01 September 2012

tentang Ogos

semalam status mukabuku aku begini;  

dalam bulatan Ogos, terkumpul si sulong berusia 67, si tengah 55, si bongsu 47.
si tua nusantara perdengarkan tiga bersaudara tentang kisah gelut perjuangan, kisah rakyat berjiwa besar, kisah hidup harmoni sejahtera.

Sesekali semilir menerpa si tua dan melonggar sarongnya, lekas-lekas dia tutupi celah yang terbuka. biar parut tidak terlihat. biar luka dalaman tersembunyi.
biar generasi ini terus merdeka; tak kira segelap mana sejarah sesama mereka.

salam Merdeka, Nusantara.

terus aku ditebak kerana tidak menulis salam Merdeka, Malaysia.

soalnya, kenapa Nusantara?

macam inilah kawan, aku sama sekali tidak cuba menulis sokongan untuk bendera baru. idea itu tak perlu. bagi aku revo dan rebel biar ada lokaliti identiti.

di sini, sebelah selatan tanah air; tanpa Astro, siaran televisi boleh tersenarai sehingga berbelas-belas. termasuk enam siaran lokal (dua siaran RTM, empat siaran Media Prima), tujuh siaran MediaCorp, dan empat siaran tv Indonesia (SCTV, RCTI, TVRI, TPI). eh, siaran TPI dah berubah nama, entah apa. dah tak clear.

ini tanpa Astro ok. 17 siaran, standard.  siapa tak dapat semua siaran ni, memang noob.
dalam kes lain, kalau jiran sebelah guna Astro, siaran dari Indonesia mungkin terganggu. biasanyalah

ambil remote control, tekan next channel, tv Malaysia, next channel, tv Singapura, next channel, tv Indonesia. nyanyian Negaraku, Indonesia Raya, dan Majulah Singapura adalah umpama sarapan.

kerap aku dipertonton sejarah yang tidak ditulis hanya pemenang macam sejarah nusantara yang ditapis-tapis dalam buku teks. media masing-masing siar sejarah masing-masing. ada pelbagai versi. namun, kefahaman tentang calar sejarah yang parah sama sekali tidak menghalang persepakatan baru terbina antara rakyat tiga negara di tempat kerja dan tempat belajar. Alhamdulillah

luka sejarah bukan punca hasad kebencian.
tapi untuk dihalusi kesilapan,
cetusbina kesepakatan.

dan Ogos adalah rangkuman peristiwa kemerdekaan tiga negara, bermula 9hb, 17hb, dan 31hb.
kau tak rasa betapa dekatnya kita, rakyat serumpun?





3 comments:

Izyan Kaher said...

Sooo out of the box thinking. Extraordinary. #lowerjawdropped

Faaizz d. Zul said...

sini, nak rapatkan jaw.
;)

salam merdeka!

perindu_خلافة said...

nice entry..
betul2 membuka minda, kalaulah jiwa kita lebih bebas merdeka~ ^_^