08 March 2012

bila kena tackle


salam alayk' & greetings.



ada dua keadaan yang sinonim dengan penggunaan istilah tackle tetapi sangat kontra pada penerimaan dan kesannya.

yang pertama, bila ditackle oleh individu berlawanan jantina dengan intuisi spesial. ingat kisah Bunga dan Kumbang? tentang siapa yang menguntum mekar dengan lelehan madu bila si kumbang cuma baru terbang melintas? dalam konteks muda mudi, normal kalau si penerima terlongo sehari dua berfantasi hal individu yang berminat kepadanya sambil memicit-micit jerawat menghadap langit tenang. hah.

dalam pengistilahan formal, alternatif tackle ialah mengurat. ya. malah, orang tua yang berpengalaman langsung tidak menghirau seorang makwe yang terhantuk pintu lutsinar ketika mahu mengambil duit di ATM dek kerana sibuk berBBM mahupun berGalaxyY dengan spouse mereka. biasalah orang muda bercinta, katanya dalam kesaktian senyum tuanya mahupun dalam ungkapan lejen oleh Lepen.; kalau cinta sudah melekat, tahi kucing rasa coklat.

Situasi kedua, apa terjadi kalau ditackle oleh individu sama jantina? Sebelum apa-apa, ini bukan diskusi tentang homoseksual. Ini tentang kompetensi. Antara kesan-kesannya, Lagak jalan tempang dengan bandage melitupi buku lali yang berkembar siam secara mendadak. langsung memustahilkan abiliti untuk bertahiyyat awal buat beberapa period solat.

lebam. membentuk perkumpulan darah-darah beku akibat kehancuran pembuluh darah internal. pada rusuk kanan yang menadah lutut berkelajuan tinggi. umpama musibat kekejangan pada otot pipi bila mulut kecil mahu menghadam burger double daging spesial. maunya cramp otot rahang tahu!

baik, lupakan burger  yang sedang meleleh tadi. sini, yang sakit di rusuk ni. sangat sukar untuk menarik nafas dalam-dalam, batuk, bersin, dan juga berbaring.  malah sangat derita bila mahu ketawa bila ustaz sedang menulis hiwar antara kucing yang berpoligami dan manusia. lucu untuk semua, tapi sini menderita dalam kelucuan. epik. memang epik. kucing itu ditinggalkan isterinya yang tercantik demi seekor lagi. kah3.

status mukabuku hari tu, aku diberitahu bahwa teman baik aku sepanjang minggu ini ialah malapetaka pada masa depan. kenalkan, ini, Mr Painkiller.






tulis semula.

painkiller ni sebenarnya apa, mampatan hablur dadah pendusta eh?
mcm mana ya painkiller ni menipu saraf-saraf otak sdgkan pada struktur fizik takde pembaikan?

#siapaPharmacists?



______


Allahumma 'afini fi badani, Allahumma 'afini fi sam'ii, Allahumma 'afini fi basari


9 comments:

puteri cahaya said...

eheee~~ Syafakallah dik.. ^^

Faaizz d. Zul said...

amin. thanx k yun.

ahad ni ada match lagi. bangku simpananlah nampaknya.

-.-"

perindu_خلافة said...

syafakallah ^_^

khairunnisa ♥ said...

pain : sakit
killer : pembunuh

pembunuh sakit :)

moga cepat sembuh faaizz.

faten^.^ said...

oh, footballer ke? ^.^ semoga cpat sembuh, nsib baik bole jd bngku simpanan lg drp xjd pape kan? :)

Faaizz d. Zul said...

perindu_خلافة

terimakasih.


khairunnisa ♥

oh, macam tu.


faten^.^

biasalah. guys' thing. sekarang dah recover. alhamdulillah.




hiatus riadah sgt tak best. ;p

PENCONTENG said...

dah sihat encik faaizz?

jumuah mubarakah! moga Allah sentiasa jadi Penjaga, Pelindung dan Penyembuhmu :)

Sidratul Muntaha said...

Dulu saya tak tahu makna tackle sampailah saya join futsal.

Kena tackle dan kaki saya ber-bandange seminggu.

Syafakallah.

Faaizz d. Zul said...

Penconteng:

alhamdulillah dah. sempat join ummatic run. berlari dgn kain samarinda. haha
;)

Fatin:
wah, ganas juga futsal perempuan sampai berbandage di tackle.
kdg2 kena extra careful masa riadah, takut2 jadi memudaratkan instead of menyihatkan..
=)