01 August 2012

bilik sewa #2


amboi, hari-hari keluar. berbuka dengan makwe ek? taknak kenalkan kat akak ke?

bukan dengan makwelah kak. memandai je. 

eleh, macam la akak tak tau.gigih semacam asal habis kerja terus keluar, asal habis kerja terus keluar

ha yelah kak, ni saya pergi dulu ye. chalo


-----

kalaulah mengiyakan pertanyaan si akak serumah sewa ni, namanya tipu, maunya hari-hari aku dah menipu. dan untuk penipuan-penipuan itu, acap kali aku mohon dosa yang terpikul digugur Tuhan.

cinta hadir kalau dengan makwe bukan?

serasa aku, di sini juga ada cinta. kayaknya, aku seorang asing yang dirai oleh sekelompok ahli kariah dengan limpahan cinta absolut dari Tuhan. maka, kiranya aku berbuka dengan makwe jugalah kerana kehadiran rasa cinta itu.

masjid utm, masjid wadi hassan, surau senibong, masjid kg dato onn, surau plaza angsana, masjid uda, masjid bomba, masjid raudhah jalan sentosa, mendirikan masjid.

eh? eh?



dan nota-nota Ramadhan makin tebal.
nanti-nanti aku kongsikan.
salam survival!


4 comments:

Sidratul Muntaha said...

''masjid utm, masjid wadi hassan, surau senibong, masjid kg dato onn, surau plaza angsana, masjid uda, masjid bomba, masjid raudhah jalan sentosa, mendirikan masjid.''

Tanpa meng-Google map, dah boleh tahu, lokasi ini di Darul Takzim.

So, apa lagi, dirikanlah masjid. Boleh jemput warga johor (saya) datang makan nasi minyak sekali.

Senyum.

3p4h said...

Sokong untuk dirikan masjid itu! Wink2 ^_-

puteri cahaya said...

seronoknya!! sila share banyak2 keyh!!

Faaizz d. Zul said...

saja tease ayat tu.
bukan tak biasa terlajak bila nak survive masjid-hopping ni.

hik.