15 November 2011

[RBRF] Karipap-Karipap Cinta


Salam alayk' & greetings!

RBRF - Review buku review filem.

Aku pernah sekali ternampak status facebook kawan aku:

Camane nak tackle makwe DQ eh?

Lebih kurang macam tulah status dia. Kemudian satu demi satu komen dia terima berbunyi prejudis. Contoh; 

tak malu ka nak makwe ustazah, hang solat pon Inna a’toinaa dengan Qulhuallah ja. Ada hati nak yang solehah.

Lebih kurang cenggitu jugalah komen tak membina yang diterimanya.

Sebelum apa-apa, fyi DQ disini bermaksud Darul Quran dimana pelajar-pelajar nya mengikuti kursus pengajian Al-Quran sama ada sijil(1 tahun) atau pun diploma(3 tahun). Yang pasti, lulusan DQ ni sudah tentulah para hafiz dan hafizah belaka.

Macam mustahil nak dapat spouse ustazah kalau kau bukan ustaz, cenggitu?

Persoalan nilah yang aku terasa penulis mahu ketengahkan selepas baca novel nih. Tipulah kalau kata sesorang itu tak pernah berangan atau berdoa untuk hubungan yang baik kan? kita (Muslim) disarankan sedaya upaya membina rumahtangga mengikut model yang Islam ajarkan (2:221). Kalau bukan persoalan ni yang penulis mahu bawak, takpe. aku mahu tulis juga tentang ini.

lagi, ada juga persoalan-persoalan yang dituju kepada golongan yang mendalami ilmu agama tapi tidak mahu menjadi ustaz/ustazah, konsep da'wah. dan  sebagainya. ada yang kata ianya sebagai parodi kepada ayat-ayat cinta.

Filem dia aku tak tengok habis pasal aku pegang kata-kata entah siapa yang bunyi dia ada macam ni; Movie spoils the book. Secara eksperimentalnya ya. Akan wujud perasaan loophole kalau kau dah pernah baca buku dia sebelum tengok movie macam Harry Porter, Da Vinci Code, Angels Demon, Ayat-ayat Cinta, Stoning of Soraya M and so on. 

dan yang kedua, aku memang tak rasa nak habiskan tengok filemnya. maklumlah, bukan sukar menekan arah kanan pada keyboard ni untuk skip beberapa saat kehadapan. tapi aku tengok jugalah sebab aku ternanti-nanti beberapa persembahan dialog-dialog lucu dari buku dalam filem. itu menarik. namun begitu aku masih rasa ada part yang tak perlu pon sebenarnya ditambah. entahlah ini pendapat personal bukan professional sahaja.

untuk KKC, trailer dia je sudah mendownkan keterujaan menanti filemnya. Kalau kau seorang mahasiswa Al-Azhar, atau mahasiswa Universiti dekat-dekat dengan Al-Azhar,  atau kau ada seorang kawan belajar di Al-Azhar, atau kau kenal dengan siapa-siapa yang belajar di sana, atau kau pernah baca blog mahasiswa Al-Azhar, ce bagi dia filem ni dan lihat apa respon dia.

walaupun aku tak pernah ke sana, tapi melalui beberapa orang kawan aku yang disana, aku boleh rasakan yang Roh Al-Azhar tidak langsung dicuba untuk digarap dengan baik dalam filem. Sorry to say.dan aku tak tahu apa akan terjadi kalau pihak Al-Azhar sendiri nanti mempersoal lakon layar yang bawa nama mereka dalam karya ni. 

sedangkan orang Mesir pon bising dengan lokasi penggambaran filem ayat-ayat cinta yang dibuat di Jakarta, India etc untuk menggambarkan Mesir. filem yang adaptasi dari bukunya hasil tulisan Kang Abik yang pernah diulas oleh Pak Samad. Katanya untuk menggambarkan betapa roh Mesir itu hidup diungkap dalam ulasan pendek beliau:

"...tak membacanya umpama melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia di luar dan di dalam negaranya"


barisan pelakon?
tak mahu ambil port

Ok, sekarang review buku.


Aku rasa idea tentang kisah cinta Ali & Sarah ni sangat hip. Sangat menarik bila seorang yang biasa-biasa cuba menambat hati seorang lulusan Al-Azhar. Top 10 best students pulak tu si Sarah ni. Memang dalam situasi kampus sekarang ni, idea ni sangat applicable. Kalau anda seorang brother, ce bawa parent anda ke UIA ni, tak kisahlah ambil angin ka, layan landskap ka, kursus SPM ka atau seminar. Komfem mak anda akan asyik bercerita tentang jodoh. Fakta.

Bukannya nak kata bukan ustazah tu tak market, tidak. cuma kau tahu kan kalau manusia sedang mengidamkan yang ideal? (24:26) Semuanya yang indah-indah belaka. Umpama tajuk-tajuk karangan yang bersifat halusinasi di sekolah rendah. 

Kereta impian saya, rumah impian saya, negara impian saya dan lain-lain. cuma tajuk pasangan hidup impian saya tak pernah dibincangkan disebabkan tahap pemikiran kanak-kanak sekolah rendah yang belum mampu membuat ta'kulan di tahap itu. Halusinasi ini bersifat mistikal. Umpama berangan sambil picit jerawat di siang hari dihadapan skrin laptop anda membaca blog ini.

walaupun begitu, menungkap kata Mr K dalam Kitab Terfaktab, semua ciri-ciri ideal tu akan hilang maknanya once kau jatuh cinta, ciri-ciri ideal tu semua akan diketepi dan kau pasti akan cuba isi ketidaksempurnaan spouse masing-masing. Nuff said. 

Plot. Ya, perasaan kosong itu datang dari plot cerita. Cara perkembangan tautan hati antara Ali dan Sarah tak berapa nak terasa. Entah macam mana Sarah boleh terus menyukai Ali yang menipu mengaku dirinya graduan Azhar, lepastu gelabah dalam tindakannya menyebabkan kebodohannya terampil. bak kata-kata klise, demi cinta sanggup korban segala. namun, kadang-kadang ada beza antara pengorbanan dan kebodohan.

apapon perlakuan Ali, Sarah tolerate. dia mahu biar Ali mahu dia. Yang pasti, Sarah tahu Ali syok kat dia sejak kali pertama Ali ternampak dia. Walaupun aku tak faham sangat perempuan, tapi ada kawan perempuan aku pernah bagitau; if you like a girl, tell it in her face. Nescaya berhutan rimbalah taman hatinya dengan kuntuman bunga-bunga cinta yang mekar. Cewah

mungkin itu yang berlaku pada Sarah. walaupun secara realitinya, perempuan yang macam Sarah ni tahu lebih banyak tentang bab perhubungan berbanding lelaki. mereka lebih suka baca buku-buku tentang percintaan, mereka lebih ramai memenuhi dewan di kursus kawen, di dalam usrah mereka ada perbincangan tentang ikhtilat dan lain-lain. tapi Sarah, kenapa terlalu mudah keluar dengan Ali?

semasa membaca buku ini, ada watak-watak imaginasi yang hidup dalam khayalan kotak wayang fikiran. sebelum aku tahu siapa barisan pelakon, watak Ali ialah brader Vovin sendiri dan watak Sarah tentulah sis Husna the covergirl. tapi selepas tengok trailer, aktor dan aktres utama pula yang berlari-lari bersilat dalam kepala. haisy...

Lagi apa ye, oh ye karipap. Cerita pembuatan karipap tak kick sangat sebab ia cuma muncul di bab-bab akhir. Takdelah macam Nasi Lemak 2.0 yang memang almost the whole movie cerita pasal cara pembuatan nasi lemak. Dalam babak akhir KKC, karipap sepatutnya jadi agent twist untuk Ali memenangi kembali pemilik cintanya, Sarah. tapi, twist yang berlaku dalam plot ni disebabkan oleh tindakan Ali yang haru dan gelabah.

Persembahan cerita? Lucu. Sangat lucu sebenarnya. Kau pernah baca blog brader Vovin si penulis tak? Selucu itu jugalah bila dalam novelnya. Penuh dengan komedi-komedi senget lagi menyengetkan. Cukup buat pembaca dipandang gila kerana terhehe terhuhu seorang diri. Sekian.

Bacaan santai yang sangat bagus dengan persoalan-persoalan dilema remaja masakini.


2 comments:

MAZA AMFOTERIK said...

waduh..panjang intro nya..rasa spt mahu mengulas Kang Abik seluruh karyanya..

Faaizz d. Zul said...

hei hei.

XD