan pelbagai lagi variasi masalah yang akhirnya meletakkan intelektual dan rausyanfikir dibawah opresi kuasa kontemporari.

Tanpa berbasa-basi, penulis mengkritik kebolehupayaan para intel, cendekiawan, dan rausyanfikir yang sepatutnya memainkan peran dalam mengemukakan kritikan, teguran, fikiran alternatif yang memihak kepada kepentingan Negara dan kepentingan rakyat.





View all my reviews 







sesi off topic-----
saya nak iklan event best - klik sini
blog diorang - klik sini



4 comments:

JIJI YU said...

ak tgk reiew engko pon terasa berat kepala aku

Faaizz d. Zul said...

@JIJI YU

xkan baca review pon da trasa berat bro?

kemonla, kdg2, kita kena baca jgk buku2 macam ni. supaya someday nanti bukan kita yg dikisahkan org lain jadi permasalahan masyrkat.

peace!

khairunnisa ♥ said...

thanks for sharing :)

Faaizz d. Zul said...

@khairunnisa ♥

thanx for visiting, reading, and oso commenting.

=)