05 January 2012

asalnya 4, tinggal 3, tinggal 2

Salam alayk' & greetings.


Bismillahirrahmanirrahim...






"gua kira sampai 3, kita lari sama-sama. ok?"

"ok, gua set"

"gua on"

"satu, dua... tiga... go!"

bagaikan Usain Bolt versi nusantara, geng tiga sekawan berlari sepenuh kudrat dan upaya dari pagar belakang menuju ke asrama. Misi kami cuma satu, sampai di surau sebelum jemaah lain selesai teraweh. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam. Masih awal lagi, masih sempat jemaah sekali.

Kaki yang berlari kemain lancar sekali. Merentasi padang rumput hijau yang dilitupi embun langsung tidak menjejaskan larian padu dan jitu. Dihadapan sana, kelihatan reben finisher yang setia menanti pemenang pertama. Siapa yang menang nanti, dialah juara. Dialah yang pertama. Dialah yang akan menaiki podium yang paling tinggi. Heh, imaginasi. Reben mural pada dinding adalah.

Sebenarnya, degup jantung makin pantas bukan kerana larian kencang. Tetapi kerana risiko jikalau larian kami gagal sampai ke destinasi. Andai pakcik dewan makan perasan dan laporkan pada ustaz, mau selibas dua kena sebat dengan rotan sebesar ibu jari diameternya.

Lagipun, ustaz bukan bodoh nak sebat pesalah laku di bahagian punggung. Dia akan libas pada otot dibahagian belakang betis. Masa aku kantoi baca Utopia dalam kelas dulu, dia sebat belakang betis sampai merah. Kemudian bila digosok sedikit terus luka berdarah.

Tapi kadang-kadang dia sebat di punggung juga. Kalau beginner yang tak pandai alas kocek belakang dengan buku ataupun dompet disebat, maunya tak terkawal ketika proses pembebasan angin kotor. Faham-fahamlah, otot kemut kendur sudah jadi spontan otomatis. Orang kata dalam bahasa marhaen biasa, kentut bersepah-sepah. Postur duduk pon jadi sendeng semacam.



laluan larian kamikaze 2004



Larian kami terhenti setelah selamat sampai di dewan makan tanpa disedari sesiapa. Aku pandang Bal. Bal jeling aku. Aku tengok kiri kanan. Bal tarik aku ajak sembunyi di ampaian berbumbung.

"weh, weh, mana Barg?"
"entah, tadi dia lari sebelah gua. Lepastu tiba-tiba tinggal kita dua je..."
"aisehmen, mamat ni ikut jalan mana pulak..."

Barg langsung muncul dihadapan kami. Dia tercungap-cungap mereguk oksigen dari nafas malam. Seluarnya disaluti lecak dalam. Rona ceria bajunya kelam.

"apsal lu lambat?"

Barg masih tercungap-cungap. Kemudian dia labuhkan punggungnya ke lantai dan tongkatkan kedua tangannya ke belakang.




"tadi gua tak nampak... gelap... gua... gua tersangkut dekat net takraw... jatuh..."



Bal dan aku gelak professional dikit-dikit.


Usop yang masih dipagar pula naik angin. Kurang ajar budak-budak ni. Waktu makan, kenyang sama-sama. Fly sama-sama. Rancang pelan masuk semula sama-sama. tapi, kira sendiri-sendiri. tertinggal aku sendiri.



6 comments:

dill said...

gelak sakan saye

dill.

Faaizz d. Zul said...

to dill:

ni nostalgia zaman sekolah. saya tulis semula sbb xnak lupa. mana tau ustaz-ustazah terbaca. XD

tako apam said...

nie la nostalgia yg aku x penah lpe..tp ade sorang lgi yg trtinggal mse kte fly nie cik..si kurus tinggi (apong).. kn kite ber4..hahaha..:)

Faaizz d. Zul said...

Bal:

takdela aku nak tulsi detail segala bukti2 di zaman kegelapan kita dulu. ha3.

khairunnisa ♥ said...

tengah imagine rasa sakit if disebat kat belakang betis..

@_@

Faaizz d. Zul said...

to khairunnisa

sakit wo. berbirat, dunno how to put it in words.

XD