04 March 2012

[FiQ] Mengembalikan Roh Universiti : Peranan Mahasiswa


Sekolah Massa : FORLOT (Forum Lorong Tengah)
Edisi Isu Pendidikan
Topik : "Mengembalikan Roh Universiti : Peranan Mahasiswa"
Tarikh : 2 Mac 2012 (Jumaat) 
Tempat : Edu LT 1 UIAM Gombak 
Moderator : Ahmad Afif



“…kata kunci; universiti, roh dan mahasiswa. Apakah ini satu tajuk yang bersifat sekadar analogi atau metaphor kepada universiti dengan mengaitkan universiti dengan roh seolah-olah universiti itu bersifat seperti insan?”

“...sejarah penubuhan universiti di barat, maupon di dunia Islam ada perkaitan yang rapat antara makna universiti dan insan. Penafsiran ini telah dibuat oleh Prof Syed Naquib Al-Attas dalam adikaryanya Islam and Secularism. Apa yang penting tentang sesebuah universiti ialah falsafah pendidikannya, tujuan pendidikannya dan bagaimana institusi ini melaksanakan proses pendidikannya.”

“makna universiti kuliyah dan jamiah itu melambangkan ilmu-ilmu yang sejagat, yang mencakupi keseluruhan kehidupan insan. Dan di sini ilmu fardu ain itu memainkan peranan yang sangat penting. Ia tidak bersifat statik. You don’t learn fardhu ain at the level of secondary school only, the more you progress, the higher you became, you need to learn higher level of fardhu ain...for example, if you’re a professor in economics, you should have ilmu fardhu ain yang setara dengan phd economics kamu”

“...kita hendak memastikan aspek worlview, fardhu ain itu jelas. Supaya apabila mereka pergi ke bidang-bidang lain ilmu fardhu ain akan menjadi pemandu arah dalam pembelajarannya dalam fardu kifayah. Jadi, sekarang ini, UIA antara yang paling dekatlah dengan roh universitinya masih ada sedikit. Universiti kita yang lain pada hari ini, hatta Oxford dan Cambridge yang asalnya ditubuhkan atas pengaruh gereja, pendidikan gereja, teologi dan sebagainya. Itupon telah disekularkan. All the bigs universities in the world, asalnya adalah  tempat latihan ahli agama mereka. Tapi bagaimana sekarang di Oxford kita ada Richard Dawkins, seorang Darwinis yang mengajarkan teori evolusi dan mendapat tempat yang tinggi di Oxford. Ini menunjukkan Oxford telah kalah, rohnya telah dirampas oleh pengaruh sekular dalam bidang-bidang ilmu. Itu lebih teruklah bila kita bandingkan dengan universiti-universiti moden yang dicipta untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.”


“...kita tidak jelas bilamana kita bercakap tentang sistem pendidikan Malaysia, ke arah mana kita ingin capai, dan dimana kita berada dan kemana kita ingin pergi. Kita tidak dapat concludekan apakah sebenarnya perkara yang harus menjadi fokus dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Itu adalah asas sebelum AUKU digubal ”

“...apa yang berlaku disebabkan gerakan Mahasiswa yang terlalu kuat dan berhaluan kiri mendokong idealisme yang pelbagai terutamanya sosialisme pada tahun 70-an menyebabkan kerajaan berpandangan bahawasanya AUKU patut dicipta supaya boleh mengekang suara kebangkitan anak muda”

“...kalau kita terus bergantung atau meletakkan harapan bahawasanya tiba-tiba berubah dan keluar dari kepompong dan cengkaman yang telah diletakkan, ataupun dalam erti kata kita nak mengembalikan roh universiti, kita jangan meletakkan harapan yang terlalu besar. Gerakan mahasiswa post-AUKU terutamanya selepas pindaan 1974, mahasiswa mengambil AUKU dari sudut pandang yang sangat positif. Walaupun tidak dibenarkan untuk bersuara,untuk bercakap dikhalayak, mereka menjadikan itu sebagai salah satu motivasi untuk menjadikan mereka mendalami bidang penulisan, dan penulisan ini tidak dapat tidak lahir dari pembacaan yang banyak.”


“...kita nampak dalam komuniti kampung Melayu, ada 3 asas utama yang telah digarap dan diimani oleh komuniti tersebut. Yang pertama, mereka saling mengenal antara satu dengan yang lain. Yang kedua, saling memahami antara satu dengan yang lain. Yang ketiga, tidak ada masalah lagi untuk membantu. Apabila sudah kenal, dan sudah memahami. ”

“...inilah dia sebenarnya yang saya fikirkan harus kita bentuk dalam komuniti universiti. Bila sebut universiti, dari aspek pengistilahannya ada kaitan dengan perkataan bahasa latin yang maksudnya komuniti.”

“...tapi, bilamana kita melihat tentang keadaan kita dalam universiti, perasaan untuk berkomuniti itu sudah seakan hilang, pudar. Kita sudah tidak lagi merasakan komuniti universiti ini sebagai satu keluarga malah kita berkira-kira hendak membantu antara satu sama lain. Hatta kita bermusuh pula satu dengan yang lain. Untuk membina komuniti yang baik, harus kita jadikan setiap orang dalam kalangan kita ini sebagai keluarga”

“...sebagaimana yang Prof Al-Attas sebutkan, peranan pendidikan itu ditempat yang pertama iaitu untuk menjadikan ataupun untuk membina atau melahirkan insan yang baik... dalam budaya melayu, bila disebut tentang orang baik, notion atau idea tentang orang baik itu berasas dan bertitik tolak daripada hadith Nabi s.a.w yang menyebutkan khairunnas anfa’ahum minnas. Orang yang baik itu ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.”

“perkara yang penting yang tak boleh lari dari institusi universiti ini ialah tentang pendidikan. macam mana kita nak bercakap tentang universiti kalau kita tak faham apa itu makna pendidikan? Yang kedua, macam mana kita nak bercakap tentang universiti kalau kita tak tahu apa nilai-nilai kependidikan. Ini dua perkara asas yang tidak dibincangkan di universiti.”

“...pendidikan dalam Islam adalah person-centered. Prof Al-Attas kata ini bukan sekadar prinsip, tapi ia adalah strategi dan itulah sesuatu yang sangat pragmatik untuk dilaksanakan dalam keadaan hari ini. Pendidikan akhirnya menuju kepada setiap individu untuk dibangunkan, untuk digarap potensinya, untuk dibangunkan dia, untuk dimanusiakan dia, untuk digarap segala potensi dan fakulti kemanusiaan yang Allah berikan kepadanya. Akhirnya pada setiap individu akan membentuk satu kesatuan dalam komuniti. Apalagi yang kita nak harapkan kalau bukan universiti untuk membawa perubahan?”

*artikel


“...Al-Maududi pernah mengupas tentang bagaimana universiti itu menjadi seakan-akan pusat penyembelihan, dan bagaimana ijazah sebagai sijil kematian. Tetapi melalui apa yang saya baca, kita masih boleh mencari manusia yang hidup dalam timbunan mayat.”

“...menurut seorang rakan, adalah normal hujung minggu di Jepun menyaksikan kisah bunuh diri di lintasan atau laluan tren. Sebab, hari Isnin ialah hari kuliah atau hari berkerja.”

“...sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan ini menimbulkan tanda tanya tentang apakah tujuan sebenar pendidikan...”

“...berpandukan sistem ini, pensyarah atau pengajar akan mengajar dalam kelas mengikut silibus. Dia kadang-kadang tak berani nak keluar daripada topik cuma terpaku pada teks dan silibus yang ditetapkan dan mahasiswa pula kadang-kadang tak berani bertanya, tak berani mencabar idea pensyarah tu. Akhirnya peperiksaan kelihatan sebagai puncak segalanya”




 ___

PROMO

Sekolah Massa: Forum Lorong Tengah #2- 
"Gagasan Islamisasi VS Dinamika Sains dan Kajian Sosial Moden" - 
06Mac, UIAM Gombak. EDU LR6


4 comments:

nadia rusli said...

menarik :)

dill said...

fuh. ilmiah ni..

rindu uia

dill.

Faaizz d. Zul said...

nadia:

memang sangat menarik. jemputlah ke next forlot malam ni.

dill:
yes, mmg ilmiah. in fact, berat dan sarat. for me, this discussion was beyond my knowledge. sampai sy tak mampu respon kpd setiap poin. dan mengambil masa utk menghadamtelan bit-bit kecil satu persatu.

Menurut moderator, Ahmad Afif penganjuran wacana dan medan diskusi dengan membawa tajuk ‘berat’ seperti ini merupakan suatu yang sudah menjadi agak asing di universiti. Tambah beliau lagi, budaya hedonisme yang menjalar dalam kampus telah memakan sendi intelektualisme mahasiswa yang seharusnya berupaya membentuk kelompok ilmuwan yang berfungsi dan tercerah.

hah, terpukul rasanya.

khairunnisa ♥ said...

belajar untuk jangka masa panjang..
belajar dunia dan akhirat..

setuju dengan Prof Al-Attas :)
Khairunnas anfa'ahum minnas.