02 January 2012

[fiq] dialog tahun baru

salam alayk' & greetings

entri hasil daripada ini - link

sila duduk dengan selesa, jaga jarak mata dengan skrin laptop. jangan lupa buka lampu, membaca dalam gelap boleh menyebabkan keletihan otot bintik kuning menggelabah mencari peletakan imej. oh ya, jangan sesekali meniarap bersama lappy kalian diatas katil dengan bantal diapit ke dada bersama lengan menongkat dagu. mulai tahun baru ni, kita amalkan postur yang baik demi kesihatan bodi masing2. ok!

sekarang sila nikmati galeri ini satu persatu. 

(16:125)

setiap quote bukan melambangkan apa yang aku nak bawakan tetapi mereka ialah quote dari hasil perbualan aku dan marhaen lain. 


sidang rakyat KL boleh diketahui lebih lanjut di #OccupyDataran


seriusli, malam tu aku tak boleh tidur sebab aku memikirkan terlampau banyak perkara. sebenarnya aku tidur juga dalam 20 minit. tak sempat nak deep sleep, lena diganggu oleh alarm untuk qiam dari kawan-kawan gerakan. mengesan tuan empunya alarm adalah sangat sulit rupanya. bayangkanlah antara ratus-ratus manusia tidur bergelimpangan takkanlah nak pergi ke satu-satu poket mereka dan cek henpon masing-masing. pening juga dibuatnya.

amacam statement ni?


dari aktiviti bersama pihak masjid untuk mendekati dan menemubual orang awam, aku sempat bersama geng #OccupyDataran untuk sidang rakyat KL tentang perbahasan isu buang bayi, gaji minima, akta perhimpunan etc... menarik. tapi malangnya tak sempat join sampai habis. tapi aku tak risau sebab diorang akan upload resolusi untuk setiap sidang di facebook mereka : #OccupyDataran

bila tak boleh tidur, aku akan teruskan berfikir tentang apa-apa yang terlintas. secara spesifiknya, yang paling menekan-nekan fakulti intelek aku ialah bagaimana untuk tidak cepat meletakkan label pada orang?

lompongan mana perlu diisi mengganti kenikmatan-kenikmatan sementara?


aku tak rasa ini merupakan masalah aku seorang dan aku tak kata juga ini masalah semua orang. tapi secara ketaranya masalah terlalu cepat melabel orang lain adalah punca kepada segala jenis stigma dan diskriminasi dalam masyarakat.

aku ada seorang teman yang cukup kuat mengkritik satu individu public figure.
bila aku soalkan pada dia tentang perjuangan jenis apa si polan ini dah buat sehingga kau cukup keras mengkritik dia?


-yang menjalankan tugasan-


dia senyap. membisu. dia tiada jawapan untuk soalan itu. yang dia nampak cuma khabar neraka utara barat timur selatan tentang individu itu. dan dia langsung tak pernah nak mengkaji dan mengenal si polan.

kenapa bersikap judgemental kalau belum kenal susuk fikrah si empunya badan?

tak profesional kan?
aku tahu.

anak papa cool



sebab aku dulu begitu. dan sekarang aku masih sedikit begitu. 

aku ronakan hijau dalam kanvas kepala setiap kali ternampak daun, tapi sebenarnya
dibalik daun itu ada urat-urat merah yang berselirat.
kadang-kadang kelihatan bintik-bintik klorofil putih. dan
kadang-kadang juga ronanya hijau malar atas dan bawah.

tapi bagaimana tahu tanpa membelek dahulu?



backgroundpic: sila teka yang mana aku? yang mana izwanyusof?


berjumpa ramai orang dan belajar menahan fikiran perlukan latihan, ilmu, dan juga guru.



 
Sultan Abdul Samad Building


Sirah pernah mengajar: Rasulullah mengiktiraf Bilal sebagai antara sahabat terapat dengan baginda walaupun beliau seorang hamba yang berasal dari Habsyi berkulit gelap

Integrasi termantap bukan?



nametag. collaboration Masjid Jamek-PKPIM-GAMIS-etc



kalau budaya melabel tidak dibendung, waras kita akan mula lerai. lebih parah lagi kalau terjadi pada pihak-pihak yang mempunyai kesepakatan obvious

bersepakat dengan kesamaan percaya,
bersepakat dengan kesamaan bahawa kita manusia yang asalnya dari punca yang sama (4:1).


dibiar lama-lama lagi nanti jadi masalah internal. seorang daie tak patut begitu kan?


_______________
disclaimer

1. setiap quote yang ada dalam gambo adalah true as hasil dapatan dari pemerhatian, catatan, dan ada sikit-sikit rakaman yang aku buat semasa malam tahun baru dua ribu dua belas.
2. gambo-gambo bersumberkan link dengan izin.
3. kepada pemilik quote, anda berhak menghubungi aku untuk padamkan quote korang yang ada disini.

16 comments:

izwanyusof said...

perlu ke background mention nama aku.. haha..
okey,this is nice entry!.. aku up kat page aku..

semalam tak sempat la tanya2 orang..group aku kurang pendedahan semasa..

dill said...

penuh penghayatan :)

dill.

blog-tips-kurus said...

anda seorang pemikir.. jaga diri. :-)

Anonymous said...

Asslamu'alaikum.

we always want/dream to make big changes. we always try hard to show/prove to the world who we are. as result, we become less concern on the small-small issues. the truth is, because of that small-small issues, little by little it get bigger. once it bigger, we start to blame everything and everyone and even to point finger to others. i do not know about others, but at least to me that is how i see. something must be done from the early stage. how you nurture yourself is very important. with integration of islamic principles and knowledge, insyaAllah we able to produce good future generations.

like Aiman Azlan says: I don't want to make one big change, but millions of small changes

:)

have a bright day ahead. may Allah bless you always akhi

Faaizz d. Zul said...

to izwan:

aku kata boleh rekues untuk remove backlink kan?
XD

to dill:

sy mencari2 penghayatan.

to pakar tips:

kita semua berfikir...
bersama-sama berfikir lebih baik(idea kolektif).

to anon:

thanx for sharing. may Allah bless you too

izwanyusof said...

eh,takpe.. backlink tak perlu remove.. XD

da0s said...

nice post bro ! terrbaikk !

Faaizz d. Zul said...

to da0s:

hai, blogger official MME


pppuiiihhh!!!

XD

Aween Md Zahir said...

berwawasan sungguh faaizz ~! oyeah :)

http://www.facebook.com/mphclick#!/photo.php?fbid=10150555739826253&set=a.204154041252.170021.194151381252&type=1&theater

jum pi ~!! borong sakan setelah sekian lama makan hati..tiba hari dinanti,,harga runtuh lagi :)

Faaizz d. Zul said...

to Aween:

berwawasan apenye, hailah
eh, voucher buku for student to boleh ke dipakai kat MPH?
XD

Umairah. said...

salam'alayk.

entri nie pun dah m'buatkan readers dlm mood terfikir2 sekali. dan menyedarkan harus baca balik sejarah @ kisah2 perjuangan dulu.

refleks blk cara pemimpin2 organisasi yg dulu b'juang dgn rentak, sasaran dan matlamat yg berbeza. dan lihat bgmn interaksi ssama mereka b'laku.

sbb biasanya, sejarah akan berulang, kan?

sjauh mnpun p'bezaan, ilmu dan kfhmn yg benar sgt pntg supaya cara, matlamat & hala tuju kita pun benar. tak lain tak bukan, AQ dan sirah Rasulullah.

t.ksh, entri nie sgt refleks byk benda.

Faaizz d. Zul said...

to Umairah:

wa'alaikumussalam.

yes, sejarah dulu mmg xboleh kita abai utk mrancang masa depan. dlm kbykn kes, lessons from the past selalu diungkit sbg model solusi masalah kontemporari. entri ni myb refleks byk benda. sbb situasi sebenar, mmg rasa macam pendapat orang lain meluru masuk kepala. yang kita agree tu ok. tapi nak respon to certain idea yg kita disagree, susah.

especially time bersidang. masa public discourse psl topik pembuangan bayi. dalam bulatan tu rasanya lebih ramai freethinker n sosialis berbanding Islamis berdasarkan pendapat2 yg diutarakan. tu yg sampai lalut bediskusi ttg sex edu, nak vendingmachine yg jual kondom, nk educate masy yg sex is basic thing tanpa menyentuh syariat. perkataan zina tak dgr langsung as if sex is a basic human culture without certain guides.

sbb tu jugalah, saya lihat dlm diri dulu sebelum memberi pendapat n i realize tahap mana kapasiti diri utk memberi pendapat ttg isu yg xkita kuasai. Berbual dgn org lain yg berpendapat berbeza pon byk mengajar oneself to hold his/her thought n judgement.

Alhamdulillah, untung jugak rasanya mix up dgn publik. Sekarang ni tgh kagum dgn UMK yg ada gerakan #OccupyUMK sendiri. Dekat fb diorang (http://www.facebook.com/occupyumk) dah 5 kali bersidang. Isu-isunya pon sgt inklusif berkaitan integrasi ant kaum dalam kampus, sistem elearning, gerakan mahasiswa etc. yg plg menarik ialah sifat openness, respect, listening, equality n nonjudgemental.

Tunggu2 juga aktivis2 uia conduct.

khairunnisa ♥ said...

husnudzon


=)

Faaizz d. Zul said...

to khairunnisa:

tak mudah nak husnuzon...
seriyes

khairunnisa ♥ said...

ye.. orang pun sama =_= cara terakhir org bleh buat. biarkan je. and buat kerja sendiri ^_^

Umairah. said...

baca fiqh aulawiyyat-yusuf qardhawi, teringat entri nih. dalam bab keutamaan dalam pembaharuan masyarakat.

boleh try tinjau2, ada dalil. cara penerangan, i'Allah mudah faham. personally, informatif dan membina jugak.