18 August 2012

rangkuman nota-nota terlipat 1433h

dari jiwa gelojak

1. Ogos

tanggal 9 haribulan
tanggal 17 haribulan
tanggal 31 haribulan

Salam Kemerdekaan buat Nusantara!


2. #tadarusQuran3

@LordZara beri aku peluang sertai #tadarusQuran3 di Kumpulan E dengan Juz 4-6 (meliputi surah Ali Imran, An-Nisaa' dan Al-Maidah). selain dari AnNisaa 3 yang selalu jadi feveret dalam mana-mana kuliah, aku juga tersangkut banyak kali dalam bacaan Ali Imran. antaranya ialah Ali Imran 135.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 3:35

kata Ust Nouman (layan di sini - link)
"bila kita tidak terasa apa-apa apabila melihat perkara mungkar(dosa) ialah tanda kepada hati bermasalah"

semoga sama-sama dalam lindungan Tuhan. hati-hati hati.


Ramadhan, bulan cumbu AlQuran paling kerap. - kredit


3. gurau kasar buat oportunis

Seorang teman sudah cap aku sebagai seorang oportunis. Dakwaan ini diasaskan kepada kes sahur-ifthar percuma dalam siri masjid-hopping dan tidak berinfak dengan kadar sesuai nilai makanan yang dijamah.

contohnya, membaham nasi ayam dan nasi tomato sekaligus tetapi cuma menyisipkan not rm1 (versi raya) ke celahan mulut tabung.

mohon sesiapa cerahkan teori kawan aku ni. moga sesatnya belum hanyut ke laut. ha ha


4. cemburu

mendengarkan, membaca, menyemak status tentang suasana i'tikaf di SHASM


5. kontrol

meluluhleleh sebenarnya mencuba-cuba mengambil ibrah dari kisah Saidatina Aisyah yang pernah hampir pengsan menjalani puasa Ramadhan akibat ketiadaan makanan. Masa itu, diceritakan Rasulullah tidak punya apa-apa untuk dimakan selama empat hari berpuasa. yang ada cuma sebiji tamar yang dicarik-carik sebagai bekal sedikit demi sedikit untuk ifthar dan sahur hari-hari seterusnya.

sehinggakan Zaid bin Harithah menceritakan bahwa debu-debu bertebaran naik ke udara ketika Rasulullah merintih kepada Allah tentang keadaan Aisyah. lalu diturunkan dua Malaikat yang menawarkan kekayaan segunung emas dan, err lagi satu aku tak ingat.

tapi yang berbekas pada aku, ialah bila mengetahui yang Rasulullah cuma meminta sehari selesa berpuasa supaya dia boleh bersyukur, dan sehari berlapar supaya dia boleh mengadu.

nah, sementara itu ramai kita yang kembung sehingga bersujud canggung. Allahu Allah.

Kuliah Us Halim Din - MBBU


6. curang

sejak berada di selatan tanah air, aku cenderung memilih Hang FM berbanding IKIMfm. walaupun dua-dua dalam genre yang sama, sarat dengan manfaat yang setanding; cumanya, aku tak tahu kenapa dari dulu aku kurang suka dengar nasyid, dan Hang FM terasa lebih dekat di hati atas syarat ini. eceyh


7. ditelan

seminggu lepas aku bawa balik 2kg bahan mentah untuk projek coklat leleh Syawal. setelah selesai siap 1kg hari itu, stok masih berbaki 2kg tanda kemasukan 1kg(baru). ini juga bermakna 1kg yang telah siap pada seminggu lepas telah dihabiskan oleh komplot sedarahdaging yang lain. hik


oh, Salam Syawal!
semoga, kita semakin mudah mendengar rayuan fitrah untuk istiqamah!



3 comments:

dill said...

salam aidilfitri faaizz :)

dill.

Aween Md Zahir said...

hye there !
happy Eid Mubarak ;)

Faaizz d. Zul said...

dill, aween

Eid Mubarak!
taqabbalallahuminna wa minkum.