02 March 2012

berukrasi


rupanya kau selesa dengan perlengkapan di samping kau ya?

kau berkerusi empuk, berhawa dingin, bermeja luas, berdaftar kemas, berjendela kaca, ada ketika kau berkerut dahi, bermimik muka, berkeringat muda kerna gigih berkerja sambil-sambil menghitung kalendar menanti tarikh keramat saban purnama tiba untuk bayaran yang digajikan. macam biasa. hari esok, masih begitu. bulan depan, juga begitu.

rupanya kau juga tak sedar, ada manusia yang datang penuh harapan diawal waktu operasi kerna mahu berurusan. lagaknya macam kurang pengalaman. tapi, bantuan kau tiada. kau kemana ya?

eh, bila ditanya, komrad kau juga geleng kepala. normal ya kalau menghilang diri bukan sahaja pada fisik, malah pada pengetahuan jiran sepejabat? ataupun komrad kau ni berpura-pura? tak tahu atau malas mengambil tahu? memangnya yang berautoriti untuk hal A cuma kau seorang? untuk hal B pula siapa ya? jadi orang B tak boleh mengurus hal A? oh, baguslah. kemas. kemas sangat gerak kerja kamu sepejabat.

eh, apa!? si polan A ni cuti sakit?
ah, syafakallah. semoga kau cepat sembuh.

memang nais. orang yang boleh sign borang ini cuma seorang. staf lain langsung bukan dalam fungsi mutual.

mana ek borang indeks prestasi kau dan komrad-komrad kau? biar aku nilaikan. kau tahu, aku ni jujur bertempat. untuk pengetahuan kau, nombo feveret aku ialah nombo kecil-kecil dengan impak besar. hah.



ya, aku bercakap dengan kau yang dalam cermin tu.


birokrasi bejat.


[3:163]



9 comments:

Yusro Yusoh said...

uhuks... macam paham tapi macam tak pham jugak. :)

Faaizz d. Zul said...

untunglah tak faham.
sebab memang tak perlu difahamkan.

cuma,

kpd yang faham tu, faham-fahamlah. tulisan ini untuk kamu.

yang sedang selesa dgn permanent post kamu, malah sedang selesa dengan performance datar kamu. permanent begitu.

memang produktif abadi.

Anonymous said...

setuju! no sense of amanah. hurmmm

PENCONTENG said...

penuh satira :)

Faaizz d. Zul said...

kak tim, penconteng.

seriusli, saya dah letih.
tp saya masih tak letih untuk senyum even segala urusan terpaksa hold.
cuma, jgn anggap masih tersenyum itu tanda bersetuju.

Iffah Afeefah said...

jiwa kacau skng
jdi siyesli xpaham entry ni

Faaizz d. Zul said...

moga beroleh ketenangan ya Iffah.

sampai masa, fahamlah.

Umairah. said...

"sifat-sifat yg baik itu, tidak dianugerahkan melainkan kpd orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan melainkan kpd orang-orang yg mempunyai keberuntungan yg besar." -al-fussilat: 35

subhanallah

memang tak pernah rugi utk terus bersabar & berbuat baik.

Faaizz d. Zul said...

Umairah

terimakasih.