04 February 2012

dua dunia

salam alayk' & grreetings.



together by purplepawn




"Zil, kau tak rasa gema paradoks dua dunia kita?"

"dua dunia apa?"

Fiq hulurkan nota yang penuh tulisan:

1. dunia langit atau bumi.
2. dunia cuka atau gula.
3. dunia Rangga atau Cinta.

Zil ambil pen hitam dan gariskan kesemuanya.

1. dunia langit atau bumi.
2. dunia cuka atau gula.
3. dunia Rangga atau Cinta.

"kau tak perlu risau. mereka memang lahiriahnya bertentangan..."

Fiq angguk kepala.

"yang kau perlu risau ialah dunia digital yang tak diimbangi. dunia digital yang so-sial. dunia yang diciptakan paralel dengan yang real.."

kening kanan Fiq terangkat disertai ekspresi bengap kuriyes.

"kau tak perasan kawan-kawan kita cuba menjadi orang lain di mukabuku?"

"Si Pandir cuba menjadi Hang Nadim,
William Hung cuba menjadi Ricky Martin,
komunis cuba menjadi Islamis...
semuanya pelapis keyboard warrior..."



Fiq diam.

"terlalu asyik bersosial sampai kita lupa dunia real"




"dan yang paling aku takuti, kita lupa cara Rasulullah bersosial."

*angguk*






"jadi kau bukan sengaja soalkan perlengkapan wifi di masjid kan?"
Zil tersenyum. (2:43)




_______________

Salam Maulid 1433h

12 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

two different world yet it compliment one another. one same person yet two different characters. who knows what the other side will be.

Selamat menyambut maulidur rasul 1433H :)

with His Bless, do have a pleasant journey ahead. InsyaAllah

PeJuAnG CinTa said...

salam maulidur rasul ...
erm tu la kan.. kadang2 bila terlalu asyik dengan dunia digital .. kita lupa untuk bersemuka.. memberi salam .. dah memulakan ukhuwah cara rasullullah...

dill said...

sekarang ni ada di antara kita-kita lebih gemar hinggap di dunia maya daripada dunia realiti.

tapi usah biar sampai merobek jati diri seorang Muslim.

wallahu'alam

dill.

Faaizz d. Zul said...

anon.

wa'alaikumussalam.
salam maulidurrasul. semoga beroleh syafaat. =)


pejuang cinta.

yup, Rasulullah kalau ke masjid, baginda akan pilih jalan yang lebih jauh dan pulang ke rumah melalui jalan yang lebih dekat. jalan pergi dan balik tak sama sebab baginda Rasulullah nak berjumpa dgn lebih ramai orang.

kemudian Rasulullah akan tersenyum, dan mengucapkan salam, beserta mendoakan orang yang dijumpai dalam perjalanannya dgn doa : "taqabbalallahuminna wa minkum"

"semoga Allah terima amalan kami dan amalan kamu."

akhlak terindah kan?



dill

betul. jangan sampai terlupa yang mana real, yang mana ilusif.

wallahua'lam.


mari berselawat :

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

ghost writer said...

wifi di masjid?wah..ni 1st time aku dengar benda tu.nampak gayanya pak imam dean para jemaah juga tak ketinggalan.

Faaizz d. Zul said...

ghost writer

mestilah. masjid semua dah advanced sekarang. walaupun dah masuk waktu solat, status maintain online.

bahasa lembutnya "online di masjid".
hihi.

Penjiwa Jalanan said...

angguk.

khairunnisa ♥ said...

Salam Maulidur Rasul.

Kurangkan duduk depan lappy lama-lama.

Luangkan masa dengan Allah, keluarga, kawan kawan, tambah ilmu dengan membaca (err, baca artikel on9 pun bleh), tanam pokok bunga, bleh dapat oksigen, pi tolong mak masak ke (bleh makan sedap2 and org lain pun happy sebab dapat makan) dan lain-lain :)

P/s : org pun sedar kebelakangan ni, krg luang masa ddgn family. Now, bahagia pla duduk sembang2 dengan family. Slm :)

Faaizz d. Zul said...

penjiwa jalanan

*senyum*

khairunnisa

salam maulidurrasul. tq atas cadangan. semoga bbahagia disamping keluarga

PENCONTENG said...

kata Khalid Al-Walid - guna senjata musuh kamu untuk lawan mereka kembali.

jom guna facebook utk kebaikan :)

facebook dgn face to face. yang penting kita tidak bermuka-muka. alam realiti dan alam maya, itulah kita.

bestnya tulisan kamuuuu. saya suka. kamu memang pandai menulis cerpen. teruskan menulis kerana Tuhan ya :)

atiqah said said...

sangat suka dengan tulisan nie..
alam maya adan alam realiti..
hurmmm

Faaizz d. Zul said...

penconteng

saya setuju guna facebook utk kebaikan. dgn harapan pengguna2 lain bersama-sama diri sendiri dibawa ke arah kebaikan.

tapi janganlah jadi orang lain.

apa yg harus kita ucap di real life, harus juga di facebook. apa yg haram di real life, ttp haram di facebook.

terimakasih pada Allah pemilik segala ilham pencetus tulisan.

=)


atiqah said

byk yg perlu difikirkan ek.
paradoks. paradoks. hurmm...