10 November 2011

Alleria the Windrunner

Salam aly'k.


lama dah cerita pendek ni tersimpan dalam draft.baru harini cuba auto publish by schedule.
__________________________________________________________________




 Alleria the Windrunner membidik sasarannya dengan serius. Dia rasa tertekan dengan pesaingnya Akasha the Queen of Pain yang terlebih dahulu mengenai bulatan merah sasarannya. Alleria tahu yang Akasha telah menggunakan taktik Sonic Wave nya untuk mengelirukan pandangan Roshan. Dalam riuh kabut jeritannya itu, dia pacakkan pisau belatinya tanpa pemerhatian Roshan. 

Cuma Alleria yang tahu muslihat liciknya. Masakan Akasha boleh mengena sasarannya yang jaraknya 1000 distance sedangkan attacking range dia cuma 550. Dengan sombong Akasha bisikkan pada dia Turn me lose. Angkuh!

Harapan warga marhaen Kampung Sentinel kini terletak dibahunya. Semuanya berdebar-debar menanti bidikan Alleria.Kemahiran Powershot miliknya mampu melepaskan anak panah sejauh 1700 distance dengan menembusi apa jua halangan. Rakyat marhaen Scourge juga turut gusar. Kemenangan yang merupakan piala sacred Aegis of Immortals akan memberikan kelebihan luar biasa dalam pertempuran akan datang.

Peserta Sentinel sebelumnya, Mirana Nightshade berdoa tanpa melihat gelanggang. Dia malu apabila Elune’s Arrownya tersasar akibat Frostsaber yang terLeap tak tentu pasal ketika giliran dia tadi. Dasar harimau putih nyanyuk! Buat malu sahaja. Aku kemainlah “Trust in my commands! Strike for the Goddess” segala bagai, sekali kau Leap buat panah aku tersasar hampir terkena Knight Davion. Malu! Malu! Malu!

Dalam masa yang sama Knight Davion menyarung armor kepalanya. Niatnya mahu sembunyikan mukanya yang merah padam saat Elune’s Arrow itu ditampannya. Ah! Inilah dia. Anak panah cinta dari makwe idamannya, Mirana Nightshade.

Kalut kotak fikirannya mahu balas confession Mirana. Patutkah dia lafazkan What is your wish? How may I serve? I’m honored. Bukan! Bukan! Itu bukan ayat-ayat cinta. Itu ayat-ayat kesatria. Aku perlu tambat hatinya dengan puisi-puisi indah, ayat-ayat cinta, ayat-ayat Tumblr. Buntu  otaknya berfikir. Bak kata Vovin - Jangan terlajak kata, nanti tiadalah bermakwe. Elune's Arrow digenggam rapi.

Dari atas menara pula Traxex the Drow Ranger memekik mekik bagi semangat kepada menteenya.
Let the phantom arrow fly!!!

Dia disertai si Dwarf tua, Kardel Sharpeye yang turut melompat-lombat memberi kata-kata semangat. Alleria! Locked & loaded? Fire! Shoot to kill! Fire! Fire!  

Demnok Lennik the Warlock dah annoyed gila dengan Kardel. Kalau Roshan tiada di situ sudah tentu dia cast Inferno kasi hentak sama Dwarf tua itu. Samalah juga dengan Vol'Jin the Witch Doctor. 

Boleh sahaja diMeledictkan Dwarf tua tu kasi berhenti menyalak.Tapi didepan Roshan, semuanya elok budi pekerti.

Pudge pula tak henti-henti memancing pelanggan di gerainya. Fresh meat! Fresh meat ! Ymir Tuskarr tak lepaskan peluang menjamah Ghoul goreng buatan Pudge. Di tempatnya tiada makanan begini.

Disebelah yang lain, Jakiro the Twin Head Dragon pula bergadoh sesame kepalanya sendiri. Si kepala api sokong Scourge manakala Si kepala ais sokong Sentinel. Hasilnya, kabus yang tebal menambah dramatic suasana pertandingan.

Mudah kerja Boush the Tinker memerangkap Ketua Teknikal hari itu. Tak perlu dia bersusah payah study engineering untuk sediakan mesin khas efek kabus semasa penyampaian hadiah nanti. That guy is nuts, grab him. Aku mahu dia kerja dengan aku, arahnya kepada Rhasta_Shadow Shaman.Rhasta bersiap-siap sediakan Shacklesnya. Dazdingo! Heads will roll!

Perhatian kembali semula ke gelanggang. Masanya sudah tiba untuk mengetahui keputusan perlawanan.

Sssuuppp!

Alleria melepaskan Powershotnya ke arah sasaran. Dia bayangkan wajah Lion the Demon Witch di bulatan merah itu.Dendamnya terhadap Lion yang gemar Voodokan dia kepada seekor ayam sebelum dicucuk-Impalekan dari bawah tanah memang sangat annoying. Hatinya sedikit terubat bila bayangkan scene dia memanah Lion bertubi-tubi dengan ulti Focus Fire nya.

Sssuuppp!

Anak panah Powershot terus meluru laju membelah udara.










Kkttiiiiinggg!!!



Dagger milik Akasha yang mulanya terbenam di sasaran itu terbelah dua oleh anak panah Powershot milik Alleria. Bagai gerak tayang slowmo, pecahan dagger itu terpelanting berpusing-pusing ke udara sebelum mencecah tanah. 

Yang terpacak hanyalah Anak panah Powershot. Alleria telah menang! The Sentinel telah menang! Hadirin bersorak!


Dengan kereknya, Alleria berpaling mencari Akasha.




CRY!!!!!!




Herdiknya tepat ke muka Akasha. 



Sentinel have won.


-----------------------------------------------------------------------

Begitulah sedikit sebanyak kisah Pertandingan Memanah anjuran Roshan di antara The Sentinel dan The Scourge.







oh ya, noobies tak mungkin faham cerpen ini. XD


nah intro - link







13 comments:

izwanyusof said...

macam siot!..imba giler dota siap hafal satu2 character dengan ulti segala.. haha

Faaizz d. Zul said...

inilah namanya fanfiction. har3.

oh ya, noobies tak mungkin faham cerpen ini.

Edy said...

fuck!!! nape la aku baru bace artikel ohsem kau ni!

Siut la beb. Roshan dah ade organize event sports eh? Rasanya pasni, Kael dan Lina Inverse jugak akan organize event-event kerohanian. Entahlah, gua pun cuma dengar ura-ura saje.

Selamat beb! Kau mmg ohsem!

Defends Of The Ancient for the WIN!

3p4h said...

Ini sgt menarek! Hahaha

p/s: Teringat zaman2 kegemilangan dota di kampus... fuh~

PeJuAnG CinTa said...

serius x paham.. tapi.. kretif !!!!

Faaizz d. Zul said...

@edy

kau baru baca pasal aku baru publish.
ada je aku tulis entri fanfiction dota yg lain, tmasuklah demonstrasi,etc. tp psl acara keohanian aku hold. takut2 tersensitiviti kan mental org lain.

better buat fanfiction murni tanpa unsur2 rasis, senstiviti agama. peace!
jgn mencarut do, tercemar blog aku. har3.

XD

@huzaifah

zaman kegemilangan? peh, lejen ni lejen.

@brader cinta

xfaham?
ini fanfiction DOTA. defends of the ancient.

biasalah kalau tak faham.
sebab noobies tak mungkin faham cerpen ini.

hik3. XD

3p4h said...

Lejen lah sgt kan pun adoi ;P

p/s: FYI, ni br pulang drp mengambil softcopy dota drp kwn. Gilas~

adwafarahin said...

berimaginasi gila!

Faaizz d. Zul said...

@huzaifah

ahaks. sudah tercari2 softcopy pula. gilaks~

@adwafarahin

menulis fiction perlulah berimaginasi gila!

XD

Iffah Afeefah said...

erk tak mnt cter mcm ni

laki mmg suke la kan

ye sy noob..mngku dlu

khairunnisa ♥ said...

nak tanya classmate ttg dota lah camni.. :P tau CSO je.. >.<

XD

Faaizz d. Zul said...

@iffah afeefah

err, cerpen ni kumpulan sasarannya ialah player2 dota. =)

@khairunnisa

jgn terjebak bermain sudah. XD

khairunnisa ♥ said...

wat masa ni main CSO dalam exam hall. main tembak soalan exam XD

insyaAllah tak :) terima kasih doakan.