25 January 2012

pelukan paling nyaman

salam alyk' and greetings.

Salihamidzi masih kejur berteleku di sudut paling kanan saf pertama. Sami Khedir sudah mula resah menunggu. Perutnya sudah lapar. Tekaknya sudah dahaga. Di luar, tangis langit makin reda bersama-sama kesesakan jalan usai Jumaat. Hon dan siren saling bersipongang menambah rancak bunyi dalam nadi kotaraya.

Seorang demi seorang beredar meninggalkan ruang solat pusat perkumpulan manusia yang penuh saban minggu. Salihamidzi masih tak menunjukkan tanda-tanda dia mahu bingkas. Wajahnya meraut seakan-akan seorang hamba menikmati syurgaloka. Mulutnya terkumat-kamit memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa.


credit - fluorescent2892



Sami Khedir merapati temannya.

"kau sakit ke?" sapanya lembut.

"takdelah, aku ok je..."

"habistu, kenapa dengan dada kiri kau?" soalnya lagi melihatkan posisi telapak tangan kanan Salihamidzi yang diletakkan di dada kirinya.

"takde apa, saje je..."

"nak stay lama lagi? aku dah lapor nii..."

"sekejap, 5 more minutes..."

"fine..."

Salihamidzi menadah tangan dan melafazkan doa dengan sesungguh-sungguhnya sambil diperhatikan oleh sahabatnya. Kemudian mereka berjalan menuju ke kereta milik Sami Khedir.

"kau taknak cerita kat aku kenapa setiap kali kau berwirid kau pegang dada kiri kau?"

"kau nak dengar ke cerita aku?" balas Salihamidzi. Sami Khedir mengangguk.

"aku sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. aku tak rasa apa-apa dalam setiap amal ibadah yang aku buat. aku takde fokus, aku takde sebab untuk rasa ihsan..."

"jadi, apa kena mengena dengan tangan ke dada kau tu?"

"jujurnya, aku takde sebab. tapi hasilnya, aku dapat rasa jantung aku berdegup, satu jenis organ yang aku sendiri yang aku tak pernah lihat, organ yang aku tak pernah sentuh, organ yang aku tak pernah arah untuk mengepam darah. Organ yang buat aku merasa kewujudan Dia dalam setiap degupan yang menggerakkan bahagian yang lain."

"Bila aku letakkan telapak tangan aku, ada pertukaran haba yang berlaku. Rasa hangat suhu badan. Rasa dipeluk oleh pelukan paling nyaman dari dalam. Sampai satu tahap, lantunan-lantunan zikir seakan-akan meluru masuk dalam urat aku diselang-selikan dengan degup jantung dan denyut nadi."

"tapi ini semua perasaan aku je. aku tak pernah kisah kalau orang lain tak rasa apa yang aku rasa. yang paling aku phail ialah memikirkan apa yang aku lafazkan..."

"apa maksud kau?"

"dalam 33 kali melafaz tasbih, aku tak mampu fikirkan 33 kesucian Allah. dalam 33 kali melafaz tahmid, tak sampai 33 nikmat yang terlintas dalam fikiran aku. dalam 33 kali bertakbir, aku tak mampu gambarkan 33 kebesaran Allah. walhal, semuanya terlalu banyak, tapi...."

"kita manusia kan... selalu lupa dan melupakan..."




[13:28]




13 comments:

perindu_خلافة said...

subhanALlah..
indah, terlalu puitis kandungan ayat2 dalam artikel kali ni,
sungguh;
jika kamu adalah seorang penulis sebuah buku,
saya pasti akan menjadi seorang pembaca setianya,

# menikmati kehebatan Tuhan yang disalurkan melalui jemari tangan anak manusia :)

Yusro Yusoh said...

hanya mampu tersenyum lebar,air mata bergenang menunggu gugur. u should be a writer.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

:)

paling nyaman. cukup terkesan. terima kasih. have a pleasant journey ahead

Faaizz d. Zul said...

to perindu_خلافة & Yusro Yusoh

komen2 kalian kan terlalu tinggi pengharapannya.

tapi
terimakasih.


*grouphug*

eh, mana boleh grouphug. XD

Faaizz d. Zul said...

to Anonymous


wa'alaikumussalam.
saya nak cuba meneka, kalaulah ini kak tim yg membaca dan mengkomen di sebalik setiap "anon", please at least bgtau. saya nak tau...
seriesli the thought of anon sgt menkucarkan.

*aku sedang malu kalau anon ni bukan k tim*

PENCONTENG said...

terkesan aku membaca entri ini.

terasa aku. astaghfirullah.

terima kasih :)

Faaizz d. Zul said...

to penconteng

u're most welcome.
=)

Umairah. said...

jarang ada org yg nak mencari SEBAB, untuk dia istiqamah b'amal dan merasa dekat dgn Allah.

tp byknya, yang tahu dan tetap b'amal, tp hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan.

moga dpt lbh belajar utk ihsan, itqan, dan istiqamah.

peringatan yg sgt baik, t.ksh.

Faaizz d. Zul said...

umairah

"..sekadar utk menggugurkan kewajipan..."

oh, terkesan...

Mohd Filani Bin Mohd Fauzi said...

AAAAAH! this is beautiful. wat novel wat novel! nok beli se.

Faaizz d. Zul said...

fil

aku tak reti menulis panjang-panjang. otak aku ringkas. jadi cerita aku ringkas. lagipun mana ada novel yang ringkas. hah...

Mawar Berduri said...

kamu tahu kamu boleh jadi penulis?

dan aku berminat karya kamu ini dipaparkan di www.warnakaseh.blogspot.com kalau kamu sudi.

kamu tahu kamu dari karya kamu ini, kamu juga sedarkan kami?

email kami di warnakaseh@gmail.com.

Faaizz d. Zul said...

mawar berduri

terimakasih atas tawaran.
aku dah emailkan respon.
tq