14 January 2013

random Januari



Cap

Baru-baru ini saya dicap sebagai orang yang tidak menyukai Kerajaan, karena saya tidak membenci Pakatan dan idealism bebas selainnya. Secara manusiawi, saya tak merasa keperluan untuk menjadi orang lain agar dapat diterima. Tidak hitam bukan berarti putih. Mungkin sedikit kelabu, yang tertarik selalu kepada pencerahan. Secara tenang, saya menzahirkan pilihan saya.


 
Semangat

Cerpen berjudul Kanister tulisan Zara Suryani telah mencetus semangat yang merasuki saya ketika 284 untuk 112. Lalu saya hulurkan Sepuluh Ribu kepada seorang teman yang kali pertama menyertai himpunan untuk hilangkan resahnya. Taktik ini berjaya. Dia gembira.



Awan

Walaupun saya merasakan kandungan pidato kebangkitan rakyat sangat sarat dengan impian negara dengan pentadbiran sempurna, tapi, siapa takut bermimpi melepas awan? Kalau tak berani turut serta, kenapa tidak mendokong usaha? atau tanyakan sendiri tentang sumbangan diri?



Lagenda

Deklamasi oleh Pak Samad, si bijaksana tua yang dicintai ramai orang. 



Mata-mata

Pertama kali buat kesekiannya, seorang teman(yang diceritakan tadi) menzahirkan kesukaannya kepada perempuan yang cuma terlihat mata kerana dilitup niqabnya. Saya turut sama berkongsi suka kalau-kalau seru untuknya tiba dalam masa terdekat. Cuma, boleh jadi jikalau kezaliman berlaku dalam rumah tangga, si isteri akan berdemo sebagai protes. Boleh jadi.



Kepimpinan

Dasar kepimpinan dalam Islam ialah suatu dasar yang telah ditentukan oleh wahyu iaitu suatu kebenaran hakiki. Oleh sebab itu, di dalam sesebuah masyarakat yang telah menghayati Islam sebagai cara hidup tidak akan berlaku suasana di mana manusia tersilap langkah memilih pemimpin, yang nyata membawa ke arah kemusnahan disebabkan sikap dalaman mereka terhadap matlamat hidup ini telah salah.

Petikan daripada muka surat 11, Menegak Agama Membela Bangsa oleh Dr Ismail Said.



Retweet-ed

RT @faaizzdzul: goodluck to #teamEngine for fyp presentation starting tomorrow #iium #uiabest #finalyearproject

Brace yourself brodha!



Rabi'ul Awwal

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
Salam cinta Rasulullah. 
Dalam hal menumbuhkan kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah, ulangbaca aku benar-benar mahu tahu. tulisan umairahshafei adalah satu kegemaran. tulisan ni betul-betul bagus.





3 comments:

aslvie adam said...

Nice entry...keep it up...;)

Umairah. said...

oh, inilah sebabnya blog tiba-tiba popular. jazakAllahalkheir.

moga fyp dipermudahkan, sekritis dan sekreatif random Januari, insyaAllah, ameen.

faaizz d. zul said...

thanks sis aslvie, umairah.
;)