07 June 2012

satu nota dari helaian usang tulisan tahun-tahun terdahulu

artist's open hand


pernah berjalan bersilang lengan seolah-olah perisai diri?

aku, ya. suatu dulu. tak ada orang bercerita tentang hidup, tentang realiti, tentang survivaliti. tetapi tetap dilepas untuk perhati dunia, untuk pelajari makna.

sekecil siput babi gampang dilenyek, sebesar kerbau terbangkai di jalanan.
semuda bayi dibuli, setua senja dehenyak diragut.
semua.

tiba satu momen, bila perisai persilangan terlalu membeban;
ditinggal, dan aku mula depangkan lengan.

momen aku belajar menerima.
yang pahit, sakit, perit, terik, luka, rana, duka.
semua.

dan sampai lesu sekalipun
tuan realiti tak jemu datang mencumbu,
dalam halus yang licik,
atau badai yang padu.


when reality starts to hit me. it hits real hard kata entah siapa.

cumanya, bila aku belajar terima. dan teruskan hidup berlapang dada berdepang lengan. ada lebih banyak perkara menyenangkan menjengah.

serasa aku, risau gusar hilang dalam posisi lengan begini.

sebab bila sesuatu yang indah cuba Tuhan titipkan dari langit, aku sudah sedia untuk terima, walau dengan tapak tangan yang luka.





*rasa kelakar membaca tulisan lama-lama. ahah ;p




3 comments:

perindu_خلافة said...

rupanya pencak susunan aksara kau yang ohsem ni telah wujud sejak lama dulu yep~

subhanALlah,
kau memang berbakat bro ^_^

jelita said...

kata satu artikel...

kita ini hamba, kerana itu kita memang layak untuk diuji..

betullah kata tuan..

depangkan tangan, lapangkan dada, hadapi apa yg mendatang tanpa rasa risau...

apapun..moga kita semua tabah

Faaizz d. Zul said...

perindu_خلافة , jelita

masa ni, susah kemain cari kerja part-time lepas spm.

My ideas usually come not at my desk writing but in the midst of living.
-anais nin-

selalunya, macamtu lah kan?
=)