28 December 2012

Cik Ozah



bismillah




angka-angka magis penghubung dua tahun: 2̶8̶, 2, 3, 7, 8, 16


***

selalu, kalau saudara yang duduk sedikit jauh, kita jadi kurang rapat sebab jarang nak berjumpa ziarah dia. tapi, dalam setiap perjumpaan yang jarang-jarang itu, mesti berlaku benda yang baik-baik sahaja.

bila waktu ziarah, dia layan kita, dia jamu kita, dia masakkan yang sedap-sedap untuk kita, dia sediakan tempat tidur untuk kita. dia buat kita selesa.

sekejap-sekejap dan jarang-jarang, namun semuanya diisi dengan perkara yang baik-baik sahaja.

selalu, macam itulah Cik Ozah, adik ayah yang aku kenal.


***

ada satu nota kecil tulisan usang yang aku judulkan How I Met _____ (blank) ;
aku terjumpa semula dan aku belek-belek,
dalam bab how i met paradise(Jannah), ada aku catitkan ayat 26 dari Surah Yunus;

Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) ada kehinaan. Mereka itulah penghuni Syurga, mereka kekal didalamnya. 
nota seterusnya,
Syurga ialah sebuah tempat yang tidak pernah kelihatan di mata manusia, tidak pernah terdengar oleh pendengaran kita, dan tidak pernah terlintas di hati untuk digambarkan keindahannya. _ pak Ostadz

aku tutup nota sebab fikiran aku tengah sarat.


***

pak Itam kata, orang yang sakit ni kalau sehari tu nampak dia sihat dan cergas, ada dua tanda.

pertama, itu tandanya dia akan sihat terus dari penyakit yang dia hidap.
kedua, itu tandanya dia sihat untuk bertemu kita buat kali terakhir di dunia.


dan dua puluh enam disember, 8 malam, hospital Ampang.
Cik Ozah pulang ke Rahmatullah setelah menghidupi tanda yang kedua hari itu.




Al-Fatihah untuk Pauzah Men, adik kepada ayah, dan makcik saudara yang aku 
kenal melalui pertemuan-pertemuan kecil yang baik-baik. 

Semoga arwah cik Ozah termasuk dalam golongan yang disambut pelawaan malaikat ke Syurga (Al-Waqi'ah 56:91)





17 December 2012

terima kasih

untuk Disember yang kembali menemukan hijri dan masihi pada landasan usia dua puluh dua dengan ucapan ulangtahun yang menyenangkan, doa-doa yang baik-baik, dan ujaran-ujaran yang melucukan.
jazakAllah...
semoga kalian diganjar Tuhan seindahnya secukupnya.
karena selepas ar-Rahman, Dia juga al-Basit.




***

mohon doa untuk yang final-final juga;
case study(ies)
final year project
final exam

sekian.


hiatus. kononnya.



12 December 2012

Langit Disember

bismillah...


(1)

ada kumpulan momen bila kebosanan bertamu, merawak tafsir sebebasnya jadi macam... adiksi.
anehnya, apa yang disangka rawak rupanya... berturutan.

ah, magis Tuhan. Subhanallah.

antaranya;
cerita tentang Musa a.s dianugerah Taurat di bukit Tursina (Al Baqarah 2:93), tentang Ibrahim a.s diperlihat kejadian hidupsemula setelah kematian (Al Baqarah 2:260), tentang gunung-gunung yang digerakkan (Ar Ra'd 13:31), dan tentang Zulqarnain bertemu kaum di antara dua gunung (Al Kahf 18:93).

lalu aku kumpulkan mereka kemas-kemas dalam arkib gunung-bukit dari kalam Tuhan sambil mencipta mimpi-mimpi masa depan.


Alhamdulillah, selepas Tabur West; kali ini lebih tinggi.



Bt Kutu, KKB. 1050m

puncak,
selalu wujud dalam lipatan sejarah,
mengandung kisah tentang bersoal keraguan, mencari kebenaran,
berfikir tentang ilham dari alam.

dan selalu aku;
berteriak melepas jiwa lalu melambung tinggi mimpi-mimpi padu
dengan harapan disambut pelukan Tuhan.




***
(2)

rakaman video tu, rancangannya, nak buat gaya guiding documentary gitu ha.
tapi, suntingan video... ditangguh sampai tahun depan mungkin. ;p


***
(3)

friendly bola padang 3 penjuru pagi tadi bermula lambat,
dek men-sayur-kan pencuri sesayur-sayurnya.
dan
pakguard ganas! jyeah!


***
(4)

drama 12/12/2012

"ibu ayah, benarkan aku bernikah hari ini?"
"tak boleh"
"20/12/2012 ?"

(~.^)"



04 December 2012

Acara Disember




 







dengan padu, dua peperiksaan (decentralized) pada Jumaat petang dan Sabtu pagi membantutkan kesemua acara untuk disertai. *kecuali Khutbah Jumaat






28 November 2012

ironi permulaan tahun

bismillah,

alhamdulillah, hari ini 14 Muharram 1434h.


dalam arkib entri tahun lepas, aku temukan tulisan awal tahun 1433h.
masa tu, aku cuma di bilik sambil menonton filem Maryam bersama tafsir dan cikedis.


***

tahun ni, lain sikit ceritanya.



kata kunci:

santai bersama teman-teman mendaki Tabur West,
masak nutella guna coklat kompound baki raya haji,
rekod pakai GoPro,
ahli team pancit bernafas tercungap-cungap,
sipi-sipi work-out,
mencermati 12 puncak, gaung gaung dan gaung,
rahsia ahli team hilang rupanya pergi menyahtinja sembunyi-sembunyi,
membaham nasi lemak di puncak sambil berkongsi kisah hijrah Rasulullah.


***


perasaan tu, bila tengok kampus dari jauh.

pernah tahu, Felix Baumgartner, manusia yang melangkaui kelajuan bunyi pernah kata
Sometimes we have to get really high to see how small we are.

eceyh, padahal baru Bukit Tabur. belum tinggi mana.

***




tahun depan, kalau masih ada, agaknya di mana?




19 November 2012

“My name starts with K, but calls me Seven.”




This happened a few years back. It was my first semester. The subject; fardhu ‘ayn.

His introduction begins with 


My name starts with K, but calls me Seven.


We were laughing. It’s kind of like a lame joke of introducing a nickname, but his facial expression really kills. The weekly class continues and fills with a lot of fun and laughter, until a day Mr. Seven reveals his background.



You know, I’ve been in prison for 40 days in my hometown, Palestine.


I was taken aback. If only I had known that he was from Palestine I would have treated him for a cup of coffee and learns the first-hand stories about it earlier. But I still glad that he did the sharing; even it was almost the end of semester which is also means the end of his postgraduate study.

The story continues.



So, we had to do  tayammum to perform prayers. For forty days. The water provided is only sufficient for drinking. And after forty days some of us were released.


There was one man, my neighbor, he wasn’t released that day. His father was very old at the time I brought the bad news to him. But we couldn’t do anything. We were almost powerless. This continues about 10 years, until I finished my undergraduate study. He was still imprisoned.


One day, his father gets very sick and he wished to see his son by visiting the prison. Coincidentally, his son was released on the same day without us knowing it. So, both of the father and the son were on their way back to each other, after 10 years of separation, 10 years.


Then, when we were almost close to reach the prison, the father gets very sick. He was shivering as if he was seeing ghost, he breathes heavily with cough and phlegm-like sound, and his muscles are tense. I was holding on to his hands as he was struggling to whisper some words in my ears. But I hear nothing understandable.



In a few moments, he died.


Meanwhile, his son arrived home and learned the hard truth.

When we meet, I was breaking as much as he is. He was in tears. I was in tears too, but in my eyes, he was supposed to cry with the tears of joy. But it’s not.


 
***

and I never seen Seven again the following semester until now.



#PrayForGaza

*livestream - link


31 October 2012

November, almost.


 
Hujan Oktober


Jalan Cinta Para Pejuang + Othello (sipi)

Son Goku Mahallah Uthman

Batik - hadiah
tumbang.
trio noob.
ribut homesick

intai Matahari


kombo 4hb


26 October 2012

cita-cita Idul Adha masa depan.

lewat malam eid semalam, sementara tv3 menyiarkan aksi gusti, tv Suria dengan drama kekeluargaan, aku pilih untuk nonton rancangan Tabligh Akbar, Gema Ibrahim di siaran RCTI.

rancangan yang dikategorikan di bawah seksyen Religi ni menarik, berkonsepkan konsert Islami yang diselangselikan dengan tazkirah tentang sirah Zulhijjah.

kemudian, tiba satu bahagian ada grup penasyid melagukan lafaz Talbiyah dengan latar belakang suasana wukuf di Arafah...

ada ramai manusia duduk di batuan Jabal Rahmah,
matanya ke langit, mulutnya terkumat kamit.
semua jiwa dipandu Tuhan dalam keasyikan.


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! 
(Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, 

tidak ada sekutu bagi-Mu



Allahu...

perasaan nak bertamu ke Mekah tu;
hanya Allah yang tahu.




              ***

Salam Aidil Adha 1433h!




23 October 2012

cerita seorang teman dalam pakaian sabar pada kebencian di pesta konvokesyen.


Bismillahirrahmanirrahim...



Maghrib, aku, dan jiran. Dua-dua di pintu bilik dalam mod serius.
Mesyuarat koridor senjakala kononnya.


                                                *****

Hari ni aku rasa spoil gila.

Kenapa?

Ada seorang pakcik. Tua lebih kurang ayah aku. Dia bawa kerusi mudah-alih yang biasanya orang tua-tua buat solat kat masjid. Kejur dia duduk sorang-sorang masa pesta konvo tadi. Kawan aku pula jenis yang ramah. Taktik bermesra dengan harapan boleh in dengan bakal mertua gittew. Disapanya pakcik tu diajak berbual.

“Sorang je ke pakcik?”

Pakcik tu mengangguk, mengiyakan.

“Siapa yang konvo ni? Sesi bila?”

“Anak perempuan pakcik. Sesi pagi. Baru je masuk dewan.”

Anak perempuan. Nais

“Kenapa pakcik tak masuk dewan sekali?”

“Pakcik takde pass.”

“ooo”

Left Behind by ~Arahiel

Tak silap aku, setiap graduan ada dua pass untuk masuk dewan. Kawan aku ni, isteri sepupu dia yang konvo. Jadi, diorang berdua jelah yang masuk dewan. Ada satu pass lebih. Dia offer kat pakcik ni.

Pakcik tu keras menolak tawaran kawan aku ni. Aku macam tertanya-tanya jugalah kenapa. Bukan senang nak dapat tengok anak sendiri terima ijazah. Lagipon, memang pass tu kitorang tak pakai. Tapi pakcik ni memang seboleh-boleh sepenuh kudrat tak nak ambil pass lebih tu.

Kau bayangkan eh, umur enam tahun; tadika, 12 tahun tamat sekolah rendah, 15 tahun PMR, 17 tahun SPM, tamat sekolah menengah, 22 tahun Ijazah, tamat universiti. Kalau aku ayah dia, aku takkan terlepas jadi saksi dua puluh dua tahun si anak membesar dalam tradisi keilmuan. Tapi, tadi, memang pakcik ni…

Hurm, lepas dah lama sembang off-topic pasal pass, baru pakcik tu cerita balik. Dia bagitahu yang dia sebenarnya ada pass.




Tapi,



dia tak masuk dewan sebab pass tu… ada dekat kawan dan pakwe anak dia.





                                                *****

Azan Maghrib berkumandang. Mesyuarat koridor bersurai. Beberapa jam kemudian,
minit mesyuarat ditulis semula lalu dimuatnaik tanpa suntingan melampau 
sambil diiringi muzik lantunan jiwa - Biar.


oh ye, kau dah call Ayah kau pagi ni?

21 October 2012

the smiling strangers

ada suatu hari, seorang pemuda yang sangap buku berpeleseran di pustaka-pustaka tua kotaraya. targetnya, mencari buku-buku yang membicarakan yakinpercaya dalam garapan sastera tasauf; dengan lain makna - penyampaian bahasa yang sarat dengan akhlak.

lalu, di sebuah toko buku, orang-orang yang asing melontar senyum padanya. di toko lainnya juga serupa.

abang GKG tersenyum, jaka berjubah tersenyum, makcik pemilik toko tersenyum, makwe berniqab tersenyum-mata, pakcik berkacamata tersenyum.

pemuda naik hairan.

hari ini jadi hari dia terima paling banyak senyuman dari orang yang tidak dikenal, yang dikira orang-orang itu siuman berdasarkan lagaktugas mereka.

mengapa ya?

dia berlalu sambil mengepit buku tulisan kahlil gibran, salim a fillah, dan fuad kauma menuju ke parkir. di sebelah parkir, ada kedai beg, kacamata, jersi dan aksesori. juga ada cermin sederhana besar dengan ketinggian hampir separuh badan manusia Asia. lalu imej dia tercermin buat dia berfikir seraya bermonolog.

ah, mungkin selepas ni aku perlu untuk tidak mengenakan corduroy lusuh rabak-tampal lalu pergi book-shopping di senarai genre Islami.

terlalu ganas, mungkin.
mungkin juga, jeans/corduroy rabak-tampal tidak terlihat zuhud seperti jubah yang rabak-tampal. mungkinlah.
mudah-mudahan, the smiling strangers tadi doakan aku dapat hidayah.

hik hik.

selamat.


05 October 2012

STABAZ '12 - Booth ANA MUSLIM (GU7/GU8) *updated

entri sebelum ini dikemaskini.

KOSISWA-ANA MUSLIM hybrid.

bismillah;
jemputlah datang ke STABAZ - Gerai ANA MUSLIM bermula Jumaat 19 Zulkaedah sehingga 22 Zulkaedah1433h bersamaan dengan 5-8 Oktober 2012.

jemput-jemputlah datang bawak kawan-kawan.


montaj

produk ANA MUSLIM untuk adik-adik.
buku nota, perkakasan menulis, etc.
buku-buku ilmiah dan bermanfaat disusun dalam kategori umur.
bak tagline Buku Jalanan : "membenih ilmu, mengakar pengetahuan"
ha, yang ini baik punya barang.

jangan lepaskan peluang beramal jariah. RM5(minimum) untuk wakaf Al-Quran.



bagaimanalah agaknya scene jual-beli telekung di bukit convest ni ye?

untuk pengetahuan, kain telekung ni jenis tak jarang, nyaman dipakai, jenis yang menurun ke bawah bila dipakai, disulam dengan unik, dikuntum sepuluh sulaman bunga dan corak-corak lainnya.

harga mula, lapan puluh lima ringgit malaysia sahaja. negotiable, tapi jangan gedik-gedik sangat main harga. hik

moga-moga adalah sisters yang tergerak hati nak bertelekung baru,
atau brothers yang nak hadiahkan bondanya,
atau hantaran pernikahan, atau, atau....

hurmm.

moga Allah redha.

lain-lain gambo:

YB Hafis Firdaus berniaga cendol.




Brader ni pakai jersi SPURS. COYS!
brader2 Klate posing mat motor
Nasi Kerabu PERDANA + Cendol Durian
pergh, peluru tu pergi sipi-sipi nak kena telinga gua.
Mat-mat Ducati, geram betei tengok Ducati tapi tak bagi testdrive. lol

barang dagangan team KOSISWA


Ice blended mantap dari 2 pasangan junior yang kawen awal.
mesti cuba air tangan papa Haiqal ni!








***

CONVEST 2012 - http://convest12.blogspot.com/
STABAZ 2012 - http://www.facebook.com/events/489599827730756/

24 September 2012

2012, ulang 2008

2008

Ah, sudah. Bukan rezeki aku.

Itu yang aku fikir bila bungkusan nasi goreng kampung(cili padi lebih) aku terlingkup atas lantai kafe. Bersepah dan berterabur. Salah aku, ya, salah aku rasanya. Pasal aku tak tengok belakang sebelum berpusing dan menyinggung siku orang lain. Masa tu, orang ramai tengah berteriak. Mestilah aku nak tengok jugak siapa yang buat percubaan gol. Rupanya bola tak masuk gawang. Rembatan ke laut adalah. Teriak ghairah terus bertukar kepada keluh desah.

Perut dah bergangnam. duit aku dah bayar. aku korek lagi lipatan kain pelikat, tak jumpa duit lebih. tak apa. memang bukan rezeki aku malam ni... hurrmm.

aku berpaling nak beredar. kalau lapar ini macam, susah benar nak tahan. maka, pejam mata teruslah jawabnya. mana tahu, bermimpi di warong burger bakar.

"tunggu kejap dik" makcik tu panggil aku.
"makcik masak balik ni, tunggu kejap."
"tapi, saya dah takda duit ni nak bayar..." goyang-goyang suara aku masa tu.
"takpe, tunggu je kejap."

lapan minit dua puluh dua saat kemudian, makcik tu bagi bungkusan nasi goreng kampung yang dia baru masak. isinya lebih banyak dari biasa, mungkin sebab dia campurkan nasi yang masih elok yang mula-mula jatuh tadi...

dalam syukur pada Tuhan, segan-segan aku senyum kekenyangan.



2012

hari tu masa berniaga di stall kaedfest, ada sister beli dadih.

baru dua tiga langkah, dadih tu cium tar jalan.
terus aku teringat teladan makcik kafe dua ribu lapan.


demikianlah kisahnya.





*happy campus election to all students!




19 September 2012

KaedFest12

Brader silat euforia disebabkan Dadih Osem.

Tie Dye Demo

twist kain pakai garpu (macam makan maggi), tuang fabric dye, tadaa! this is art.
entah, roommate siapa, terkena sumpahan lalu menjadi panda
UIAM, tanpa mahallah brother.
Library Jalanan, baca buku percuma, kalau nak pinjam, sila barter dengan buku anda.

Stall nombo 5 ok. c ya there!

+ beverages
+ traditional kerepek
+ dual face scarf(tudung)
+ handsocks
+ traditional asam-asam
+ Organo coffee
+ air bacaan 30 juzu'
+ sincerity, eh?

c ya!


16 September 2012

Zozo (2005)




sesetengah orang mula membaca begini. kan?



*ZOZO (2005)

13 September 2012

2/128900 minit

rupa-rupanya; kerja-kerja cuba jaya (trial and error) yang pecah kepala lewat malam hari yang bawa pergi enam kilogram berat badan sepanjang praktikal tiga bulan lalu

adalah termasuk dalam pelajaran-pelajaran formal semester ini.



maka sem ini, macam proses menemukan diri sendiri.


scene luar jendela. Uthman



















08 September 2012

A man with two wings


In the battle of Mu'ta, as specified by the Prophet Muhammad (p.b.u.h), Ja'far Tayya was the second in command of the army after Zayd ibn Harithah. When Zayd fell in battle as martyr, Ja'far took the flag of the army in his hands.

In the course of struggle, he lost both hands to the strikes of swords that reached him. He then tried to hold the flag with his half-mutilated arms on his chest.


Prophet Muhammad (p.b.u.h) was observing this incident from Medina through the eye of his heart. He was in tears as he was describing to his companions what was happening on the battlefield.

Finally, he told them that Ja'far had been martyred. He commented:

- Allah granted two wings to Ja'far in Paradise as reward for having sacrificed both of his arms in the path of Allah.

From then on, he greeted the young sons of Ja'far, while patting them on their heads, as "the sons of the one with two wings."

Ja'far (r.a) was drunk with the love of Prophet Muhammad (p.b.u.h). He thus attained both the praise of Prophet Muhammad (p.b.u.h) as well as great gifts from Allah in Paradise. He was successful in attaining advanced spiritual depth before reaching the rank of martyr on the path which brought him the blessing of Allah.


#nowreading : Tears of the Heart

04 September 2012

warna 01/10/1433h




                                                team Tok Leha

bila rasa syawal perlahan;
cari ramadhan dalam enam.
selamat-selamat semua.


this video was shot using GoPro HD Hero 2

01 September 2012

tentang Ogos

semalam status mukabuku aku begini;  

dalam bulatan Ogos, terkumpul si sulong berusia 67, si tengah 55, si bongsu 47.
si tua nusantara perdengarkan tiga bersaudara tentang kisah gelut perjuangan, kisah rakyat berjiwa besar, kisah hidup harmoni sejahtera.

Sesekali semilir menerpa si tua dan melonggar sarongnya, lekas-lekas dia tutupi celah yang terbuka. biar parut tidak terlihat. biar luka dalaman tersembunyi.
biar generasi ini terus merdeka; tak kira segelap mana sejarah sesama mereka.

salam Merdeka, Nusantara.

terus aku ditebak kerana tidak menulis salam Merdeka, Malaysia.

soalnya, kenapa Nusantara?

macam inilah kawan, aku sama sekali tidak cuba menulis sokongan untuk bendera baru. idea itu tak perlu. bagi aku revo dan rebel biar ada lokaliti identiti.

di sini, sebelah selatan tanah air; tanpa Astro, siaran televisi boleh tersenarai sehingga berbelas-belas. termasuk enam siaran lokal (dua siaran RTM, empat siaran Media Prima), tujuh siaran MediaCorp, dan empat siaran tv Indonesia (SCTV, RCTI, TVRI, TPI). eh, siaran TPI dah berubah nama, entah apa. dah tak clear.

ini tanpa Astro ok. 17 siaran, standard.  siapa tak dapat semua siaran ni, memang noob.
dalam kes lain, kalau jiran sebelah guna Astro, siaran dari Indonesia mungkin terganggu. biasanyalah

ambil remote control, tekan next channel, tv Malaysia, next channel, tv Singapura, next channel, tv Indonesia. nyanyian Negaraku, Indonesia Raya, dan Majulah Singapura adalah umpama sarapan.

kerap aku dipertonton sejarah yang tidak ditulis hanya pemenang macam sejarah nusantara yang ditapis-tapis dalam buku teks. media masing-masing siar sejarah masing-masing. ada pelbagai versi. namun, kefahaman tentang calar sejarah yang parah sama sekali tidak menghalang persepakatan baru terbina antara rakyat tiga negara di tempat kerja dan tempat belajar. Alhamdulillah

luka sejarah bukan punca hasad kebencian.
tapi untuk dihalusi kesilapan,
cetusbina kesepakatan.

dan Ogos adalah rangkuman peristiwa kemerdekaan tiga negara, bermula 9hb, 17hb, dan 31hb.
kau tak rasa betapa dekatnya kita, rakyat serumpun?





18 August 2012

rangkuman nota-nota terlipat 1433h

dari jiwa gelojak

1. Ogos

tanggal 9 haribulan
tanggal 17 haribulan
tanggal 31 haribulan

Salam Kemerdekaan buat Nusantara!


2. #tadarusQuran3

@LordZara beri aku peluang sertai #tadarusQuran3 di Kumpulan E dengan Juz 4-6 (meliputi surah Ali Imran, An-Nisaa' dan Al-Maidah). selain dari AnNisaa 3 yang selalu jadi feveret dalam mana-mana kuliah, aku juga tersangkut banyak kali dalam bacaan Ali Imran. antaranya ialah Ali Imran 135.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 3:35

kata Ust Nouman (layan di sini - link)
"bila kita tidak terasa apa-apa apabila melihat perkara mungkar(dosa) ialah tanda kepada hati bermasalah"

semoga sama-sama dalam lindungan Tuhan. hati-hati hati.


Ramadhan, bulan cumbu AlQuran paling kerap. - kredit


3. gurau kasar buat oportunis

Seorang teman sudah cap aku sebagai seorang oportunis. Dakwaan ini diasaskan kepada kes sahur-ifthar percuma dalam siri masjid-hopping dan tidak berinfak dengan kadar sesuai nilai makanan yang dijamah.

contohnya, membaham nasi ayam dan nasi tomato sekaligus tetapi cuma menyisipkan not rm1 (versi raya) ke celahan mulut tabung.

mohon sesiapa cerahkan teori kawan aku ni. moga sesatnya belum hanyut ke laut. ha ha


4. cemburu

mendengarkan, membaca, menyemak status tentang suasana i'tikaf di SHASM


5. kontrol

meluluhleleh sebenarnya mencuba-cuba mengambil ibrah dari kisah Saidatina Aisyah yang pernah hampir pengsan menjalani puasa Ramadhan akibat ketiadaan makanan. Masa itu, diceritakan Rasulullah tidak punya apa-apa untuk dimakan selama empat hari berpuasa. yang ada cuma sebiji tamar yang dicarik-carik sebagai bekal sedikit demi sedikit untuk ifthar dan sahur hari-hari seterusnya.

sehinggakan Zaid bin Harithah menceritakan bahwa debu-debu bertebaran naik ke udara ketika Rasulullah merintih kepada Allah tentang keadaan Aisyah. lalu diturunkan dua Malaikat yang menawarkan kekayaan segunung emas dan, err lagi satu aku tak ingat.

tapi yang berbekas pada aku, ialah bila mengetahui yang Rasulullah cuma meminta sehari selesa berpuasa supaya dia boleh bersyukur, dan sehari berlapar supaya dia boleh mengadu.

nah, sementara itu ramai kita yang kembung sehingga bersujud canggung. Allahu Allah.

Kuliah Us Halim Din - MBBU


6. curang

sejak berada di selatan tanah air, aku cenderung memilih Hang FM berbanding IKIMfm. walaupun dua-dua dalam genre yang sama, sarat dengan manfaat yang setanding; cumanya, aku tak tahu kenapa dari dulu aku kurang suka dengar nasyid, dan Hang FM terasa lebih dekat di hati atas syarat ini. eceyh


7. ditelan

seminggu lepas aku bawa balik 2kg bahan mentah untuk projek coklat leleh Syawal. setelah selesai siap 1kg hari itu, stok masih berbaki 2kg tanda kemasukan 1kg(baru). ini juga bermakna 1kg yang telah siap pada seminggu lepas telah dihabiskan oleh komplot sedarahdaging yang lain. hik


oh, Salam Syawal!
semoga, kita semakin mudah mendengar rayuan fitrah untuk istiqamah!



12 August 2012

nota-nota terlipat; rawak

1.

Istiqamah sukar. Kesannya kita akan lihat pada pelaksanaan ibadah selepas Ramadhan. Sebab itu, Ramadhan tiba sebagai proses tarbiah untuk pemerkasaan ibadah fardhu. Ibadah-ibadah sunat yang eksklusif disampingkan untuk fokus yang lebih utama. Contoh; kemeriahan teraweh buat Isya terjaga rapi; keberkatan sahur pula dorong Subuh cemerlang. Disiplinkan, satu bulan. InsyaAllah, mudah istiqamah.

Jangan sampai kita tak nampak keistimewaan ibadah fardhu sebanding dengan ibadah sunat cuma kerana musimnya. Macam, teraweh hebat bukan buatan, tapi Subuhnya, ke laut. Nau'zubillah. Menurut Ibnu Athaillah, pencemaran ibadah oleh hawa nafsu berlaku apabila kita melebih-lebihkan amalan sunat berbanding amalan wajib.

Kalau tak boleh buat semua, jangan ditinggal semua. Paksa diri sekali sekala.

2.

Sempoi, songkok hitam, tshirt merah, seluar track, duduk stail tabligh, sedulang beriyani sumbangan bank dan Maghrib. rupa-rupanya, dalam siri masjid-hopping, dapat berbuka bersama orang penuh hikmah. walaupun berkongsi momen cuma sekejap; sempat juga luahkan tentang tuan punya rumah yang tak tahu arah kiblat di rumah sendiri. geleng-geleng kepala; risau tentang realiti. dan akhirnya nasihat akhir beliau; "ini peluang kebajikan terbesar untuk awak yang Allah susunkan"

sentap, kunyah laju-laju biar sedap kaburi risau. berat dan padu sungguh rasa kabut dia. lagi-lagi, bila sendiri yang struggle lebih dengan jiwa kacau sendiri, lagi mahu cerita tentang orang lain. Allahumusta'an.

seperkara yang pasti; sempoi rupanya penulis buku Online Dengan Tuhan ni. moga ketemu lagi.

Masjid Bomba

3. 

dalam Surah Al-Qadr, perkataan هي (hiya) dalam bahasa Arab bermakna dia(seorang perempuan). dalam konteks ini, هي merujuk kepada Malam Al-Qadr. Ia disusun di perkataan yang ke-27 dari 30 patah perkataan Surah Al-Qadr.

menurut Imam Ghazali, jika Ramadhan bermula Sabtu, malam Al-Qadr ialah pada malam ke-23.

pendapat ini boleh dijadikan salah satu rujukan ilmu dalam pencarian Malam Seribu Bulan. antara yang paling ramai di dalam neraka ialah orang yang fakir ilmu. beramal tanpa ilmu sangat tidak digalakkan. maka mencari asas dalam meyakini ilmu dengan merujuk pendapat dan amalan beberapa alim ulama' adalah lebih baik.

salam 10 malam terakhir.

5.

pakcik-pakcik keliru selawat tak bersahutan,
anak kecil keliru lihat Imam berkerudung;
dan jiwa-jiwa dalam keramaian, boleh high;
hanyut dalam merdu syahdu lantunan kalam Tuhan.

Imam Al-Mashrafi, MBBU.

4.

Sempat singgah Paso Bumbung. mih hi hiu




5. 

entri ini, macam terlewat terbit. hik

05 August 2012

Projek Semangkuk Bubur Sekampit Beras Ramadhan 1433H

Pada hari Sabtu 8 Ramadhan 1433h bersamaan dengan 28 Julai 2012 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah terlibat dengan Projek SBSB Ram 1433h.





HIDUP BIOR BERJASA

Projek Semangkuk Bubur Sekampit Beras merupakan projek khidmat masyarakat melalui pengagihan bubur lambuk dan bantuan bahan-bahan mentah kepada keluarga yang memerlukan.

dianjurkan oleh badan-bukan-kerajaan-bebas-dari-anasir-politik ;
Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)

dengan rangkaian kerjasama oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Johor dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Lokasi: Kg Sg Rinting D, Masai Johor
Tarikh : 8 Ramadhan 1433h / 28 Julai 2012

uniknya projek ini, sensasi rasa bubur lambuk berubah setiap tahun kerana mengetengahkan barisan chef cubajaya yang berbeza pada setiap edisi.

mihihi



_____

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun".

(At-Tirmidzi)

pergh!

semoga usaha ini diberkati Allah.

***

kredit

komentar
1. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Presiden PKPIM)
2. Abdul Hadi Md Rusdi (YDP KPIJ)

soundtrack
1. Yann Tiersen - In the Shadow of the Skyline #1
2. Uplifting Music - Till The End

liputan lanjut
Blog Izwan Yusof - link





01 August 2012

bilik sewa #2


amboi, hari-hari keluar. berbuka dengan makwe ek? taknak kenalkan kat akak ke?

bukan dengan makwelah kak. memandai je. 

eleh, macam la akak tak tau.gigih semacam asal habis kerja terus keluar, asal habis kerja terus keluar

ha yelah kak, ni saya pergi dulu ye. chalo


-----

kalaulah mengiyakan pertanyaan si akak serumah sewa ni, namanya tipu, maunya hari-hari aku dah menipu. dan untuk penipuan-penipuan itu, acap kali aku mohon dosa yang terpikul digugur Tuhan.

cinta hadir kalau dengan makwe bukan?

serasa aku, di sini juga ada cinta. kayaknya, aku seorang asing yang dirai oleh sekelompok ahli kariah dengan limpahan cinta absolut dari Tuhan. maka, kiranya aku berbuka dengan makwe jugalah kerana kehadiran rasa cinta itu.

masjid utm, masjid wadi hassan, surau senibong, masjid kg dato onn, surau plaza angsana, masjid uda, masjid bomba, masjid raudhah jalan sentosa, mendirikan masjid.

eh? eh?



dan nota-nota Ramadhan makin tebal.
nanti-nanti aku kongsikan.
salam survival!


29 July 2012

nada dering baru henset Awang Indera

Awang Indera siap-siap kemaskan lipatan kain samarinda di bawah garisan optima perutnya. Tidak terlalu longgar, dan tidak pula terlalu ketat. Sedang-sedang dan selesa untuk teraweh turbo Imam muda bermuka suci dari tahfiz belakang tanah perkuburan. Semangat dan beriya sungguh feel malam itu.

Suara bilal bersahutan. Makmum mengambil posisi. Yang true merapat saf, yang kureng ambil port dilaluan angin lintang. Brader Imam kepil mikrofon mini di kelim jubah dengan cermat.

Awang Indera letakkan beg kecil berisi perkakas wajib-bawa-setiap-kali-keluar-rumah dihadapannya. Brader Imam angkat takbir.

Di rakaat kedua, nada dering baru handphone Awang Indera membakar semangat jemaah yang sebaris dengannya.

Janji siapa? Janji kita                              Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia                       Janji apa? Janji 1Malaysia


peh.




28 July 2012

bilik sewa #1

Ustaz, apa yang dimaksudkan dengan khalwat?

bersendiri; tetapi makna yang ditakuti dalam ikhtilat ialah bila berhimpun lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

err, kalau menyewa sebuah bilik dari sebuah rumah yang dihuni keluarga bukan saudara-mara?

selagi boleh timbul fitnah, elakkan.


*telan air liur*


Allahu musta'an. cuma sebulan lebih lagi.




21 July 2012

cuma Dia



momen paling privasi untuk meluah segala, bermimikmuka gembeng, sememeh, berairmata dan berkumus bagai ialah dalam ketundukan sujud menagih belas Tuhan.

tak perlu malu-malu,
sebab cuma *Dia tahu.





Salam Ramadhan 1433h.







Kamus Johor
gembeng - cenderung untuk menangis
sememeh - kotor dilumur



* ( 17:109 ) 


14 July 2012

Filem: Two & Two

hai jiwa-jiwa rebel, sini aku kongsikan 7 minit paling mapan untuk ringkasan dogma pemerintahan autokrat totaliter dalam sejarah dunia.




ada suara dari pemerintah(baca: speaker), disampai oleh cikgu(badan pelaksana) kepada rakyat(pelajar) yang lahir dari kalangan mereka beberapa golongan minor(revolusioner) yang arif tentang situasi sebenar tetapi di akhirnya dihentikan suara dan diberi pengajaran baru kepada semua. nah, ini berlaku di beberapa negara.

mengenangkan negara-negara berkonflik, heh, dunia masih perlu harapan.

12 July 2012

buku: Friends Forever


Beberapa belas minggu yang lalu, di sebuah kelas.


[ dialek Terengganu]

"Aok ni bakpe tibe-tibe nak ngaji mmula bahasa Arab ni?"
"saya ada terbaca novel tulisan seorang student BAR Ustaz..."
"hok nulis tu llaki ko ppuang? "
"err, perempuan Ustaz..."

Khali. Momen kejur itu diisi dengan sedas dua panah-panah lazer berapi dari lensa Ustaz tepat ke mata saya. pergh...

Kelas pertama bermula canggung akibat terlanjur bergurau. Berat nanang kata Ustaz.

Friends Forever; Ukhuwah itu tali penyatu

Sungguh-sungguh saya tak reti menulis reviu buku selain berkongsi rasa.

Untuk yang ini, untuk seorang yang pernah bersuka duka belajar bahasa Arab, untuk buku karangan yang pernah terbang keluar kelas, untuk orang yang macam boleh faham beberapa kosa kata dari perbualan pak Arab, untuk yang gagal bersama-sama foreigner menghayati khutbah Jumaat SHASM,  untuk yang takut-takut tak mampu berbalas kata dengan anbiya', ulama' dan manusia pilihan Tuhan kelak;

pengolahan tentang kepentingan, keindahan, prospek, cause of action pada mempelajari Bahasa Arab adalah kekuatan buku ini.

ter"masuk" kelas bahasa semula gamaknya.


Tahniah dan teruskan menulis, Ila Husna.




05 July 2012

Macam mana, boi? Cincai?

credit - link


Perempuan kampung baik-baik, boi. Tidur jam tujuh malam, bangun jam tiga pagi. Jarang keluar rumah, sebab itu kulitnya putih. Keluar rumah hanya buat berburu kijang. Mereka tidak takut pada binatang buas. Mereka berani!

Aku diam sahaja.

Aku tahu, kau pasti malu mahu bertanya macam mana rupa mereka, bukan?

Aku diam sahaja.

Di sana tidak ada elektrik, boi. Gelap, jadi buat apa kau pentingkan rupa?

Aku diam sahaja.

Atau amoi kebun? Tidur jam lima petang bangun jam dua pagi. Kasi makan babi, siram tanaman sawi. Tidak banyak bicara, tapi kuat tenaganya!

Aku diam sahaja.

Atau dayang suku bersarung. Pakar mengumpulkan teripang. Mereka macam ikan. Dapat menyelam selama lima belas minit! Lima belas minit, boi, bayangkan itu! Nyawanya panjang, tidak mudah habis nafas!

Aku diam sahaja.

Macam mana, boi? Cincai?


- Enong; petikan Padang Bulan.