23 February 2013

stokin lengan buatan

bagi aku kesejukan ialah penipu senyap, dalam dingin ia buat masa terasakan perlahan, lalu kehidupan terasakan tak bermaya, dan hal-hal yang besar dikecutkan.


di sini, kesejukan adalah sebahagian dari bumi Gombak, pada fajar, tengah hari, gelap malam, tidak kira waktu, sampai jiran-jiran beratur menadah air panas sebelum mandi!


jadi, hari ini aku terjumpakan sehelai seluar terpakai yang lanjut usia yang hampir aku dermakan kepada persatuan kebajikan semester lalu. aku ambil dan koyakkan seadilnya, dilipat dua lapis sehingga kepanjangannya separuh, dikemaskan ikatan dan dijahit pada hujung selimutku.


reading in bed - credit


nah, sekarang boleh aku teruskan pembacaan lewat malam tanpa menghirau dingin alam.




5 comments:

siti fatima Arifin said...

cuaca sekarng memang sejuk... dalam bilik pun sejuk sngt. ptng2 lg sejuk. buat ngntuk..zzzzz

perindu_خلافة said...

oh.. sekali lagi sy adore dgn gaya penceritaan incik faaizz, memang bumi gombak di selubungi kesejukan ea skrg ni!?

#tiba2rindusejukbumiuiamk, ^_^

Aween Md Zahir said...

sekarang Malaysia musim sejuk gamaknya. Saya kt Langkawi pon rasa macam dekat Rusia *hiperbola* huhu

faaizz d. zul said...

fatima,

ya tepat sekali!

"...dan hal-hal yang besar dikecutkan."

mengesot masuk selimut dan lelap tanpa masalah.

rizqan,
masuk balik sebagai postgrad, aci?

aween,
bestnya Langkawi, coklat Rusia murah-murah. eh

rizQan said...

postgrad!?
sekarang x boleh,
tengah menyusun langkah untuk mengumpul nafkah ^_^