23 October 2012

cerita seorang teman dalam pakaian sabar pada kebencian di pesta konvokesyen.


Bismillahirrahmanirrahim...



Maghrib, aku, dan jiran. Dua-dua di pintu bilik dalam mod serius.
Mesyuarat koridor senjakala kononnya.


                                                *****

Hari ni aku rasa spoil gila.

Kenapa?

Ada seorang pakcik. Tua lebih kurang ayah aku. Dia bawa kerusi mudah-alih yang biasanya orang tua-tua buat solat kat masjid. Kejur dia duduk sorang-sorang masa pesta konvo tadi. Kawan aku pula jenis yang ramah. Taktik bermesra dengan harapan boleh in dengan bakal mertua gittew. Disapanya pakcik tu diajak berbual.

“Sorang je ke pakcik?”

Pakcik tu mengangguk, mengiyakan.

“Siapa yang konvo ni? Sesi bila?”

“Anak perempuan pakcik. Sesi pagi. Baru je masuk dewan.”

Anak perempuan. Nais

“Kenapa pakcik tak masuk dewan sekali?”

“Pakcik takde pass.”

“ooo”

Left Behind by ~Arahiel

Tak silap aku, setiap graduan ada dua pass untuk masuk dewan. Kawan aku ni, isteri sepupu dia yang konvo. Jadi, diorang berdua jelah yang masuk dewan. Ada satu pass lebih. Dia offer kat pakcik ni.

Pakcik tu keras menolak tawaran kawan aku ni. Aku macam tertanya-tanya jugalah kenapa. Bukan senang nak dapat tengok anak sendiri terima ijazah. Lagipon, memang pass tu kitorang tak pakai. Tapi pakcik ni memang seboleh-boleh sepenuh kudrat tak nak ambil pass lebih tu.

Kau bayangkan eh, umur enam tahun; tadika, 12 tahun tamat sekolah rendah, 15 tahun PMR, 17 tahun SPM, tamat sekolah menengah, 22 tahun Ijazah, tamat universiti. Kalau aku ayah dia, aku takkan terlepas jadi saksi dua puluh dua tahun si anak membesar dalam tradisi keilmuan. Tapi, tadi, memang pakcik ni…

Hurm, lepas dah lama sembang off-topic pasal pass, baru pakcik tu cerita balik. Dia bagitahu yang dia sebenarnya ada pass.




Tapi,



dia tak masuk dewan sebab pass tu… ada dekat kawan dan pakwe anak dia.





                                                *****

Azan Maghrib berkumandang. Mesyuarat koridor bersurai. Beberapa jam kemudian,
minit mesyuarat ditulis semula lalu dimuatnaik tanpa suntingan melampau 
sambil diiringi muzik lantunan jiwa - Biar.


oh ye, kau dah call Ayah kau pagi ni?

14 comments:

Yusro Abd Fatah said...

sungguh kurang asem punye anak. hahaha.

faraherda.razalan said...

Kenapa mcm.....sedih je cite ni?

Faaizz d. Zul said...

Yusro,

moga-moga kita semua dijauhkan Tuhan daripada ketidakredhaan ibu bapa.

Mommyfara,

lagi sedih dan kecewa sebenarnya kalau sendiri mendengar dari mulut pakcik tu.

MIERA said...

cerita betul ea? Tak sangga, selalu dengar dlm drama benda-benda macam ni. Ini, dibumi UIA sendiri?

Faaizz d. Zul said...

Miera;

ya, kisah benar.
tapi bukan UIAM,

pesta konvo kampus tu masih
belum habis lagi hari ni.

puteri cahaya said...

peh... rasa nak pijak2 je anak yang tak berapa nak kenang budi sangat tu..

Faaizz d. Zul said...

kak yun,

ganas rupanya.

BERMASALAH said...

haih, hujan pulak.

bye,nak angkat baju kejap.

izwanyusof said...

sob sob sob..
*pegang kamera pun leleh cenggini

Faaizz d. Zul said...

tenang.

lepas hujan, matahari akan muncul beri harapan.

izwan;
mohon fotografer tak campuraduk emosi dgn profesi.
lebih baik pergi berlatih rakam emosi dlm potret. ha ha

MAZA AMFOTERIK said...

Dalam hati, " Kenapa la pak cik tu
tak jumpa je pakwe tu?

ghost writer said...

mesti anak pompuan dia fikir, aku nak kawen dengan pakwe aku lah, pedulik apa aku.


*dalam hati; cibai!

cimöt said...

eh geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

mmg otak kat lutut laa pompuan tu..

aq taktau nak cakap ape.. tapi aku sgt bangga ngan abah aku laaaa ni.. sebab aku mse kecik tak merasa feeling how wonderful to have abah..sbb abah aq garang sgt2 sgt2..

and betul masa penentu segalanya.. now aq boleh peluk cium abah aq.. and mcm2 aku boleh share ngan abah aq.. and i dont want to miss any moment with him.. every second with him must be count!

so, bile pompuan tu buat gitu kat ayah dia, aq rase bengang sgt! tak appreciate lngsung.. dia adlah anak yg rugi..

Faaizz d. Zul said...

MAZA;
orang tua kalau tawar hati,
dia akan merajuk sendiri.

ghost writer;
entah apa masa depan pakwe dia kalau pakcik tu tak nak wali-kan anak dia, mau ke siam jawabnya.

cimot;
kegeraman terpancar jelas disitu & mesti ayah kau pon bangga baca komen kau ni. ;)