31 December 2014

on the last page...

what would you like to remember?

12 December 2014

With tired eyes, tired minds, tired souls, we slept (within books)

Membayangkan Christoper Nolan sewaktu di awal-awal penglibatannya di industri kreatif- persekitaran, keinginan, fikiran - sebelum kemunculannya sebagai seorang pembikin filem masyhur.

Saya percaya setiap pengkarya cenderung berkongsi pengalaman peribadi dalam tulisan atau karakter yang bermain di massa mewakili suara aslinya. Contohnya, watak Bill (Following 1998) mungkin dibulatkan dengan hal-hal yang rapat tentang Nolan yang sewaktu itu masih cuba-cuba menulis dan mengarah filem pertamanya itu. Mungkin.


What's your name?
Bill.

Well, Bill, what do you do?
Actually, I'm kind of-- -

Between jobs right now,yeah.
Yeah, that's right. 

What would you do?
Don't know. 

Oh, come on, Bill, don't be coy. There's some burning ambition inside you, isn't there? Something of a starving artist in you, no? 

No? 
No.

You're a painter.
No.

Photos? Writer?
No. No.

Writer, eh?
No.

But you write?
Not much.

But sometimes? 
Sometimes. Who doesn't?

Me. So you're a writer.
I didn't say that.


Nah, menarik. Sebuah kotak naratif yang bersumberkan konteks lantai dan langit yang sama. Contohnya, seorang penulis yang menulis tentang penulisan. Atau, pembaca yang membaca buku tentang membaca. Atau, pengarah filem yang merakam filem dalam filem. 


What makes you think I'm a writer anyway?

You're an unemployed... twenty-something... fancies himself a writer. A real leap into the unknown.
Well, I'm not a writer.

But you're interested in people.
Yeah.


Katanya, "a real leap into the unknown". Premis dengan makna yang berlapis ini mungkin sekali merujuk kepada sama ada hasil karya seorang penulis bakal menaikkan namanya atau kekal menjadi unpublished author. Nolan sedang bercakap tentang kemungkinan ini dalam filem pertamanya. Dan, beberapa tahun selepas itu, dia sudah pun berada di Interstellar (baca: Di antara Bintang-Bintang).


***

Apresiasi hadir dalam kepelbagaian. Dalam dunia penulisan, para pembaca meraikan penulis dengan hadir ke pesta-pesta buku dan membeli sebanyak-banyak buku sebagai bahan bacaan. Tetapi saya silap. 

Mengelek buku-buku yang bagus, ditulis oleh penulis yang bagus (lebih-lebih lagi para akademik) tetapi dipasarkan pada kadar nilai yang rendah sangat mengganggu fikiran. Saya tak selesa melihat sebuah tulisan yang merupakan hasil kajian dengan kesarjanaan yang pekat dinilai pada sekadar kos fizikal - kos percetakan, pemasaran dll - sahaja.

Akhirnya, membetulkan mentaliti ini dengan hipotesis lain; para pembaca hanya meraikan penerbit jika hadir ke pesta-pesta buku untuk membeli sebanyak-banyak bahan bacaan. Bukan penulis. 

Apresiasi untuk penulis hadir dengan hasil tulisannya diulas, dibincang dan dibina ruang-ruang interaksi antara pembaca dan penulis. Dengan kata lain, pembaca perlu benar-benar 'membaca'. Menghabiskan sesebuah bacaan sebagai hiburan ialah membaca tahap rendah dan kurang impak. Maka, apresiasi kepada penulis akan terus mengapung tanpa idea mereka sampai membumi.

Seperti kata Benz Ali:
"...saya tak percaya pada pesta – pesta buku. Bagi saya pesta buku, adalah kisah antara penjual buku, dan pembeli buku. Itu sahaja. Bukan naratif tentang pembaca – pembaca buku, atau pengkritik – pengkritik buku atau komuniti buku yang serius. Dan kita tak pernah serius membincangkan hal ini."

Ah, entahlah. Sesiapa pun mungkin benar dan mungkin salah. 


- terminal amanjaya, ipoh

24 November 2014

precaffeinated


- Coffee & Allah, 2007.

22 November 2014

Dreaming dream.

"Ayah, abang tu sakit ke?"


"Ibu, dekat sana ada oyang!"


Aku tak letih melihat gelagat seorang gadis kecil yang galak pada dinihari di ruang menunggu hospital. Dia bebas, meliar melihat keadaan sekeliling. Malah, sangat rajin bercakap walaupun pekat pelatnya. Mungkin antara sebabnya, si ibu dan ayah jauh sekali melayan gajet peribadi di hadapan anak-anaknya. Memberikan ruang untuk si anak berpaut, meluah, bermain dengan sepenuh-penuh perhatian. 


Seolah-olah mengatakan bahwa dalam hidup ini, kita masih bebas membuat pilihan tanpa sempadan sistem-sistem yang ada. Bukannya aku tak percaya bahwa kita tak mampu mencipta pilihan, tetapi realiti lantang mendominasi sebaliknya. 


Pilihan-pilihan yang ada dalam hidup ialah pilihan-pilihan yang direka oleh -ism -ism untuk dihidangkan sekaligus menjadikan lingkaran ini tertutup. Perbezaannya jelas diantara 'mencipta pilihan' dan 'membuat pilihan'. 


Dan untuk lima jam menunggu ini; aku faham, sejauh mana pun hebat kapasiti upaya seorang doktor, jururawat dan pengurusan hospital; mereka juga tidak banyak pilihan, selain yang terhidang melalui prosedur, borang-borang dan keletihan dari raut wajah mereka. 

Terima kasih untuk khidmat terbaik anda.


- hospital selayang

01 November 2014

Have you passed through this night?

So you live in the city. How long has it been? 

Almost like, 15 years.

Oh, wow. That's awful... but amazing. 

What?

O I mean, your persistence. That doesn't come easy. By the way, did you drive around or ...?

No, I am relying completely on the subway system... the trains, the busses...

*Hat off*
What's your alternative if something goes wrong? The rail breakdown, or the train delayed...

I'll cry. lol
For good. But life doesn't work that way. Sometimes I just walk home. But it depends on the occurrence, you got to be unlucky once in a while.

Is walking convenience? 

Oh dear. It takes me two hours to reach home. lol... It's very exhausting, but I need it anyhow. In some way walking has become my remedy of soul. Very relaxing and stress-free, of course with a cup of coffee in my hand. 

You got to see others, maybe you see someone who are just like you. Or you meet someone struggling for food, someone driving big car with attitude, someone left out in the cold without shelter, someone who lost in transition... A random bunch of people in different shoes, different ships. Searching for direction, or maybe destination... Some takes a mainstream road, some may slipped through the dark, some create shortcut. Well you never know aren't you?

There are plenty of things out there to teach you about what life is all about.

//


Selamat malam, pakcik. 

- lorong kecil kota


28 October 2014

A man's poor memory.

Apa makna sebuah kepercayaan apabila tragedi yang diungkap dalam kitab menjadi realiti?



Ada dua elemen: penghijrahan dan pengasingan. Mungkin lebih, you name it.



Left Behind* dibikin dengan sangat biasa. Filem yang sangat biblical menceritakan tentang christianistic raptures, sebuah 'kehilangan' yang tertulis pada Injil menghurai salah satu babak dalam kajian eskatologi bagi mereka. Mungkin tak berbaloi ditonton jika tak mahu pening kepala, that's my verdict. 



Tetapi, melihat tema yang diketengahkan ia masih lagi filem yang berasas dan baik sebagai bahan diskusi. Ada perlambangan kehidupan seorang atheist, yang sebenarnya mereka sangat rasional (dan kabur), rimas setiap kali di-ceramah-kan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka bersoal-soal tentang asas fundamental yang cuma boleh dijawab dengan wahyu.



Aku cuba beri beberapa sisi pandang al-Quran tentang dua eleman tadi. Pertamanya, al-ankabut 65 dalam hal ini. Ia ayat yang jelas (tentang setiap situasi yang diceritakan) maka ia juga bermakna sebuah peringatan. 



Bayangkan, seorang manusia normal, jika tercampak ke tengah laut seorang diri, tanpa pertolongan. Dia pasti, pasti (secara fitrah) percaya bahawa ada satu kuasa supreme yang mengawal kehidupan. Justeru, menghilangkan logik asal yang menolak kewujudanNya. Mereka berhijrah dari sempadan tidak percaya kepada ruang cetusan percaya dalam konteks kewujudan Tuhan. 'Lautan', dalam ayat ini boleh jadi metafora kepada tragedi, ia boleh hadir dalam bentuk-bentuk lain.



Oh, apa yang ada tentang pengasingan? Atau lebih tepat lagi, "tapisan". Proses yang meletakkan sesuatu elemen kepada kumpulan selayaknya. Ini mungkin sedikit panjang. 



Dalam halaqah (hahahalaqahqahqah) aku dan rakan-rakan , satu hal yang dibincangkan ialah tentang tiga golongan di permulaan sepuluh ayat surah Al-Baqarah. Orang beriman, orang kufur dan orang munafik. Setiap ayat lain yang hadir selepasnya, boleh dirujuk kepada tiga golongan ini secara kontekstual. Kesemuanya mesti berkait, indah betul.





Menariknya, ayat 143 ialah ayat pertengahan surah, juga membincangkan kata وسط yang membawa maksud sederhana/adil; yang menjadikan umat terbaik.



Menariknya juga apabila ayat ini menjadi tanda kepada transisi penceritaan Al-Baqarah yang bermula dengan golongan mu'minin dan golongan yang kufur kepada golongan munafik. Secara pertimbangan, portion relatif kepada dua golongan sebelumnya agak besar. Di sinilah, peristiwa perubahan kiblat menjadi proses tapisan yang memberi tanda kepada golongan munafik (rujuk semula ayat 8).



Sekian Yana, sekarang ni aku cuma menulis guna fon di sela-sela masa menunggu. Maka, tak banyaklah yang aku boleh tulis.





- draft sg. nibong




24 October 2014

There are some remedies worse than the disease.

Apa yang paling penting bila berbincang tentang Tuhan dan jalan-jalan mencariNya? Saya cuma mahu bertanya, tentang awak yang menegur. Saya tidak mahu mengangguk ataupun menggeleng. Prinsip ialah prinsip dan percampuran idea tidak sama sekali melemahkan prinsip. Tidak kelabu. Mungkin awak tidak mahu membuka ruang untuk percaya premis berikut.

Premis 1: bahawa tiada kepercayaan yang menyesatkan kepercayaan orang lain,

Premis 2: melainkan sahaja jika terdapat keraguan fundamental kepada kepercayaan asal.

Saya tidak tahu bagaimana awak memahami agama. Mungkin, apa yang saya faham tentang sifat insan sempurna, Muhammad (s.a.w), tidak pernah beliau tenang tentang pengakhiran setiap kita.

Sehinggakan dia ditegur dan ditenangkan; tentang menyampaikan kebenaran adalah tanggungjawabnya, bukan menentukan pengakhiran – sama ada sesorang menjadi Muslim atau kekal kufur - bukan. (AQ 2:119, 13:40)

Boleh jadi, rancangan yang terlihat sempurna tidak sedikitpun hampir selari dengan rancangan Dia.

Kita boleh berjalan di laluan berbeza dengan landasan asas yang sama. Di penghujung jalan, saat dikutip langit, saya harap kita berjumpa senyamannya.

- Larkin

20 October 2014

How strange, innocence.

Bingit bunyi kenderaan membelah jalan. Teksi yang dipesan masih belum tiba. Tempat menunggu bas (dan teksi) beransur lengang. Hening dan sepi juga. Mungkin masing-masing sudah letih menunggu. Masa bergerak menghilangkan semua orang kecuali Pakcik (yang berniaga epok-epok di situ) dan Gadis.

Pakcik ceria sekali, dan Gadis membalas ramahnya. Perbualan dalam transaksi itu sebenarnya sangat normal dan biasa. Tentang keasingan dua orang yang saling bertukar wang dan makanan. Itu sahaja. 

Fitrahnya, seorang insan akan menanggapi orang lain dengan kebaikan pada titik mula, sebelum mengenal dengan sebenar-benarnya. Bahkan, kebaikan hadir tidak berupa tetapi dikenang dengan indah. Mungkin, Gadis berfikir sedemikian. Atau sekurang-kurangnya, dunia Gadis memang selalu indah.

Dia tenang dan selesa dengan dirinya. Menjadi indipenden sambil meredah kota berseorangan. Gadis sudah lakukan itu banyak kali. Di dalam aktiviti hariannya, malah dalam naratif novel yang dia baca. Menjadi watak-watak yang dia suka, memijak tanah yang beribu kilometer jauhnya sambil menggaris-garis bahagian yang paling terkesan, baginya.

Sebuah teksi tiba. Pakcik tersenyum mengucap selamat seraya Gadis melangkah masuk, terus menuju destinasinya.

***

Peluh merenik lencun. Rentak jantung pantas. Cepat-cepat Gadis bingkas keluar dari teksi setelah melunas tambang. Hatinya riuh tak tenteram. 

Entah kenapa, hampir setiap sudut teksi dipenuhi cermin. Setiap satunya memantulkan imej Gadis tepat ke mata pemandu teksi.






- senibong, jdt.

17 October 2014

bedshaped.

Malam yang aneh, Gadis gundah memikirkan bakal nasibnya. Orang Tua duduk di satu sudut seperti biasa, dengan meja yang kemas dan sebuah buku. Kebiasaan hari-hari sebelumnya, mereka seringkali menyapa walaupun tak pernah merakam nama.

Tetapi, malam itu tak seperti biasa. Gadis faktab teruk. Panggilan dari bapa ayam bertalu-talu masuk tak diendahkan. Akhirnya, tak semena-mena, ada keberanian dan kejanggalan yang mengusung dia mengambil tempat di hadapan Orang Tua. 


Hobi kau membaca?

Sebelumnya, tidak.

Gadis tak keruan. Orang tua ini sangat misteri. Wajahnya kelihatan tenang menyembunyikan rahsia. Matanya melingkar sambil jari-jemarinya rancak menari gusar. Perbualan ini mungkin tak sepatutnya terjadi, fikirnya.


Kau tak punya cincin di jarimu, apakah kau pernah ada seseorang?

Wajah Orang Tua itu mengiyakan.

Kau hancurkan hatinya?

Sebaliknya.
 
***

Jadi, kenapa kau membaca?

Orang Tua meletakkan bukunya di atas meja. Pandangannya merangkak perlahan ke arah Gadis. Berkira-kira, apakah wajar menggelincir sebahagian kisah hidupnya kepada perempuan asing ini. Menduga-duga, apakah saat ini sesuai untuk mula berbahagi kata. Ahh, dia sudah terlalu lama hidup keseorangan. Hidupnya telah lama sempit.

Isteriku, dia pernah berhasrat untuk menghabiskan senarai 100-Buku-yang-Patut-Dibaca. Malang sekali, dia tak sempat menamatkan senarai itu. Meninggal dunia.

Berapa banyak yang dia habiskan?

97.

Ini buku keberapa?

91.

Kau sudah hampir, sangat hampir…” kata Gadis. Orang Tua tersenyum. Mungkin di satu tempat di sebalik sempadan alam, isterinya juga tersenyum.

***

Sebuah kereta tiba. Panggilan bapa ayam terpapar lagi di skrin telefon. Dalam teriakan dan pemberontakan, dunia Gadis menjadi gelap semula.



 - 17102014, the curve 

12 October 2014

somewhere I belong.



Malam ini hening. Muramnya Bulan, sepinya cengkerik dan suamnya semilir. Berteman sebuah kipas dengan bunyi usangnya merasa jeda dan membiarkan masa berlari pergi. Sepatutnya saya pergi berjalan-jalan sekarang. Bertemu rakan-rakan dan berbual-bual tentang masa hadapan. Mungkin juga kembali ke masa lampau. Atau, yang paling penting; keluar dari masa sekarang. Memberi erti kehidupan dengan melihat kehidupan orang lain. Sepatutnya.

Tetapi saya sudah banyak berjalan. Dan saya juga telah sesat dan hilang. Serasa tidak fit into society di sesetengahnya, dimana sahaja kawasan elitis mengasak keperluan menjadi kehendak (berdasarkan label harganya). Tanah yang saya pijak ini semakin lama semakin hilang dengan nama-namanya yang baru. Avenue K, South City, Nexus, Scott Garden, Encorp Strand, Quill 9 dan banyak lagi. Tanah yang sama, dengan pemilikan total, zaman telah bergerak dan membunuh identiti lokal. Setiap harga bukan jadi masalah di atas nama kemajuan. Setiap reka bentuk - sama ada hadir dengan fungsi atau tidak - cuma layak dinikmati, cukup begitu. Nilai estetik pada struktur tidak perlu menjadi objektif.

Sebab itu, sebuah tugu dengan roh keilmuan yang hebat dan sempurna boleh sahaja bertukar menjadi senjata purba yang telanjang. Pandangan akal saya kabur dalam kabus dan jerebu, saya sesat dan hilang lagi di tanah yang saya amat kenali.

28 September 2014

Say yes, say yes cause I need to know.


Di gua terpencil pada hari buangan
al-Quran kuhayati dengan kenikmatan.
-    A.S. Pushkin

Hari Sabtu ialah hari kaum pekerja melepaskan dirinya kepada hal-hal di luar rutin, sepatutnya. Tetapi, Sabtu aku semalam bermula dengan perang di meja syura. Dalam tiga jam sahaja, kecederaan mental menjadi teruk dan fatal. Maka, aku meloloskan diri dengan arus kota dan aroma kopi yang menggoda. Sehinggalah aku dibawa sampai ke espressolab di nu sentral.

Ada Redza yang berkongsi tentang The Fountainhead tulisan Ayn Rand. Bukunya bagus dan meng-inspirasi (etlis secara personal bagi Redza). Tetapi, yang menariknya ialah sesi penelitian terhadap falsafah di sebalik penulisannya. Di sini, ada perbincangan tentang objectivism melalui pertentangan antara individualism dan collectivism. Tentang sesorang yang mahu menterjemah sebuah idea dan visi; dan melalui proses menjadi versi terbaik untuk dirinya adalah dengan individualism yang pekat tanpa berkompromi dengan idea orang lain.

Aku terbayangkan Hitler, Stallin, Genghis Khan, Tun Mahathir, Steve Jobs dan (bolehlah) bos aku (sambil membayangkan dia meramu latte art-nya). Mungkin aku terlepas beberapa nama, heh. Lihat, semua figura ini ada suntikan objectivism dalam proses mereka menghasilkan legasi untuk kita cermati.

Mungkin dari sebelah dalam, objectivist hanya berkhalwat dengan visinya, tanpa orang lain untuk bersamanya. Dari luar, akan ada dua jenis orang; yang faham dan mendokong, dan yang bermuka-muka acah safe play. Bagi objectivist dia tidak perlu memikirkan apa yang orang fikir untuk terus menjadi dirinya. Tetapi, tidak semua perkara adalah lancar dan mudah jika dilandasi individualism secara absolut. Maka, bagaimana berkompromi dengan idea-idea luar tanpa mengurangi dan menggoyah prinsip, ialah dengan “the ability to reason” jawab Redza.

Perbincangan ini sangat baik, terima kasih #BorakBuku.

***
Dewan Sastera, bil. 8 2014
Sepulang dari itu, sambil membelek sebuah artikel yang membicarakan puisi Mengimbas Al-Quran tulisan Pushkin (sasterawan Rusia), seolah-olah susunan baris-barisnya menegur aku, tiada siapa lagi yang paling hebat dan berjaya menjadi jambatan reason antara individualism dan collectivism, yang menyampaikan visi agama sekaligus berkompromi, hanyalah Muhammad s.a.w. 

Salam alayka ya Rasulullah.

20 September 2014

tentang merindui masakan dari kampung halaman



Beberapa minggu lalu di suatu sela masa diantara Maghrib dan Isya, Us Fauzi sedang bersemangat mengulas tentang perang Gaza-Israel baru-baru ini. Seingat aku, yang paling dia tekankan ialah bagaimana semua permintaan Hamas berjaya mendesak Israel untuk diheret bersama ke meja perbincangan untuk kesepakatan di masa akan datang. Dia tekankan lagi bahawasanya tentera Islam telah menang. Bantuan Allah telah sampai. Dan kita sepatutnya meraikan peristiwa ini dengan takbir. Takbir yang dimaksudkan bukanlah takbir dengan nada kesedihan dan kesyahduan seperti yang dipraktis dalam kebiasaan masyarakat kita. Tetapi dia mahukan umat ini melihat semula definisi takbir, teknik lantunan dan pengisiannya sebagai takbir kemenangan. Dan di satu sudut, ada yang berdoa, di dalam kemenangan ini, ada sebahagian usaha kita yang menyumbang kepadanya.

***

“Musim boikot ni, sales aku tak sampai RM2000. Itu kiranya negatif. Malu beb nak pergi meeting,” kata seorang manager-on-duty sebuah restoran yang dilabel bersekongkol dengan rejim Zionis. Ini membetulkan sedikit persepsi awal aku tentang keberkesanan usaha boikot oleh marhaen. Itu, di sebuah tempat di Johor. Di outlet yang lain, secara spesifiknya ibu kota, sales tidak terjejas. Malah, ramai keluarga Arab pula menjadi pelanggan. Heh.

Di musim boikot, ramai yang mengikuti kempen atas dasar seruan akidah. Ini kelihatannya bagus dan separanya berhakikat tidak. Kenapakah kempen dan usaha boikot ini tidak mengajar peyokongnya tentang praktis diet yang baik? Adakah janggal jika mengaitkan sambutan kempen boikot yang baik dengan Malaysia menjuarai carta obes di rantau Asia Tenggara? Adakah suatu hari nanti, di setiap restoran dan warung akan terpampang carta kandungan nutrisi dan jumlah kalori untuk setiap makanan yang diambil? Oh, bukankah hidup untuk makan, kenapa poyo sangat.

Perjuangan menentang McD yang tidak membawa kita mengenal dan belajar dari James Oliver, Morgan Spurlock dan Tom Naughton adalah perjuangan yang rongak. Ini belum lagi meletakkan perjuangan halalan dan toyyibah ke dalam perbincangan. Perjuangan menentang industri makanan fast-food atau makan komersil ialah perjuangan menentang dominasi ekonomi, dan perjuangan tentang aturan gaya makan, menu, selera yang akan mempengaruhi gaya hidup, metabolism dan energi. Bukannya setakat mempamer jari tengah di laluan pandu-lalu, atau menggores perasaan pekerjanya dengan nasi kerabu dan teh ais ikat tepi.

Bayangkan kelucuannya, apabila sesebuah jenama yang dipercayai secara warisan, dijentik dengan status halal yang meragukan, ia memberikan kita kekecohan di tahap nasional, dibincangkan secara politikal, malah institusi agama direndahkan dan keseluruhannya menjadi poyo.

***

Di sebuah premis perniagaan, intai-intailah di sebelah dalam, sekilas megambil tahu dan menimbang; tahap kebersihan, warna water-filter, posisi letak dan semuanya dan bertanya, adakah ini halal dan toyyibah?

Mungkin suatu hari, umat Malaysia (dan dunia) ini akan belajar apa yang patut kita kenal dan lawan. Yang membawa mesej kesederhanaan, menganjur pembaziran. Yang memboikot, dan berusaha menyediakan alternatif, tidak kurang pula menyihatkan. Di akhirnya, pelajaran untuk mengambil tahu praktis diet dan nutrisi yang baik akan kembali kepada kampung halaman, di mana resepi turun temurun ranuman air tangan ibunda menjadi faveret dan baik untuk anakanda kota yang poyo ini semua.

***

Hari esok ada lagi dua kenduri. Makan makan dan makan. Sekian, menaip sambil meniarap juga sudah tidak selesa dengan perut yang semakin anjal.