21 October 2012

the smiling strangers

ada suatu hari, seorang pemuda yang sangap buku berpeleseran di pustaka-pustaka tua kotaraya. targetnya, mencari buku-buku yang membicarakan yakinpercaya dalam garapan sastera tasauf; dengan lain makna - penyampaian bahasa yang sarat dengan akhlak.

lalu, di sebuah toko buku, orang-orang yang asing melontar senyum padanya. di toko lainnya juga serupa.

abang GKG tersenyum, jaka berjubah tersenyum, makcik pemilik toko tersenyum, makwe berniqab tersenyum-mata, pakcik berkacamata tersenyum.

pemuda naik hairan.

hari ini jadi hari dia terima paling banyak senyuman dari orang yang tidak dikenal, yang dikira orang-orang itu siuman berdasarkan lagaktugas mereka.

mengapa ya?

dia berlalu sambil mengepit buku tulisan kahlil gibran, salim a fillah, dan fuad kauma menuju ke parkir. di sebelah parkir, ada kedai beg, kacamata, jersi dan aksesori. juga ada cermin sederhana besar dengan ketinggian hampir separuh badan manusia Asia. lalu imej dia tercermin buat dia berfikir seraya bermonolog.

ah, mungkin selepas ni aku perlu untuk tidak mengenakan corduroy lusuh rabak-tampal lalu pergi book-shopping di senarai genre Islami.

terlalu ganas, mungkin.
mungkin juga, jeans/corduroy rabak-tampal tidak terlihat zuhud seperti jubah yang rabak-tampal. mungkinlah.
mudah-mudahan, the smiling strangers tadi doakan aku dapat hidayah.

hik hik.

selamat.


12 comments:

Penjiwa Jalanan said...

gibran ? hikhik.
nak .

Faaizz d. Zul said...

barter dgn buku lain. boleh?

ghost writer said...

diorang ni (masyarakat) tak habis2 dengan pandangan tipikal diorang.

Faaizz d. Zul said...

"mungkin juga, jeans/corduroy rabak-tampal tidak terlihat zuhud seperti jubah yang rabak-tampal. mungkinlah."

Umairah. said...

sebenarnya, sama juga kesnya kalau yg berkurung dengan pakej tudung yang sedikit labuh, berlegar2 di ruang fixi dan genre seangkatan.

cuma, err belum pasti doanya.

bak kata malcolm gladwell;

“it would be interesting to find out what goes on in that moment when someone looks at you and draws all sorts of conclusions.”

hal-hal indah, biasanya kita nikmatkan saja!

Isti said...

hi..salam kenal :)

Faaizz d. Zul said...

umairah the malcolm gladwell,

oh, pernah? tp, bukan ke orang-orang yang dapat jaga penampilan luar ni, biasanya sudah terjaga sebelah dalam?
;)

btw, kenal Aishah? .


hi, salam kenal kembali mbak Isti. #eh

Penjiwa Jalanan said...

boleh. tapi kami tak ada banyak pilihan

Umairah. said...

oh, kak aisyah the rapunzel?
kenal, insyaAllah.

Faaizz d. Zul said...

Aniss Farisa,
kenapa kami? #eh

Umairah,
masa mula-mula ada kawan bagi link, terpause sekejap. sebab, nampak macam cool. berkurung bidang enam puluh pon, rasanya masih cool juga.
macam, ibu saya. ;)

Penjiwa Jalanan said...

sebab aniss dengan farisa ha nampak kan permainan tu ? k

perindu_خلافة said...

nais, garapan indah sebuah epilog hidup.. maaf sebab dah lama x datang ziarah, insyaALlah akan luang lebih masa kat atas layar sedara :)